Gunakan Sebaiknya Apa Kemudahan Di Bilik Sewa Anda

Gunakan Sebaiknya Apa Kemudahan Di Bilik Sewa Anda
Asalamualaikum & salam Sejahtera Semua.

Wah! lama juga tak updated blog ini. Ini semua disebabkan kesibukkan awal tahun dan sibuk dalam memulakan tugas seharian seorang cikgu. Baiklah updatedkan blog, kena juga dan hari ini ketika ini Etuza berada di Kota Kinabalu ada urusan hantar anak ke KKIA Airport, anak tersayang flight ke Pahang. Cuti dua minggu sudah berakhir hari ini. Dia dah mulai kerja hari Isnin. Semoga anakanda tersayang selamat ke tempat dituju. Aamiin.

Hari ini ada gambar berbicara, gambar-gambar ini adalah berkenaan beberapa alat yang akan kita guna pakai apabila kita menyewa bilik di ibu kota. Atau ringkasnya HOTEL. Sebagai penyewa atau pengguna sementara bilik tersebut, kita sebagai pengguna hendaklah meneliti semua apa yang ada di bilik sewaan kita itu. Pastikan apa juga alat yang kita guna dan sewa sementara itu boleh di pakai dan berfungsi. 

Seperti katil, selimut, kipas,aircond, sterika, tandas soket dan sebagainya. Apabila dalam keadaan selamat dan boleh dipakai gunakan, peranan kita sebagai pengguna pula harus manfaatkan alat tersebut di guna pakai dengan sebaik-baiknya. 

Telefon di hotel penginapan..ini di Merdeka Palace Hotel.

Di hotel terkenal bayaran yang dikenakan haruslah sesuai dengan kos atau harga sewaan. Jika tidak kita sebagai pelanggan pasti berfikir haruskah datang semula di hotel ini pada masa akan datang. Dan banyak sebenarnya pilihan kita. Klik saja TRIVAGO pasti kita akan disajikan dengan berbagai tawaran harga bilik hotel terkenal.

Memanafaatkan alat-alat di bilik sewaan dengan sebaiknya. Apa yang ada dalam bilik itu adalah hak kita dalam masa sementara. Tidur atas katil dengan lena, bukan tidur pada lantai ruang bilik sewaan. Mandi dengan damai menggunakan air dua rasa sejuk dan sederhana panas, pasang TV klik rancangan digemari. Air minum panaskan menggunakan hitter yang ada, membaca al-quraan bagi yang muslim atau gunakan sejadah yang disediakan. Gunakan sterika untuk kemaskan pakaian yang kusut.  Aircond sebaiknya ikut suhu yang anda rasa selesa. Namun ketika menggunakan semua alat sementara ini, pastikan apabila telah di guna dan dimanfaatkan, pastikan pula dikemaskan seperti sedia kala.

Bagi penyewa bilik yang menggunakan semua alat dalam bilik sewaan, maka amat berbaloilah dia membuat bayaran kos harga hotel yang mungkin mencecah ratusan ringgit. Kepada yang selalu melancong jangan lupa nanti gunakan dan manfaatkan semua alat di hotel penginapan agar anda menjadi pengguna atau penyewa hotel dalam keadaan win-win situation. Alamak betul kah ni.

Kad kebenaran masuk bilik. kad kunci bilik  
dan tiket  atau kopun masuk ruang makan sarapan pagi 
Sebagai Hotel terkemuka harus ada pakej makan sarapan pagi percuma. 
baru terbaik hotel tersebut.

Selimut dan katil yang bersih dan wangi..manfaatkan

Lampu dan TV serta meja juga harus diguna pakai ..letak apa yang patut
di atas meja di biliik sewaan anda

Ruangan duduk santai atau duduk rehat pada kerusi empuk ini..

Ruangan tempat mandi ada semua alat-alat mandian..best ja kan 

Tandas yang selesa. Cuma Etuza lebih selesa tandas ampai bukan tandas 
seperti dalam gambar..

Abadikan kenangan di Hotel Merdeka Palace Hotel Sarawak

Abadikan kenangan di Hotel Merdeka Palace Hotel Sarawak

Etuza ucapkan tahniah kepada yang telah menerima hadiah dari Etuza. Dan mohon maaf kepada blogger yang masih belum menerimanya. Semoga akan sampai juga ke alamat yang ditujukan.

Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. Cantik dan selesa nampak hotelnya ni.

    BalasPadam
  2. Betul tu, kita kena guna kemudahan yang disediakan dengan sebaik-baiknya.

    BalasPadam
  3. seronok,nampak bersih dan kemas sahaja =)

    BalasPadam
  4. APA YG DISEDIAKAN PIHAK HOTEL UTK KEMUDAHN PELANGGANNYA SEELOKNYA DIGUNAKAN SEBAIKNYA

    BalasPadam
  5. Memang selesa kalau menginap di hotel.
    Sesuailah dengan bayarannya.

    BalasPadam
  6. Katil dihotel akan dijadikan bahan pembelajaran anak2..

    Sebelum check out, selalu ajar Alya buat 'bed making'.. tinggalkan bilik dalam keadaan kemas.

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah.. hotel selesa, kemudahan lengkap dan harga berbaloi buat kita pun menginap dgn tenang.

    BalasPadam
  8. Zumal memang guna sepenuhnya apa yang ada, selalu sabun, shampu, berus gigi siap dibawa pulang. Terima kasih cikgu atas kiriman hadiah. Zumal dah terima, esok bakal update dalam blog.

    BalasPadam
  9. Menarik .. Nampak selesa jee kat hotel ni .. apalagi posing laa banyak2 cikgu .

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.