Restoran Ikan Bakar Di CKS Plaza Tuaran, Kota Kinabalu

 Restoran Ikan Bakar Di CKS Plaza Tuaran, Kota Kinabalu

Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.

Apa khabar semoga sihat dan ceria selalu ya. Yang rasa tak sihat, untuk tidak melarat ambil lah langkah ke hospital berdekatan, inshaAllah kena usaha kesihatan kita semua. Kesihatan kita ada satu sahaja Allah beri. Material seperti kewangan anytime kita boleh dapat. Pastikan badan sihat ya.

Wah! apa lagi cerita kali ini? Nampak gambar banyak warna oren, apa tu!. Ha inil lah antara moment percutian Etuza dan family. Ada 4 orang anak depan mata sementar 3 orang masih di rantau, kerja dan di Universiti. Tidak apa lah ada masa Etuza flight ke tempat mereka, rindu sangat dengan anak lelaki Etuza 3 orang tu. Inilah proses kehidupan kena berani merantau. Aloo merapu lagi. Sorry.

Ni lah dia RESTORAN IKAN BAKAR, restoran baru yang meletup di CKS Plaza Tuaran, Kota Kinabalu, Sabah. dari rumah anak terus ja belok kiri ha akan sampai selepas Jambatan Batangan Tuaran. Orang Tuaran lagi lah tahu CKS ni memang hot  ( baru ) kan bangunan baru dan luas di area Tuaran.


Ni dia Restoran Ikan Bakar, bersih dan kami datang waktu lepas maghrib
ialah nak alas perut teringin nak ke sini. Allah dah kabulkan.

 Warna tema restoran ini warna oren. Mujur kerusi meja tak oren, sebab pinggan mangkuk tu warna oren, jika semua oren boleh jadi mata pun jadi oren, hahaha. Gurau ja. Memang bagus restoran ni. nak tau kenapa, sebab ikan semua dah di bakar hanya kita minta panaskan balik ambil sos cecah makan. Cuma kami ambil ikan goreng masak merah. Fuhhh!!! meletop sedapnya sampai Etuza jilat jari. Tengok ja tinggal tulang dalam gambar.

Anak-anak ambil ayam masak kari, juga meletup sedap secukup rasa. Ala Etuza tak suka terlebih masin kah, terlebih manis tak mahu. Biasa sahaja secukup rasa baru selera memuncak-muncak nak makan. Makan kan wajib demi kelangsungan hidup, pastilah nak sesekali makan sedap atas rezeki yang halal. Dan apabila dah makan ucapkan ALHAMDULILLAH  semua rezeki itu dariNya diberikan kepada kita semua. Niatkan makan demi kerana mencari reda dan rahmatNya. InshaAllah aman jiwaraga. 

Menariknya Restoran Ikan bakar ini, pemiliknya ramah tamah, di layan kami dengan baik. Sudi pula ambil gambar kami ramai-ramai. Cuma yang gambar ramai-ramai tu dalam phone anak sulung. Bagi peluang Etuza ambil gambar lauk pauk yang unik bagi Etuza. Diorang hidang sup labu kundur.Layan diri dan jika nak ikan bakar bagitahu mereka akan panaskan semula. Memang berbaloi makan di sini. Kami 6 orang makan baru Etuza bayar RM 71.00. Agak murah tu. 

 Licin Fuhhh!!! ikan dimasak sedapnya..

Ambil kenangan..nak tak nak kena bagi juga muka anak-anak asyik nak gambar
ayah dan ibunya..alooo..Baju Etuza tetap coklat..alamak kedapatan
tak tukar lagi lah..hahaha.
Ha ni dia ikan dah di bakar..tinggal sikit lagi tau

Yang ni pun dah tinggal sikit..tak tau lah apa nama ikan laut ni..
biasa beli juga ..ikan merah agaknya 



Kadang kala, dalam kesempatan masa cuti panjang ini, elok lah anda bersiaran bersama keluarga. Perap dalam rumah ja, nanti kurang pengalaman. Best juga dalam rumah memanjang tapi lagi best berjalanlah dengan anak-anak beri anak lihat alam semulajadi di tempat orang ya. InshaAllah semoga ada rezeki dapat lah bercuti tu. InshaAllah. Jauh berjalan luas pandangan bertambah pengalaman. 

Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. menraik tu entah bila nak ke Sabah lagi, seronok bercuti ke sana

    BalasPadam
  2. Tengokpun sedap apatah lagi jika menjamu selera..

    BalasPadam
  3. lauk pauk nampaknya dah tinggal sikit ja cikgu...memang laris nampaknya restoren tu

    BalasPadam
  4. telan airliur baca entry ni..ikan mmg all time favourite, digemari ramai..

    BalasPadam
  5. murah la tu mkn utk 6 org rm71.... ikn bakar pun nampak murah... klu kt sini mau rm10 dan ke atas sekor ikan bakar nya

    BalasPadam
  6. Mohon maaf ada kesilapan nama sepatut CKS bukan SKC ya..dah dibetulkan

    BalasPadam
  7. Terliur baca entri tentang ikan bakar. Kerabu rumpai tu nampak menarik.

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.