Pusat Pentadbiran Negeri Sabah, Tersergam Indah

Pusat Pentadbiran Negeri Sabah, Tersergam Indah 
Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semuanya, Apa Khabar ?
Hujung minggu lalu, dalam dua hari Etuza bertandang ke Kota Kinabalu, Sabah. Ada urusan di Kota Kinabalu antara nya memberi sokongan kepada anak yang sedang menjalani cabaran kerjanya untuk menyahut cabaran dari Jabatan Kesihantan Sabah atau atas arahan dari KKM, di mana sesiapa yang baru bekerja kena berkhidmat dan melalui berbagai ujian dan cabaran bertujuan menguji sejauh mana keyakinan diri, minat dan keikhlasan serta paling penting rela berkhidmat dalam apa juga keadaan terutama dalam On Call. Mereka kakitangan baru kena ada TANGGUNGJAWAB BESAR.

Dalam dua hari Etuza dan isteri sempat betul-betul pergi ke bawah bangunan Pusat Pentadbiran Negeri Sabah, tersergam indah menghadap Laut Cina Selatan. Hebatnya bangunan ini, tinggi sekali mengalahkan Bangunan Yayasan Sabah di sebelah sahaja. Namanya pun Pusat Pentadbiran Negeri, maka semua lah apa juga bidang kerja ada di dalam bangunan ini. Bertuah orang yang dapat bekerja di bangunan indah ini. Kelihatan ala-ala Putrajaya kan. Nampak tak seolah-olah depan sama dengan bangunan Putrajaya di Selangor.

PPNS..cantik seni ukirannya. Rasa nak masuk ke dalam..alamak tak berani..
Niat nak ambil gambar saja..inilah dia gambar dapatan Etuza

Dalam pembacaan Etuza PPNS ini siap dibina pada tahun 2016, dan kini digunakan sepenuhnya. Dan terdapat 33 tingkat pada bangunan ini yang terdiri dari berbagai pejabat pentadbiran khasnya kerajaan Sabah. Tingginya tu. Agaknya suatu masa Etuza nak masuk ke dalam bangunan ini, niat nak tengok bagaimana pula keadaan dalaman bangunan yang sebegini cantik ukirannya. Ada kubah dan terdapat 9 menara, hebat sekali.

 Baiklah kepada anda yang sempat klik blog Etuza, lihatlah beberapa gambar dapatan Etuza di bawah bangunan PPNS ini. Mesti ada gambar kenangan baru menarik kehidupan ini,. Alhamdulillah.Mohon tidak dikata riak.

Etuza ambil gambar depan dan di bahu jalan raya pada hari Isnin lalu
bersamaan 4 Feb 2019.

Bangunan Yayasan Sabah. Sinonim ketika kerajaan Datuk Haris Salleh memerintah
Sabah masa dahulu

Gambar baru Etuza, Sabahan Blogger di bawah bangunan PPNS
Rasa tak puas berada di PPNS ..tetapi risau pula kena halau manalah tahu kan..
kami datang niat nak tengok-tengok keindahan bangunan ini..bukan ada niat lain..
cepat-cepat balik sebelum ada sekuriti nak sound..hehehe lucu..

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. Melancong dalam negeri sendiri, banyak lagi tempat lum pergi di Sabah ni..

    BalasPadam
  2. cantik.
    lom dpt peluang jejaki sabah :)

    BalasPadam
  3. Satu2 negeri yang saya tak pernah sampai

    BalasPadam
  4. Suka bangunan ni, cantik. Lagi2 dkt dgn sabah foundation building .. Mmg padan sangat duduk dekat2 dua bangunan ni ...

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.