Harga Beribu Ringgit

Harga Beribu Ringgit 
Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.

Alamak sudah masuk kedua hari tak update blog. Rasanya tak boleh berterusan menyepi di blog. Bukan apa ya, cuma sibuk sekali ada saja urusan kehidupan ini. Apa tah lagi anak balik bercuti, pasti ada sahaja urusan tertentu yang perlu kami selesaikan dan kami ibubapa berada sama menyokong mereka.

Baiklah, kali ini hendak keudarakan dua ekor kucing peliharaan di rumah sebelah anak di Tuaran, Sabah. Dia seorang Cina yang baik hati. Dia ni jiran kami lah di Tuaran ya. Minggu lalu jumpa dengan dia di luar rumah. Hendak berbincang satu perkara. Semasa di luar rumah dia, dia belai manja kucing berbulu gebu dan putih dan seekor lagi bulu dia grey.  Etuza rasa terpesona seketika melihat kucing dia bersih dan amat comel. Kedua-dua kucing dia ni betina, katanya agak garang sikit, marah bila di sentuh bulunya kecuali dia dah biasa. Huuu kena hati-hati membelainya.

Kucing bulu putih tu, ada nama tapi Etuza tak ingat lah pula sebab asyik membelai kucing dia. Yang pasti Etuza ingat dua perkara sahaja bagaimana dia mendapat kucing yang amat tinggi nilainya ini, bagi yang menggemari kucing seumpama ini tak akan kisah pun jika harga cecah ribukan. Anak buah Etuza ada membeli anak kucing RM1000 juga. 

Kucing putih gebu itu kawan dia bagi, masa tu masih kecil. Dia tak beli melainkan kucing ini hanya diberi oleh kawan dia kerana tak mahu bawa kucing ini ke tempat lain. Freelah lagi jelas. Sekarang dan besar dan dah dua kali melahirkan anak. Anaknya tak menjadi pula. Lalu kucing betina ini di kembirikan dengan kos cecah RM400.  Sekarang tak lagi mampu mengandung si putih gebu dia.

Kucing kedua yang bulu grey, dia beli dengan harga RM2000 ribu, Wow!!! hebatnya harga kucing dia ni yang berbulu grey. Macam kita ni, tak mampu beli begitu besar harga. Kerana suka dan sayang kan kucing jiran kami ni sanggup membeli walau dalam harga yang begitu tinggi hingga beribu ringgit.

Tuan, puan semua nak tahu tak cara dia jaga kucing dia ni. 

* Dimandikan sekali seminggu
* Sikat bulu badan 
* Semasa dimandikan pakai syampu khas yang wangi.
* Makanan kucing dia jarang diberi makan whiskers, tetapi makanan segar yang di masak.
* Kucing dia makan sayur dan ikan. Huuu best juga ya bertuan kan jiran kami ni.

Itulah dia cara penjagaan kucing di rumah jiran sebelah kami di Tuaran, Sabah.

Dimandikan seminggu sekali dan disikat bulu2 badan kucing ini.

Ini dia kucing betina berbulu grey cecah Harga Beribu Ringgit.
RM2000. Kucing jiran kami di Tuarana, Sabah.

Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. Waalaikumusslam abg etuza. Kerana minat dan berkemampuan semua mampu buat. berminat tapi tak mampu cukuplah sekadar melihat. hihihi...
    #jmbelog

    BalasPadam
  2. wow.. harga sama macam tiket kapal terbang hehe..

    BalasPadam
  3. kucing yang gebu gebas ni penjagaannya mmg lebih sikit dari kucing biasa. huhuu. setanding lah dengan harganya...

    BalasPadam
  4. Bagi penggemar kucing...harga tu bukan masalah kan Cikgu..minat yang mendalam.Memang cantik comel dua-duanya.

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum cikgu etuza. Moga sentiasa di dalam kesihatan yang baik.
    Huisshhh.. harganya. Tapi kalau dah minat dan mampu pula, pasti tak menjadi masalah. Cuma bab menjaganya leceh juga.

    BalasPadam
  6. comel. tapi ejulz tak suka kucing. hehe

    BalasPadam
  7. Kelabu tu baka BSH cikgu.. harganya mahal gila, tak terbelilah dek kami.

    Kat sinipun ada terpamer dalam gate, bila singgah sana, buat main2 jap, hepi dia tapi sayu semula sebab terkurung 24jam..

    Nak beli hampir RM3 ribu., mampu tengok jer

    BalasPadam
  8. aduhai.
    bagi yg minat dan berduit, ok la kot.
    yg b40 m40 ni tak payah la. kucing tempatan pun cantik2 da skang ni.
    ada yg da mcm kacukan jugak.

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.