Hasil Tanaman Hari Ini

Hasil Tanaman Hari Ini
Asalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua.
Petang ni hari yang gembira kerana ada buah yang sekian lama tidak menikmatinya. Ini lah buah tersebut Buah Manggis di laman. Tanpa di sedari rupanya berbuah lebat. Buah-buah manggis tersembunyi di sebalik daun-daun pokok manggis rupanya. Banyak dah buah jatuh di tebuk sang tupai atau pun burung. Mujur petang hari ini berkesempatan meninjau andainya ada buah manggis. Dapat lah kami yang ada di rumah makan buah manggis lazat hari ini. Gambar buah-buahan ini di ambil oleh anak Etuza. 

Kemudian mama datang dari kebun membawa sebiji buah nanas yang besar dan cantik. Kelihatan tidak rosak di makan ulat. Memang makan besar hari ini, kerana kami bukan ramai di rumah ini, sementara anak-anak lain di asrama dan yang lain bekerja. Syukur atas nikmat ini ya Allah ya Rahman Ya Rahim. Semua nikmat rezeki makan buah manggis dan buah nanas adalah dariNya yakni Allah.

Hasil tanaman mama yang lain lagi ialah sayur sawi atau biasa di sini di panggil sayur bunga. Tanaman original mama yang tidak disembur racun atau di baja dengan baja kimia. Ini lah hasilnya daun agak cantik dan sederhana. Boleh lah mama masak buat kami sekeluarga malam ini. Alhamdulillah hasil tuaian.

Buah Manggis yang cantik masak di pokok manggis..

Pokok Manggis ..

Buah Nanas dan Sayur Sawi..Hasil Tanaman Mama di kebun

Ha ni lah biji buah manggis..masak cantik 
dan manis ada rasa asam-asam manis




Catat Ulasan

13 Ulasan

  1. Alhamdulillah.Rezeki.Syukur.Gembira bila menikmati hasil yang diusahakan.

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah.. Rezeki bila berbudi pada tanah kan.. Cantik betul isi manggis tu..

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum pakcik. lama aril tak singgah sini. aril dah lama tak berblogging, busy study . haha

    BalasPadam
  4. alhamdulillah... elok je buah manggis tu, sedap tuh... sya pun mlm td merasa buah manggis tp beli jelah maklum takde pokok sndiri

    itu nenas sarawak ke? besar betul
    sawi tu pun nmpak cantik walaupun tanpa racun serangga...

    teringat psl manggis tu, dh tua ni baru tahu yg manggis tu kene di petik bukan boleh jatuh ke tanah... susah jgk nk makan yek

    BalasPadam
  5. Syukur, tanaman membuahkan hasil. Dah lama tak makan buah manggis tu.

    BalasPadam
  6. Wahhh, manggis antara buah yang saya suka. Cantik plak kejadian nyer tu.

    BalasPadam
  7. Lama tak makan mangis, tengok ni terus nak cari 😁

    BalasPadam
  8. Sana dh musim manggis. Kt kedah ni belum lagi

    BalasPadam
  9. Kecur air liur tengok buah2 tersebut.. sedapnya

    BalasPadam
  10. manggis!!!
    tadi ada org iklan di fb. selonggok manggis rm10.
    esok in shaa Allah nak gi memborong.
    last week, borong nenas. puas hati makan.
    aida sgt suka local fruits.

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.