Bunga 02

Bunga 02 
Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.
Bunga Puding Jambul Kuning
Bunga ini bunga jenis Puding Daun Hijau dan mengeluarkan bunga warna kuning bentuk bulu halus. Amat unik dan cantik sekali. Bulu-bulu halus bentuk jambul itu apabila Etuza sentuh keras dan tegak seola-olah ada magnet menarik antara satu sama lain pada  ratusan bulu halus tersebut hingga menyebabkan bulu itu tegak mendongak langit. 

Bunga Puding Daun Hijau, mudah tumbuh dengan keratan batang sahaja. Tidak perlu kerap di siram pasti akan tumbuh dengan mudah. Sekarang ini Etuza sedang giat membanyakkan bunga puding ini kerana ada permintaan dari kawan-kawan yang sama meminati bunga ini. Pada anda cantikkan bunga puding ini. Semuanya Allah yang ciptakan untuk kita yakni hambaNya menikmati kehebatan bunga ini. Syukur kerana di tempat Etuza, hanya Etuza sahaja yang ada memiliki bunga puding daun hijau Bunga Jambul ini. Baiklah mari tengok gambar bunga puding daun hijau Bunga Jambul ini.

Inilah antara kerja Etuza hari ini pada hari Ahad. Syukur kerana dapat mengurus halaman dengan lancar hari ini, setidak-tidaknya Etuza dapat mengeluarkan peluh agar tetap sihat walafiat hendaknya.

Inilah dia dengan jelas Bunga Puding Daun Hijau Bunga Jambul Kuning.

Bunga Puding menghias laman Etuza

Cantik andai bunga puding ini berbunga banyak..
PASTI BERSERI LAMAN Anda

Zoom besarkan..cantik sekali. Subahanallah

Daun bunga ini tirus dan agak kasar ..

Etuza tengah membanyakkan / membiakkan bunga puding ini.
Langkah ini dilakukan agar bunga ini tidak akan pupus..

Catat Ulasan

16 Ulasan

  1. menariknya...tak pernah jumpa lagi kat sini...atau mungkin pernah, tapi tak tahu pun dia bungan apa..hahaha

    BalasPadam
  2. Subhanallah walhamdulillah.. segar mata dan tenang hati bila memandang. Mmg puashati bila melihat hasil atas usaha sebegini.

    BalasPadam
  3. tengok tajuk tadi, ingatkan etuza buat puding yg dimakan tu, puding berbentuk bunga warna kuning tapi rupa2 nya nama sejenis bunga. baru tahu adanya bunga tu eh

    BalasPadam
  4. kalau di rumah sya, pokok pudingnya jenis duannya bercorak2...
    yg jenis gini tak pernah pulak ada menanamnya

    BalasPadam
  5. Pertama kali tengok bunga ni. Cantik2 gambar cikgu.

    BalasPadam
  6. Assalam,
    terima kasih sudi kongsi info nama-nama bunga. Banyak jenis bunga di negara kita, tapi tak tahu namanya pula. Perkongsian ini sungguh bermanfaat.

    BalasPadam
  7. tak pernah nampak bunga puding macam ni.
    cantik lah pulak ye.

    BalasPadam
  8. Pokok puding ke ni cikgu. Yang saya tahu pokok puding bunga dia berbiji.

    BalasPadam
  9. CANTIK SANGAT BUNGA PUDING TU..DI SINI TAK NAMPAK LAGI

    BalasPadam
  10. ASSALAM CIKGU ETUZA...TERIMA KASIH BNYK KIRIMN CIKGU KOPI ALKEN DH DITERIMA...SUSHPYAH CIKGU MENGIRIMKNNYA...KAK DOAKAN KEBAIKN CIKGU DIBALAS SEBESAR-BESAR GANJARAN-NYA N MURAH REZKI SENTIASA

    BalasPadam
  11. Mohon maaf nama bunga jenis ni kena Etuza kaji lagi ..mohon maaf ada yang keliru

    BalasPadam
  12. cantik bunganya, pertama kali saya tengook ni rasanya, kalau ditanam banyak2 tentu cantik

    BalasPadam
  13. rare!
    aida x pernah tgk ni :)
    tq for sharing.
    at least if jumpa one day, tau dah namanya :)

    BalasPadam
  14. Cantiknya bunga ni .. La, ingatkan puding boleh makan .. Bunga rupanya.

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.