Buat Sendiri Tapi Tidaklah Sekeratif Anda Buat

Buat Sendiri Tapi Tidaklah Sekeratif Anda Buat
Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua

Pagi-pagi lagi mengentuk pintu maya, InshaAllah sekejap lagi hendak tunaikan solat wajib bagi kita semua umat Nabi Muhammad SAW. 

Etuza, penggemar landskap dan sukakan keindahan alam lalu cubalah bertanam bunga-bunga apa sahaja bagi hiaskan laman depan rumah. Bila bunga merimbun rasa terhibur dan damai sahaja melihatnya. Sudah lama sebenarnya minat ini sejak remaja. Alhamdulillah adalah sedikit pengalaman membuat meja hiasan dan tempat duduk berasaskan kayu keras ( bellian ) yang Etuza tempah dari kawan-kawan sedesa. Hasil binaan dan reka bentuk meja dan tempat duduk semua hasil kerja Etuza. Suka bertukang lelaki ini.

Kepada sesiapa nak datang pasti Etuza jemput duduk sembang dan santai di kerusi meja yang Etuza buat ini. Etuza buat sendiri akan tetapi tidaklah indah dan sekeratif seperti anda buat yang lebih berpengalaman. 

Etuza varniskan lantai meja lalu hiaslah dengan bunga daun..
saja hiaskan meja di laman 

Tahan lasak ..meja dan kerusi daripada kayu belian yang 
memang keras ..Selalunya meja ini Etuza santai duduk..
menikmati keindahan alam sambil minum kopi panas.
 Maklumlah di kampung..

Nampak serabut pasu-pasu..dan meja dan kerusi
jelas tak berapa kreatif..

gambar ketika baru lepas hujan..agak basah dan lembab

Kerusi rotan terbuang, Etuza gunakan semula..
alhamdulillah hasilnya bagus..meja dari kayu belian juga

Catat Ulasan

14 Ulasan

  1. Cantik. Inilah mahalnya bila duduk di kampung Cikgu. Ada nilai sentimental yang sukar dijelaskan. Nikmat pemandangan.. Nikmat kebebasan bercucuk tanam, menternak dan lainnya.

    BalasPadam
  2. Beruntunglah kerana punyai rumah yang luas halamannya...

    BalasPadam
  3. KAYU BELIAN MMG TAHAN UNTUK PERABOT ..CANTIK LANSKAP TAMAN CIKGU

    BalasPadam
  4. cantik, best dpt ddk dikelilingi bunga2....

    BalasPadam
  5. Seronoknya lah kalau sy ada bakat bertukang macam cikgu. Banyak idea tapi tak reti nak buat :(

    Cantik dan damai dah laman sembang tu cikgu. Seronok ambil angin petang.

    BalasPadam
  6. Cantik sangat... sejuk mata memandang :)

    BalasPadam
  7. Kayu belian ni kat JDT tak ada.
    Cantik dan kreatif juga hasilnya

    BalasPadam
  8. Walaupun nampak ringkas tapi cantik dan mendamaikan.. Best dapat duduk santai sambil2 minum teh ataupun kopi..

    BalasPadam
  9. cantiknya taman mini etuza...kalau gi Sabah lagi pasti akan berkunjung ke Keningau...

    BalasPadam
  10. Waa.. Kreatif dan cantik.. Ayah sy pun suka tanam bunga ..

    BalasPadam
  11. macam ni etuza cakap tak kreatif? uishhh, kalau saya buat, dah tak rupa kerusi nanti..hahaha

    BalasPadam
  12. Kreatif juga Cikgu Etuza ni. Dapat jimat sikit kalau boleh buat sendiri. Kalau beli kerusi yang sudah siap, pasti mahal harganya.

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.