Original Ayam Kampung

Original Ayam Kampung

Original Ayam Kampung

Asalamualaikum & Salam Sejahtera, semua.

Bersiaran lagi di blog kegemaran Etuza, pastinya blog milik sendiri. Lama sebenarnya nak ke udarakan anak-anak ayam mak di kampung, tetapi memandangkan ambil gambar guna phone samsung, maka terlewat lah entri hal ayam-ayam kampung ni. Samsung phone Etuza tak boleh conect guna USB ke komputer tak tahu lah ada kerosakan agaknya pada bahagian tempat sambung tu. Calar ke apa ..tak faham lah Etuza.

Geram nampak anak-anak ayam mak ayah..aktif cergas dan nakal-nakal semuanya.

 Anak-anak ayam mak ayah banyak sekali. Sini sana depan rumah, semua di angkut ke hadapan rumah tapi di kurung. Tengok ja jaring dawai besi tu. Jika di lepaskan berkeliaran kucing ngap ke, anjing ngap ke atau kena pijak matilah kesian kan. Anak-anak ayam ni sebaik menetas tak di susukan pada ibunya. Ibu ayam di pisahkan, alahai jadilah anak ayam ini bising membingkit telinga ni. Agaknya bunyi riuh anak-anak ayam ni memanggil ibu mereka. "Ibu, ibu " ha macam tu agaknya ..manalah kita tahu kan. Sebabnya lahir ja tak ada pun ibu ayam. Humm! nilah kerja  mak dan aya Etuza. Suka sekali pelihara ayam kampung, hai comel lah pula nampak. Ha siap masuk blog.

Maaf lah ya kotor pula kotak anak ayam ni...ni Etuza dah crop tau
bagi awak tak muntah nampak tai anak ayam ni.Sikit ja nampak ..hehehe

Mak nak bagi dua ekor, ala tak payah lah mak. Susah mahu jaga kan kerja, ayam dua ekor di laman pun asyik terkurung, apa tak di kurung ada ja biawak nak datang, helang pun mampir dekat ruamh Etuza. Jauh rumah Etuza ni tak ada jiran.tak jadi lah ambil,dah lah di pisahkan dengan ibu ayam dia nak lagi pisahkan adik beradik, hiss!! mak Etuza ni mendera anak-anak ayam. Lucu lah pula nak baca, santai ceritara ni.

Terbaru dalam wahatssup, ayam di kedai market tu belum tentu selamat kata DJ di radio. Betul, ada lah campuran tak halal dan macam-macam, tinggi kalestrol ayam daging banyak tul perkara yang buat kita ragu dan takut naka makan ayam. Alamak makan ayam. Sebagai orang kampung ha ni lah AYAM ORIGINAL KAMPUNG, kurang lemak dan kalestrol pun tak ada. Sangat kualiti. hai mujurlah mak pelihara ayam boleh minta kat mak seekor masa cuti ni.

Gambar ni gambar ayam Cikgu Sham Din..aduhai rajinnya cikgu kita ni
banyak pula tu..geram nampak ayam dia sihat walafiat..dia tag kat saya
dalam telegram..mimpi kah apa cikgu ni ..hehehe..lawa kan ayam dia..

Ha ni pula 5 karung tanah gambut ..tau lah masa cuti nak projek bagi 
tambah tanah dalam pasua2an bunga kertas Etuza..
bestnya kawan bagi lah..Etuza minta pasti lah kawan tu bagi..
subur tau tanah dia ni..tanah di bukit yang organik

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

14 ulasan

sorry ayat santai ja..nak cepat ..ada tugas nak bawa ayah mentua ke hospital temu janji dia

Assalamualaikum cikgu, moga sentiasa di dalam kesihatan yang baik
Alhamdulillah, melihat foto-fotonya, menyebabkan terimbau kembali nostalgia sewaktu di kampung dahulu. Begitulah, hampir sama hal keadaannya. Bonda saya semasa hayatnya suka memelihara ternakan termasuk ayam kampung. Saya pula automatik menjadi assistant bonda menjaga ternakannya. Seronok mengenangkannya..

Alahai comelnya anak2 ayam tu
Biasanya ibu ayam cukup garang kalau ada yg cuba mengusik anak2nya..dikejar la sapa2 yg nakal tu

Sedapnya sup ayam kampung.. 😄😄😄

saya rasa beruntung sebab dilahirkan di kapung dan merasa melalui zaman bela ayam kampung, ayam belanda, itik serati, angsa dan kambing...

wah ayam kampung...susah nak jumpasekarang ni....terutamanya yang hidup di bandar..

takat tahi ayam apa yg ni digelikan, dana ni pun org kampung, ada bela ayam jgk... takt tahi ayam mmg tak heran hahahha...

klu ada kt kampung mmg seronok jaga ayam ni, cumanya kena berhati2 lah ngn haiwan pemangsa lain yg dok usha je ayam2 ni

eh serius la ayam menyusu bila da menetas? biar betul etuza..hahahahahha

Memang best duduk kampung..mcm2 boleh buat..tanam sayur, jaga ternakan..duduk bandar susah sikit! ramai komplen kalau berbau taik ayam haha

Saya ketawa sendiri baca tulisan Etuza. Teringat kat mak saya di Malaya, suka pelihara ayam kampung dengan penuh kasih sayang. Setiap hari mak saya masak nasi dan diberinya ayam makan nasi hangat,katanya biar cepat besar. 6 bulan dah boleh disembelih. Memang betul, ayam mak saya walaupun ayam kampung tapi besar-besar, dan dagingnya pun tidak liat.

Wah banyaknya bela ayam-ayam di kampung ya cikgu.

Bagus bela ayam kampung. Lebih sihat untuk dimakan kan

Teringat gulai ayam kampung. Hehe

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ceritaku (507) Agama (486) Ucapan (483) Berita (412) Dunia Blog (367) Doa (352) Promosi. (351) Info Lelaki (325) Tips Blog (287) Pengalaman (279) Anak (271) Pendidikan (260) Nasihat (238) Kasih sayang (234) Berita Keningau (209) Pelancongan (199) Rasa Bahagia (199) Hadiah (175) Alam Semulajadi (165) Gambar (149) Keluarga (131) Sejarah (129) Ekonomi (127) Segmen (121) Blog (102) kesihatan (88) Tentang lelaki (76) Percutian (71) Isu Semasa (59) Cinta (58) Motivasi (57) Tumbuhan (56) Bunga (55) Rumah tangga (55) Budaya (49) Resipi (49) Nilai Moral (46) Cari Makan (40) Masyarakat (40) Makanan (39) Sahabat Blog (37) Haiwan (34) Award (32) Herba (32) Promosi Nuffnang (32) Sajak (31) Perkahwinan (30) Harijadi (29) Kucing (27) Sekolah (26) Sukan (25) Artis (22) Tips (21) Kata Madah (20) Rasullah SAW (20) Seni (20) Lanskap (15) Iklan (14) Tazkirah (11) Petua (10) Hari Jumaat (9) Kalender (9) Majlis Kahwin (9) Restoran (9) Bulat (8) Elken (8) Lirik Lagu (8) Pantun Melayu (7) Grafik (6) Kuiz (6) Politik (6) Takziah (6) Wordless Wednesday (6) Anak Buah (5) Ikan (5) Jantung (5) Kereta (5) Masjid (5) Hari Raya (4) Pertunangan (3) Universiti (3) Banjir (2) Buah (2) Rumahtangga (2) Tahun Baru (2) BRIM (1) Cuaca (1) Teknologi (1) Tutorial (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger