Alamak Tiga Hari Dah Tersorot Ke Bawah

Alamak Tiga Hari Dah Tersorot Ke Bawah

Alamak Tiga Hari Dah Tersorot Ke Bawah
Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.
Hari ini, Ahad 10 Feb 2019, awal bangun dan lakukan beberapa perkara sama ada yang wajib atau pun perkara harus di lakukan. Perkara sunat pun ada kena lakukan, semua dilakukan untuk mencari reda Allah selain kita menselesakan hidup ini agar hidup dinikmati lebih bermakna. Ringkasnya tidak sia-siapan masa. Alamak tiga hari dah tersorot ke bawah? Apa benda tu? Pelik saja kan.

Nilah nak cerita, awal pagi dah bangun, mata tak lelap dah, apa tah lagi tak lama lagi azan subuh berkumandang, kena duduk kejap hadap PC ni. Klik lah blog JMBELOG, wah menarik tau baca di blog dia. Mengenai hukum atau beberapa pendapat hal LELAKI ATAU SUAMI TAK BEKERJA. Ada juga Etuza bagi komen skit ja lah. Etuza periksa lah keberadaan blog Etuza dalam list blog JMBELOG. Woi ..tak ada ke? Ke mana ya...ha svrol ke bawah sekali, nampak jelas GOOGLE bagi mesej 3 day tak updated. Maknanya tiga hari dah Etuza tak ada catatan baru di blog Etuza. Etuza tersentak sikitlah macam muka kucing dalam gambar. Aik!! 3 day tu. Adoi..betulah tak terkejar masa ni.

Tersentak ..nak fikir apa kan...sibuk ja selalu..Hai..cari juga lah
masa nak buat entri di blog. 

 Baru tiga hari, blog Etuza hilang kesan dalam udara maya. Betul-betul orang tak klik lagi, iya lah dah tak baru, tak ada cerita di blog orang tak klik sekerapnya. Nak rangking terbaik kena bersaing updatedkan blog. Pada Etuza banyak benda nak catat sebenarnya. blog Etuza pelbagai demi untuk Etuza merasakan satu kepuasan berblog walaupan tak puas hati. Antara bahan yang ada di minda ni:-
* Hal tanam-tanaman Etuza di laman.
* Banyak gambar, bagi lah kreatif kata-kata madah
* Tazkirah bergambar, hal agama
* Gambar kucing peliharaan
* Pelancongan percutian Etuza sekeluarga dalam negeri sendiri
* Aktiviti di kebun
* Bagi lah sajak bergambar
* Hal anak-anak yang memberikan motiovasi dan kasih sayang
*Resipi mama, masakan mama, pasti ada yang klik untuk membaca blog kita.
*Program di sekolah tempat kerja Etuza
* Majlis perkahwinan
* Ulasan sedikit tentang khutbah Jumaat

Itu lah antara bahan bertema untuk pengisian blog. Tidak lah terlalu sepi dalam blog. Apapun blog bukan WAJIB tetapi satu aktiviti pengisian masa yang amat bermanfaat. Memang ada perasaan gembira apabila kita memiliki blog, apatah lagi blog anda itu cantik dan lebih inovasi.

Ha jika begitu updatekan lah blog..cukup satu catatan satu
hari dah memadai dan tidaklah merundum ke bawah satistik blog korang ya.

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

8 ulasan

Banyak perkara untuk diupdate tapi desibabkan kekangan masa, tidak sempat untuk tulis entri.

betul tu etuza..berusaha ni nak konsisten update...bila sehari takde entri tu rasa ralat sangat

Saya pun bercuti dari blog memntang mentang lah cuti cuti sungguh sungguh hehee

Tahun ni pun agak kurang berblog bila mula ikut keperluan industri, tp in shaa Allah akan terus menulis selagi dgnn izinNya.. moga sama2 kita semua menulis dan terus menulis buat mmanfaat insan, in shaa Allah.

Tugasan seharian menjadi kekangan untuk kita sentiasa kemas kini blog.
Bagi WP ianya bukan satu kewajipan.
Ada masa terluang baru layan blog.
Asalkan jangan terus menyepi.

aida x beri kewajipan pada diri meskipun satu entry satu hari.
blogging releks jer. ada citer, up.
takde citer, diam diam jer blogwalking blog friends.

Saya lagilah Cikgu, dah berbulan tak update

Kita pun tak sempat nak update hari2, tp usaha juga lah utk update ..

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Label

Ceritaku (524) Agama (500) Ucapan (488) Berita (421) Dunia Blog (380) Doa (363) Promosi. (362) Info Lelaki (341) Tips Blog (291) Pengalaman (287) Anak (281) Pendidikan (271) Nasihat (241) Kasih sayang (238) Pelancongan (217) Berita Keningau (212) Rasa Bahagia (203) Hadiah (182) Alam Semulajadi (180) Gambar (159) Keluarga (140) Sejarah (132) Ekonomi (130) Segmen (124) Blog (110) kesihatan (91) Percutian (79) Tentang lelaki (76) Bunga (66) Cinta (59) Isu Semasa (59) Motivasi (57) Tumbuhan (56) Rumah tangga (55) Makanan (52) Budaya (51) Resipi (50) Nilai Moral (47) Cari Makan (42) Masyarakat (42) Sahabat Blog (38) Haiwan (36) Herba (33) Award (32) Promosi Nuffnang (32) Harijadi (31) Sajak (31) Perkahwinan (30) Kucing (29) Sekolah (28) Sukan (27) Kata Madah (25) Artis (23) Tips (21) Rasullah SAW (20) Seni (20) Lanskap (18) Restoran (15) Iklan (14) Tazkirah (12) Petua (10) Wordless Wednesday (10) Hari Jumaat (9) Kalender (9) Majlis Kahwin (9) Bulat (8) Elken (8) Lirik Lagu (8) Grafik (7) Pantun Melayu (7) Kuiz (6) Masjid (6) Politik (6) Takziah (6) Anak Buah (5) Ikan (5) Jantung (5) Kereta (5) Universiti (5) Hari Raya (4) Pertunangan (3) Banjir (2) Buah (2) Cuaca (2) Rumahtangga (2) Tahun Baru (2) BRIM (1) Teknologi (1) Tutorial (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger