Zulnizam Bakal Ketua Murid Sekolah

Zulnizam Bakal Ketua Murid Sekolah

Zulnizam Bakal Ketua Murid Sekolah
Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.
Setiap tahun pada awal pesekolahan sesi Bulan Disiplin atau Program Bulan Disiplin akan dilaksanakan di setiap sekolah. Sebelum cuti sekolah pada tahun 2018 telah diwar-warkan akan membuat senarai nama calon pengawas sekolah, termasuk pengawas pusat sumber sekolah.

Semua guru di minta untuk meninjau atau membuat pemerhatian pada setiap calon yang telah dihantar. Dan tidak terkecuali Etuza juga memberikan respond dalam hal memilih seorang calon Ketua Pengawas atau ketua Murid sekolah dan seorang lagi Timbalan Ketua Murid Sekolah. Biasanya calon Ketua Murid agak rumit kerana setiap tahun kewibawaan murid yang dilantik lebih kurang sama, tidak ada yang menonjol sangat atau tiada yang ada aura sebagai pemimpin di kalangan murid.

Berbeza tahun ini, telah kami kenal pasti seorang murid tahun enam yang begitu jelas terserlah kewibawaannya. Dia baik, suka tolong guru dan bertanggungjawab serta fokus dalam pelajaran di kelas dan selalu menyertai apa juga aktiviti sekolah. Ya kami sepakat memilih adik Zulnizam Hamirin sebagai Ketua Pengawas Sekolah sesi 2019. Perlantikan akan disampaikan selepas cuti tahun baru Cina nanti. Tahniah Zulnizam Hamirin. Awak memang layak. Bangga dengan anak buah Etuza ini.

Zulnizam yang berbaju melayu biru..Ketua Nasyid dan 
mendapat tempat ke 3 dalam MTQ 

Adik Zulnizam dan kawan-kawan tersenyum mendapat
sijil kemenangan Pertandingan Nasyid 

Zulnizam berbakat dalam bidang nyanyian..berani dan amat berketrampilan
Tahniah Zulnizam, awak memang layak dilantik sebagai Ketua Pengawas Sekolah

Zulnizam bersalaman dengan Pegawai pemberi hadiah dalam bentuk sijil

Inilah wajah Zulnizam Hamirin..Juara acara 4 x 100 meter lelaki 
pada tahun 2018 bersama adik Johnathan James

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

6 ulasan

Tahniah adik Zulnizam. Aktif betul nampaknya dia :)

wah... tahniah adik.

tahniah adik! semoga terus sukses..

tahniah Zulnizam Hamirin, hebat peribadinya dan diharap cemerlang dalam pelajarannya juga...semoga terus berjaya

nampak aktif pelajar ni.
moga jadi ketua murid yg berwibawa.

Tahniah.. bakal pemimpin negara, aamiin...

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Label

Ceritaku (525) Agama (501) Ucapan (489) Berita (421) Dunia Blog (380) Doa (363) Promosi. (362) Info Lelaki (341) Tips Blog (291) Pengalaman (287) Anak (282) Pendidikan (273) Nasihat (242) Kasih sayang (238) Pelancongan (217) Berita Keningau (212) Rasa Bahagia (203) Hadiah (182) Alam Semulajadi (180) Gambar (159) Keluarga (140) Sejarah (132) Ekonomi (130) Segmen (124) Blog (110) kesihatan (91) Percutian (79) Tentang lelaki (76) Bunga (66) Cinta (59) Isu Semasa (59) Motivasi (58) Tumbuhan (56) Rumah tangga (55) Makanan (52) Budaya (51) Resipi (50) Nilai Moral (47) Cari Makan (42) Masyarakat (42) Sahabat Blog (38) Haiwan (36) Herba (33) Award (32) Promosi Nuffnang (32) Harijadi (31) Sajak (31) Perkahwinan (30) Kucing (29) Sekolah (29) Sukan (27) Kata Madah (25) Artis (23) Tips (21) Rasullah SAW (20) Seni (20) Lanskap (18) Restoran (15) Iklan (14) Tazkirah (12) Petua (10) Wordless Wednesday (10) Hari Jumaat (9) Kalender (9) Majlis Kahwin (9) Bulat (8) Elken (8) Lirik Lagu (8) Grafik (7) Pantun Melayu (7) Kuiz (6) Masjid (6) Politik (6) Takziah (6) Anak Buah (5) Hari Raya (5) Ikan (5) Jantung (5) Kereta (5) Universiti (5) Pertunangan (3) Banjir (2) Buah (2) Cuaca (2) Rumahtangga (2) Tahun Baru (2) BRIM (1) Teknologi (1) Tutorial (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger