Keunikan & Kreativiti Ilham Manfaatkan Alam Semulajadi Di Rumah Semut Tuaran, Sabah

Keunikan & Kreativiti Ilham Manfaatkan Alam Semulajadi Di Rumah Semut Tuaran, Sabah

Keunikan & Kreativiti Ilham Manfaatkan Alam Semulajadi Di Rumah Semut Tuaran, Sabah
Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.

6 Jan 2018, Ahad adalah detik sejarah melakar dalam kamus hidup ini. Kesempatan ke Tuaran Kota Kinabalu, Sabah membolehkan kami mengatur sedikit masa pergi melihat atau melawat di Rumah Semut di Tuaran berdekatan KG. Kindu, Tuaran, Sabah.

Pada Etuza tempat ini memang banyak keunikannya, daya tarikan yang terserlah. Antaranya ialah:-
1. Setiap pelawat ( Visitor ) di sambut dan di layan dengan baik oleh guide atau pemandu pelawat yang akan memberikan penerangan yang mengandungi ilmu pengetahuan tentang Rumah Semut ini. 

Tugas baju kuning itu memang memberikan penerangan 
kepada setiap pelawat di Rumah Semut.

2. Keunikan berkonsepkan budaya dari beberapa etnik Sabah dalam berbagai bidang. Setiap bilik ada aura terapi minda, ini kerana perasaan melihat keindahan keunikan itu menjadikan minda kita berfikir luas lapang dan rasa nyaman.

Menarik tempat persandingan orang Dusun Latud, Sabah

3. Disajikan dengan pengalaman perkongsian kejayaan individu menerusi lawatan di rumah atas pokok. Unik sekali, kita boleh duduk di beranda dapur sambil menghirup udara segar. Ya Allah alangkah nikmat kehidupan ini dengan sajian menarik di Rumah Semut.


Rumah atas pokok. Dapat ilham bila duduk santai di atas..
tengok ja gambar Etuza..

4. Kreativiti terserlah lagi apabila kita dapat melihat struktur rumah orang Bajau Samah dan rumah Dusun Latud. Melihat persekitaran taman yang dipenuhi pokok buahan dan pokok geharu dan Tongkat Ali. Selain bunga-bungaan yang menghiasi laluan.

Struktur rumah orang Bajau Samah

Struktur Rumah Orang Dusun Latud Sabah

5. Di Rumah Semut boleh meniti jambatan gantung hingga keluar peluh. Maknanya datang di Rumah Semut bukan sahaja kita dapat menghirup udara nyaman tetapi dapat menyihatkan tubuh  badan apabila kita naik dan meniti di jambatan gantung yang rasa gayat juga bila melihat ke bawah. Alamak tinggi. 
Rasa selesa juga meniti jambatan gantung ini


Meniti di Jambatan Gantung hingga naik ke puncak..
jangan tengok bawah rasa gayat..Alhamdulillah berjaya ke puncak

6. Pelancong atau pelawat diberikan minuman percuma. Ha siap minum ucapkan terima kasih tau.

Drink Conner, segar tau lepas minuman ni.. 

Begitulah sedikit dapatan Etuza setelah berpuas hati melawat di taman indah Rumah Semut di Tuaran ini. Kepada teman di luar sana datanglah ke sini, pasti anda rasa teruja. Baiklah akhir sekali mari lihat gambar kenangan kami berdua. Entri Rumah Semut berakhir dalam entri ini. Bye2.










Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

6 ulasan

Semoga ada rezeki untuk Zumal ke rumah semut ini

Insha Allah ada impian pasti dicapai diringi usaha

Uniknya nama tempat ni. Rumah Semut .

Macam-macam tempat menarik yang ada di Sabah tapi belum berpeluang lagi untuk ke sana.

rumah semut ingat cerita pas semut je tapi banyak jugak info berguna kat sini ye. 😊

Assalamualaikum Etuza,
Disember 2018 dua kali ke Kota KInabalu, tapi terlepas pandang pulak Rumah Semut di Tuaran! Harap lain kali dapat singgah situ.

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Label

Ceritaku (524) Agama (500) Ucapan (489) Berita (421) Dunia Blog (380) Doa (363) Promosi. (362) Info Lelaki (341) Tips Blog (291) Pengalaman (287) Anak (281) Pendidikan (273) Nasihat (242) Kasih sayang (238) Pelancongan (217) Berita Keningau (212) Rasa Bahagia (203) Hadiah (182) Alam Semulajadi (180) Gambar (159) Keluarga (140) Sejarah (132) Ekonomi (130) Segmen (124) Blog (110) kesihatan (91) Percutian (79) Tentang lelaki (76) Bunga (66) Cinta (59) Isu Semasa (59) Motivasi (58) Tumbuhan (56) Rumah tangga (55) Makanan (52) Budaya (51) Resipi (50) Nilai Moral (47) Cari Makan (42) Masyarakat (42) Sahabat Blog (38) Haiwan (36) Herba (33) Award (32) Promosi Nuffnang (32) Harijadi (31) Sajak (31) Perkahwinan (30) Kucing (29) Sekolah (29) Sukan (27) Kata Madah (25) Artis (23) Tips (21) Rasullah SAW (20) Seni (20) Lanskap (18) Restoran (15) Iklan (14) Tazkirah (12) Petua (10) Wordless Wednesday (10) Hari Jumaat (9) Kalender (9) Majlis Kahwin (9) Bulat (8) Elken (8) Lirik Lagu (8) Grafik (7) Pantun Melayu (7) Kuiz (6) Masjid (6) Politik (6) Takziah (6) Anak Buah (5) Ikan (5) Jantung (5) Kereta (5) Universiti (5) Hari Raya (4) Pertunangan (3) Banjir (2) Buah (2) Cuaca (2) Rumahtangga (2) Tahun Baru (2) BRIM (1) Teknologi (1) Tutorial (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger