Tazkirah 18 Empat Perkara Wanita Dikahwini

Empat Perkara Wanita Dikahwini
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Semoga hari ini kita semua sudah pun menunaikan ibadah solat subuh dan merasakan bahagia dengan kehidupan hari ini, apa tah lagi bagi kita yang sedang bercuti panjang persekolahan 2018.Buatlah sesuatu yang mendatangkan faedah, rezeki dan kegembiraan dalam sepanjang percutian ini.

Ada sedikit TAZKIRAH ke 18 iaitu " Seseorang wanita dikahwini kerana empat perkara : hartanya,keturunannya, kecantikkannya dan agamanya. Maka, pilihlah wanita yang BERAGAMA nescaya engkau akan beruntung " Engkau yang dimaksudkan adalah lelaki yang masih berlum berkahwin atau yang sudah berkahwin.
Berdasarkan hal kenyataan di atas, wanita yang paling di sukai atau dicintai oleh Rasullullah SAW ialah wanita yang paling bermanfaat dan berperanan membantu menyebarkan agama Islam serta memperjuangkan agama Islam. Sebagai lelaki ini lah sedikit panduan agar anda memilih wanita yang kuat pegangan agamanya dan bukan kerana paras rupa semata-mata. Semoga membantu anda.

Kenangan perkahwinan anak saudara Etuza, iaitu Zairon Gusman

Semoga mereka bahagia..dan kini dah ada anak diorang ni,
Zairon Kerja di Kuala Lumpur

Semoga berbahagia hingga ke anak cucu.

Gambar kenangan dan menghiasi blog Etuza

Kahwinilah wanita kerana kuatnya pegangan agamanya.
InshaAllah anda akan bahagia dengan rahmat Allah.
Sesungguhnya Allah menggesa lelaki kahwini wanita beragama
dan bukan paras rupanya. Paras rupa yang cantik itu anggaplah 
satu bonus .Etuza


Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. 7 hb Nov ada jemputan kahwin ni..ni lah antara program nak hadir masa cuti jalinkan ukuhuwa realiti

    BalasPadam
  2. semoga pasangan ini berkekalan sampai ke jannah

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah, semoga perkahwinan mereka berkekalan selamanya. Aamiin

    BalasPadam
  4. Biasa cantik no 1 agama no 2..sbb JM pernah dgr ayat ni ‘ adeh! Yg cantik semua dh jadi milik org’ 😬

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.