Borneo Ant House,Kampung Kindu, Jalan Tuaran, Sabah

Borneo Ant House,Kampung Kindu, Jalan Tuaran, Sabah
Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.

Terkini di blog Etuza, memaparkan sejarah lawatan kami ke BORNEO ANT HOUSE yang terletak di Jalan Tuaran menuju ke Kampung Kindu, Tuaran di mana jarak dari Kota Kinabalu ke tempat ini ialah sejauh 41 Kilometer.

Secara berdua dan baru sahaja kami balik dari tempat Borneo Ant House pada 6 Jan 2019 sekitar jam 8.00 pagi hingga jam 10.00 pagi. Wah memang menarik dan tertarik sekali banyak informasi yang kita dapat di tempat pelancongan berkonsepkan Rumah Sarang Semut sambil dalaman sarang semut ini memperagakan banyak budaya atnik Sabah dan corak rumah kediaman dan peralatan pertanian, bersawah orang dahulu di Sabah. Boreno Ant House ini sebenarnya adalah satu simbol kebanggaan di Sabah apabila tempat ini telah dinobatkan sebagai tempat pelancongan atau rekreasi bertaraf MALAYSIA BOOK OF RECORDS. Baca blog ZUMAL dah ke sini tau.Klik Blog DUNIA ZUMAL.

Borneo Ant House ini telah dilancarkan dan di buka secara rasmi pada 2017 hingga sekarang dan memang menjadi tumpuan pelancong buat masa ini di Sabah. Datanglah di sini dengan kadar tiket dewasa RM 18.00, kanak-kanak 12 tahun ke 7 tahun RM9.00 dan 4 tahun -6 tahun RM3.00. Tidak rugi datang sini boleh keluar peluh apabila naik berjalan di jambatan gantung yang sangat unik. Berbaloi RM18.00 bukan selalu. Datang lah hilangkan tekanan, pasti happy di Borneo Ant House di Tuaran Sabah. Jemput tengok gambar kami.








Inilah beberapa gambar kenangan Etuza berdua hari ini. Salam sayang dan jumpa lagi di lain catatan dan ceritara. Pasti ada gambar baru menarik kan.

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Cantik pemandangan di Borneo Ant House tu. Memang sesuai untuk bergambar.

    BalasPadam
  2. Menarik tempat ni.. selain dpt beriadah santai sekeluarga, dpt juga mendalami budaya dan sejarah. Suka juga berkunjung ke tempat2 mcm ni.

    P/s: Alhamdulillah, terima kasih cikgu Etuza. Cenderahati kiriman cikgu selamat saya terima minggu lepas. Maaf lambat maklum, baru dpt duduk berbw ptg ni. Terima kasih :) :)

    BalasPadam
  3. Wah,Cikgu dah ke Borneo Ant House yer. Suka konsep di sini.

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.