Adakah Benar 3 Perkara Ini.

Adakah Benar 3 Perkara Ini
Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.

Hari ini, pergi kerja dengan perasaan gembira dan terasa tidak sabar untuk masuk di Bilik Khas Etuza sebagai seorang cikgu. Bukan apa Etuza memang sejak dapat lantikan GPM di sekolah bertugas Etuza diberikan bilik khas tempat bertugas dan duduk membuat kerja dengan selesa. Memakan masa juga baru Etuza dapat mencintai tugas khas ini. Alhamdulillah bila kita ikhlas terima tugas khas baru rasa apa juga tugasan dalam bidang itu dapat kita jalankan dengan baik, malah memberikan kegembiraan kepada diri sendiri , kegembiraan juga kepada warga sekolah. 

Hari ini, oleh kerana ada perasaan gembira, Etuza tanpa sedar terkata terucapa atau terlafaz tiga perkara tanpa Etuza sedar. Apakah benar apa yang Etuza katakan ini, kerana hanya berdasarkan pembacaan dari buku, terdengar menerusi ucapan dan kenyataan dari individu dalam program dan dalam khutbah setiap Jumaat, menerusi situasi ini Etuza dapat pegang dan sematkan dalam hati 3 perkara yang hario ini tiba-tiba terucap di hadapan seseorang. Inilah 3 perkara itu.

1. Senyuman itu merupakan sedekah paling termurah dan mudah dilakukan.
2. Sekali bersalaman akan gugur satu dosa hasil salaman yang dilakukan. ( Mohon betulkan apakah ini betul )
3. Sebarkan salam ( Ucapan Salam ) kerana ucapan salam adalah sebaik-baik ucapan yang disukai oleh Allah dan nabi Muhamaad SAW.

Selepas berkata 3 perkara itu Etuza meninggalkan individu tersebut. Kemudian Etuza tersedar, bahawa Etuza bukannya Ustaz, bukannya ahli agama.Ya Allah mohon ampuni Etuza jika 3 perkara itu agak menyulitkan perasaan individu yang mendengar kata-kata Etuza.

Apapun Etuza yakin benar bahawa ramai yang mengiakan bahawa
senyuaman itu satu sedekah jika ada keikhlasan dalam senyuman itu.


Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Senyum itu sedekah.Salam itu ukhuwah.Beri salam itu doa.Alhamdulillah.

    BalasPadam
  2. memang senyuman itu suatu sedekah, walau mungkin yg senyum tu tidak cantik tapi bila tersenyum pasti nampak menarik..senyuman itu pasti membuat sesiapa yg melihat merasa senang walau jiwa kegelishan

    BalasPadam
  3. GPM = Guru Perpustakaan dan Media, betul tak Cikgu?

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.