Service Hotel Menepati Citarasa Pelanggan

Service Hotel Menepati Citarasa Pelanggan
Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.

Hujung minggu lalu, kami datang ke Hotel Tang Dynasty di Sepanggar Tuaran Kota Kinabalu, wah memang terbaik lah perkhidmatan Hotel yang mewah ini. Ada beberapa yang menarik perhatian Etuza di hotel ini, walaupun pemilik hotel ini berbangsa Cina tetapi Hotel Tang Dyansty ini berkonsepkan perkhidmatan Islam. Kakitanga atau pekerja di kaunter adalah wanita bertudung  begitu juga pekerja pembersihan atau petugas membersihkan bilik-bilik, semuanya wanita bertudung. Cantik-cantik dan bersopan santun pula tu. Astagfirullah..sorry bukan terpikat ya, tetapi sangat terkejut menerima layanan sebaik ini, tidak terdapat di hotel lain rasanya.

Apa yang menarik perkhidmatan di Hotel T D ini?
* Udara dalam bilik segar tak ada aroma yang menyesakkan pernafasan. Sebabnya ada larangan MEROKOK di tampal, dan jika ada yang MEROKOK ada sensor akan mengesan dan susuatu akan berlaku. Menurut apa yang Etuza baca. Keras sekali larangan MEROKOK.

* Harga semalam amat berpatutan, sangat berbaloi dan mesti cek out sebelum 12 tengahari.

* Semua peralatan diberikan dan ruangan tempat tidur, tandas, lampu dan aircond berfungsi dengan baik sekali.

Perkhidmatan sebegini yang kita perlukan, pasti pelanggan akan datang lagi ke tempat ini, sebab Etuza berkira akan ke sini lagi andai ada hal urusan ke Kota Kinabalu. Tempat makan pun dekat.

Ini dia beberapa paparan gambar suasana da;lam Hotel TD ini

Luaskan harga pun berpatutan..

 TV ada Astro ..ada TV 3 dapat lah menonton AJL 2018
Juara Azhail dan Dayang Norfaezah kan

Kami waktu itu berada di tingkat 4.

Ini dia pemandangan dari tingkat 4

Antara alat dan kemudahan di tempat mandi dan tandas..bersih
Sesiapa nak ke Sabah atau ke Kota Kinabalu boleh lah cari Hotel Tang Dyansty ini ya.

Catat Ulasan

13 Ulasan

  1. alhamdulillah..

    saya akan guna hotel ini jika tidak jumpa hotel lain sekiranya pergi melawat Sabah..

    ada beberapa kali saya duduk hotel namun macam tak reti pulak buat review hotel hahaha

    BalasPadam
  2. Nampak bersih dan kemas hotelnya 👍

    BalasPadam
  3. teringin terbang kembali ke Sabah biarpun cuma seketika...

    BalasPadam
  4. bab hotel, paling penting msti bersih n selesa.

    BalasPadam
  5. Sesekali menginap di hotel, tentu best ek

    BalasPadam
  6. Nampak selesa hotel ni. Servis pun terbaik.

    BalasPadam
  7. Mmg nampak kemas dan selesa bilik hotel tu.. ruang parking kereta pun luas dan tak sibuk. Nampak sungguh merehatkan dan berbaloi juga.

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.