Hanyalah Gambar , Kebetulan Membeli Air Badak

Hanyalah Gambar , Kebetulan Membeli Air Badak

Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semuanya.

Seperti biasa, bila dah terlalu awal tidur kerana letih maka inilah jadinya diri Etuza. Pandai bangun dan on blog updatedkan. Mungkin merasakan ketiadaan masa di siang hari apabila banyak urusan maka updatedlah blog ketika berJuta rakyat Malaysia di ulit mimpi indah dalam lena mereka di peraduan.

Klik-klik gambar di folder, terperasan bagaikan nak promosi sejenis botol minuman. Ha nampak botol minuman air badak rupanya. Etuza tak sedar mama ambil gambar ini, Etuza just gayakan botol itu pada suasana hutan di Bukit Matanoi Apin-Apin Keningau, Sabah. Mama ambil gambar tak terang lah pula. Jadinya Etuza cuba edit agar jelas nampak menggunaka photo scape, tak juga terang lah nampak. Masih kabur. Maaf jika yang melihat agak sakit mata kerana kekaburan gambar Etuza.

Ada apa ya pada air badak ni? Memang Etuza akui sering membeli produk minuman air badak ini. Kata individu tu air badak mampu sejukkan panas dalam badan. Tanpa ragu ramai membeli dan jadikan sebagai minuman kegemaran, walhal hanyalah air biasa dan ada gambar badak sumbu pada botol minuman ini. Etuza sebelum membeli Etuza lihat logo halal, ada logo halal, minumlah Etuza.

Seketika tadi Etuza ada terklik laman Blogger Sentiasa Panas, ada membuat infor hal air badak. Dalam blog dia ada nyatakan cara mengenalpasti air badak yang original yang diluluskan oleh KEMENTERIAN KESIHATAN. Apapun catatan itu dah agak lama, tetapi masih boleh kita gunakan sebagai rujukan. Untuk anda lebih jelas sila lah klik laman SINI. Semoga mendapat infor hal air badak. Sekurang-kurangnya kita akan tahu.

 Jumpa dua pasangan ni gambar Cikgu ni..

Ini orang Apin-Apin..dah mula keluar air badak, botol kecik ja
apa istemewanya tu..saja beli dan bawa ke Bukit Matanoi

Ha buat promot ke apa Etuza tu? 

Lagi katanya Very Good. Adoi lucu pula..Dah suka beli air badak 
apa kan daya. Ada halal tu

 Yang bestnya ada gambar kenangan di Matanoi Hill..
janji dah keluar peluh..bukit ni tinggi tau..boleh tercungap2. Mama
di sini nak ajak ke 2 kali nak ke matanoi hill ..alamak katanya
tak sanggup lagi..
Yeah...berjaya naik di puncak ..jumpa orang dari Tenom Sabah
ha hanya dengan sebotol air badak berjaya juga ke puncak matanoi Hill

SELAMAT MALAM..

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. Cheq belum pernah cuba air minuman cap badak ni, mungkin satu hari nanti cheq cuba juga 😄

    Selamat tahun baru 2019 buat tuan blog, semoga ceria dan bahagia sentiasa 😎

    BalasPadam
  2. Pernah dengar tentang air badak ni tapi tak pernah beli pun.

    BalasPadam
  3. Jarang sangat beli, kecuali ketika anak demam yang teruk. .

    BalasPadam
  4. Air badak buat penyejuk badan.. kdg2 ada minum juga cuma kena pastikan lepas ni takut terbeli yg tiruan pula. Wahh.. hanya dgn sebotol air badak berjaya ke puncak!.. unik ayat cikgu tu :)

    BalasPadam
  5. Wah, air badak tu beri tenaga juga ke cikgu?

    BalasPadam
  6. Air ni sangat sesuai utk sejukkan badan bila demam . Setakat ni Lya belum pernah minum lagi air badak ni Cikgu

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.