Restoran Pesona Rasa

Restoran Pesona Rasa
Asalamualaikum & Salam Sejahtera.

15 December 2018, kami bersiaran di One Borneo, Jalan UMS Sepanggar Kota Kinabalu, Sabah. Gedung ini memang gah dan sangat terkenal di Kota Kinabalu. Etuza rasa terpegun seketika dengan prasarana kemodenan dan keunikan One Borneo.

Di One Borneo ada flat tempat tinggal pelajar UMS, antaranya bangunan USIA. Tinggi bangunan USIA ini yang menempat kan ramai pelajar UMS. ( Universiti Malaysia Sabah ). Agak bertuah pelajar UMS dapat berpeluang tinggal di kawasan One Borneo kerana boleh berjalan kaki menuju ke UMS dan menaiki Bas UMS setiap kali mereka ada kuliah dan pelbagai program UMS.

Maaf sedikit tersasar cerita. Sebenarnya nak cerita tentang Restoran Pesona Rasa. Perasan lah Etuza, blog header Etuza kan ada Pesona Etuza Warna-Warna Kehidupan. Hari ini terjumpa pula Restoran Pesona Rasa. Agak-agak anda rasa makanan atau juadah kat sini ada Pesona Rasa tak. Ok, mari kita cuba, Restoran Pesona Rasa ni pilihan anak Etuza. Katanya nak cuba tak rasa makanan di Pesona Rasa. Ok boleh saja , jom ramai-ramai pergi makan di tempat tu.

 Biasalah sebelum jamah makanan , ambil moment dulu..inilah dia
depan Restoran Pesona Rasa. Cantik kan..memang ada daya tarikan.
Ramai tau datang sini.

Kami masing-masing oderlah makanan, nait makan untuk petang hari ini, balik rumah tak perlu masak lagi. Mandi dan rehatkan badan yang seharian berjalan ke sana-sini. Ambil anak di tempat kerja dan jemput anak ke rumah kakak. Seronok bagi yang sentiasa aktif, sihat dan suka melihat keindahan alam ciptaan Allah. Percutian harus seronok dan sentiasa berhati-hati. Usah leka dan terpesona pula dengan Dunia ni.

Service di RPR ni pun bagus, pelayan dan owner RPS ni tak sombong, mereka layan pelanggan dengan sabar. Apapun kita ni manusia biasa ada sahaja kekurangan. Perbaiki lah mana-mana yang dirasakan tak berapa baik dalam bisnes anda ya.Terima kasih di RPS hari ini kami disaji dengan juadah yang memang ada PESONA RASA.

Ini lah dia generasi Etuza dan mama. Ada 4 orang..aloo..
yang 3 pula tak ada di gambar..semua di rantau..
rindulah pula bila ingat mereka bertiga.

Tempat ni bersih, tak sibuk bagai, selesa untuk makan dan udara pun segar.
Jauh dari udara kotor di luar..Nak makan sini, sila jemput datang orang Sabah
yang bercuti di Kota Kinabalu..jom lah

Inilah dia juadah yang kami oder. Masing-masing dengan selera sendiri.

Oder  Minuman : Cendol, Horlic Ais, Lemon Tea Panas, Jus Carrot
Oder Makanan  Petang : Nasi Tomato 2 set, nasi goreng pataya 1 set,
nasi kacang tumis dan ikan 1 set, nasi kacang tumis dan ayam masak kicap 1 set
nasi dan ikan goreng  1 set 

Dari segi rasa juadah : Betullah ada PESONA RASA - Sedap
Kami puasa hati 
Harga : RM 54.00 ( makan 6 orang berbaloi, it's ok.

JEMPUT KLIK SINI  & SINI UNTUK ANDA ADA HADIAH MENANTI
Sesiapa yang bersiaran di One Borneo hari ini - Sila ke Restoran Pesona Rasa.Datang makan ya ...

Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. Ok harga tu, kira affordable kan tak mahal utk byr 6 org ..

    BalasPadam
  2. Pip..harga tu sesuai lah kan 6 orang

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum abg.

    di tag : https://jm2u.blogspot.com/2018/12/giveaway-akhir-tahun-2018-by-lady-in.html

    #jmbelog

    BalasPadam
  4. Walaikumsalam JH inshaAllah terima kasih tag ya

    BalasPadam
  5. Okey sangat harganya tu.. Mula mula sebelum saya klik entry ni saya terbayang header blog cikgu jugak ada persona huhu

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah.. Harganya pun tak mahal utk 6 org makan..

    BalasPadam
  7. Umi Aliya dan B logger Kamsia..mungkin sebab ambil lauk dalam dua jenis ja..
    kurang harga. Jika nak ambil 3 atau 4 jenis lebih RM100 kot..

    BalasPadam
  8. Wah, menunya sangat menarik harga pun ok...

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.