Urusan Kehidupan laksanakan Sedaya Kita

Urusan Kehidupan laksanakan Sedaya Kita

Urusan Kehidupan  laksanakan Sedaya Kita
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته. 

Bertemu kembali dalam pena di blog ini. Hari ini banyak urusan kehidupan yang menuntut Etuza dan anda semua. Etuza maksudkan, banyaknya urusan di siang hari, seperti Etuza hari ini saja hari selasa Etuza menemani mama dan bapa mertua ke Hospital Besar Keningau. tarikh bapa mertua  hendak berjumpa dengan Doktor tiba hari ini. Hari ini juga Etuza perlu service kereta baru Etuza di pusat service Mitsubishi cawangan Keningau. 1000 kilometer jarak perjalanan harus di service dan liver charge adalah percuma. Kena tuntut service ini.

Hari ini Etuza dan anak lelaki Etuza yang ke 4 merancang juga ke kedai gunting rambut lelaki, rambut mulai cecah telinga dan agak tidak selesa. Selain itu anak bongsu juga minta hari ini di hantar ke rumah mak, katanya rindu dengan Sofea, Arfah, Nursyfah, Nadia dan kawan-kawan lain. Kebetulan mak pesan agar anak bongsu dapat membnatu menjaga kedai mak sementara mak sibuk dengan anak-anak ayam yang perlu di masukkan ke tempat yang selamat apabila menjelang malam.

Awal pagi rutin Etuza ialah membersihkan halaman rumah, sambil menyiram bunga2an di pasuan. Mama menyediakan sarapan pagi dan sambil-sambil membasuh pakaian di mesin basuh. Di luar rumah memang tak terkata banyaknya kerja, membaja, menggembur tanah yang sudah kering kemudian tambah dengan tanah gambut yang organik. Letak baja subur dan baja pembungaan. 

Dan yang paling Etuza puas hati hari ini atas izin Allah, Etuza telah menghantar barang titipan dari anak sulung untuk disampaikan kepada sesorang di Klinik Pergigian Keningau, mujur ingat. Amanah orang.

Kemudian hari ini juga  Etuza dan di bantu oleh anak leleki ke 4 berjaya menaikkan tangki biru yang agak besar dan tinggi ke  atas rangka tangki daripada besi kukuh. Alhamdulillah siap di pasang dengan paip, penutup dan Etuza sambungkan ke paip di singki dapur. Mama pun kelihatan gembira apabila tekanan air paip besar dan lancar. Harap dia seronok memasak untuk keluarga tersayang ini. Selebihnya mengurus blog apabila ada masa terluang.

Inilah yang dikatakan URUSAN KEHIDUPAN LAKSANAKAN SEDAYA KITA. Alhamdulillah.
* Bapa mertua selesai jumpa doktor
* Service kereta baru selesai kos RM 292.10 sen.
* Rambut telah di gunting ( Etuza dan anak )
* Hantar dan ambil anak bongsu di rumah mak sebelum maghrib hari ini.
* Memasang dengan lengkap tangki biru ke atas rak tangki daripada besi dan tinggi. Air paip ke singki kini lancar dan deras.
* Membaja dan menggembur serta menyiram bunga2an di pasuan juga sempat di laksanakan.
* Hantar barang amanah di Klinik Pergigian di Keningau.
* Menanam anak pokok lada
* Tunaikan solat WAJIB 5 waktu. Alhamdulillah 


Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

11 ulasan

Mohon maaf ya..ada ja salah ejaan..ini saya akui kelemahan diri. Mohon jangan hina saya hanya kerana ada ejaan salah ya

Mana urusan penting tu kita usahakan selesaikan secepat mungkin :)

Alhamdulillah. Tahniah cikgu, dapat laksanakan banyak kerja. Semoga semua dipermudahkan!

alangkah lega rasanya bila rutin yg telah ditetapka berjaya dilaksanakan..

Wahhh padat rutin harian cikgu

begitulah urusan kita sehari-hari. kadang-kadang terlupa jadi bila ada budaya Blogging ini sudah menjadi rutin mingguan untuk sentiasa mengemaskini jadual bulanan melalui iCal.

Myra | The Grey Lines Between

betullah tu. kita laksanakan sedaya upaya kita

terimaq kasih kun jungan anda di blog Etuza ya

URUSAN KEHIDUPAN TERPKSA DISELESAIKN SEDAYA MAMPU KAN CIKGU

Laksanakanlah sebaiknya sedaya kita

moga dipermudahkan urusan cikgu setiap hari.

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ceritaku (507) Agama (486) Ucapan (483) Berita (412) Dunia Blog (367) Doa (352) Promosi. (351) Info Lelaki (325) Tips Blog (287) Pengalaman (279) Anak (271) Pendidikan (260) Nasihat (238) Kasih sayang (234) Berita Keningau (209) Pelancongan (199) Rasa Bahagia (199) Hadiah (175) Alam Semulajadi (165) Gambar (149) Keluarga (131) Sejarah (129) Ekonomi (127) Segmen (121) Blog (102) kesihatan (88) Tentang lelaki (76) Percutian (71) Isu Semasa (59) Cinta (58) Motivasi (57) Tumbuhan (56) Bunga (55) Rumah tangga (55) Budaya (49) Resipi (49) Nilai Moral (46) Cari Makan (40) Masyarakat (40) Makanan (39) Sahabat Blog (37) Haiwan (34) Award (32) Herba (32) Promosi Nuffnang (32) Sajak (31) Perkahwinan (30) Harijadi (29) Kucing (27) Sekolah (26) Sukan (25) Artis (22) Tips (21) Kata Madah (20) Rasullah SAW (20) Seni (20) Lanskap (15) Iklan (14) Tazkirah (11) Petua (10) Hari Jumaat (9) Kalender (9) Majlis Kahwin (9) Restoran (9) Bulat (8) Elken (8) Lirik Lagu (8) Pantun Melayu (7) Grafik (6) Kuiz (6) Politik (6) Takziah (6) Wordless Wednesday (6) Anak Buah (5) Ikan (5) Jantung (5) Kereta (5) Masjid (5) Hari Raya (4) Pertunangan (3) Universiti (3) Banjir (2) Buah (2) Rumahtangga (2) Tahun Baru (2) BRIM (1) Cuaca (1) Teknologi (1) Tutorial (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger