Maaf Bukan Ustaz

Maaf Bukan Ustaz
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Asalamualaikum & Salam Sejahtera.

Cerita majlis perkahwinan anak buah sebenarnya belum selesai. Ada lagi nak dikongsi bersama anda dengan ikhlas. InshaAllah akan sambung cerita nanti suatu masa yang sesuai. 

Kali ini, Etuza hendak menyatakan kekeliruan masyarakat pada Etuza, biasanya yang jarang-jarang nampak Etuza atau yang pertama kali nampak Etuza selalu mereka bersalam dengan Etuza lalu menyapa dengan gelaran USTAZ. Bukan sekali dua tetapi banyak kali di mana-mana Etuza nak pergi. Saya mohon maaf ya, Etuza bukan USTAZ, walaupun gelaran itu sungguh hebat dan amat besar serta harus dibanggakan. Etuza bukan USTAZ dan tidak ada tauliyah Etuza dapat gelaran USTAZ. 

Terbaru lagi ada insan menegur Etuza, dengan panggilan USTAZ. USTAZ ya? Insan itu sapa Etuza. Bukan, saya bukan Ustaz ya. Muka macam USTAZ!.katanya seolah tak percayakan Etuza. Ya Allah adakah muka ustaz ni..janggut siput ja, ini pun Etuza niatkan bukan untuk apa, simpan janggut siput ni kan SUNNAH NABI kita, kemudian Etuza suka belai walau pun tak setebal janggut lelaki hebat di luar sana. Maaf banyak kali maaf, Etuza bukan USTAZ.

Mohon maaf, saya bukan USTAZ..ustaz untuk anak2 Etuza
dan ustaz untuk isteri boleh..USTAZ untuk semua Etuza tidak layak
dan tiada tauliah..maafkan saya..anda keliru

Gelaran USTAZ tu terlalu istemewa bagi Etuza, sedangkan gelaran itu harus ditujukan kepada insan yang benar-benar sarat dengan ilmu agamanya, seorang yang waraq dan berhati luhur, berdakwah dan menyampaikan ilmu kepada ramai orang. Kata-kata seorang ustaz itu, apabila kita khyusuk mendengar kita boleh mnitiskan air mata. Sedar dan insaf dan takut akan dosa dan siksaan Allah di akhirat.
Mohon maafkan Etuza kerana bukan ustaz seperti mana anda yang baru kenali Etuza sebagai kenalan baru. Ustaz kebiasannya sering ke Masjid rumah Allah, tiap masa berkopia. Etuza tidak seperti yang anda sangka. Etuza orang biasa, lelaki yang biasa sahaja, cetek ilmu agamanya dan masih perlukan bimbingan ustaz sebenar. Satu ja amalan Etuza yang nak Etuza kongsi, apabila ke masjid atau ke khutbah Jumaat, duduk diam-diam penuh khyusuk mendengar khutbah, kerana dalam khutbah itu ada ilmu yang secara langsung kita rasakan kita dengar dan sematkan di hati. Masa itu dapat kita rasakan ada ilmu baru meresap dalam diri.

Setiap kali pergi melancong dan bercuti dan kebetulan melewati hari Jumaat di negeri orang Etuza akan berusaha mencari Masjid untuk turut jemaah solat Jumaat. Etuza akan merintih dan sayu hiba dan bersedih apabila gagal menunaikan ibadah Solat Jumaat disebabkan kelalaian. Alhamdulillah dengan izin Allah tiap Solat Jumaat Etuza hadirkan diri. 
Maaf ya Etuza bukan USTAZ..hanya orang biasa..

Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. Asal yang baru kenal Etuza, yang baru nampak katanya saya ni USTAZ. Ustaz ya..ya Allah sejuk hati dengar gelaran itu. Hakikatnya Etuza bukan ustaz..orang biasa ..maafkan say anda keliru dgn wajah Etuza..maaf sekali lagi.

    BalasPadam
  2. Semoga satu masa nanti gelaran itu benar2 jadi kenyataan. .Insya allah

    BalasPadam
  3. Betul Cikgu, jika tak mengenali, ramai orang sangka Cikgu adalah Ustaz..

    Alaaa.. mirip Ustaz Kazim Ilias gitu, cer google tengok ada persamaan tak? 🤗

    BalasPadam
  4. Warisan Petani iya..ustaz tu bererti cikgu juga ..hanya ustaz ni sinonim pada orang yang ajarkan agama keagamaan..dakwa

    BalasPadam
  5. muka encik nampak lembut macam ustaz bila berkopiah, menurut pandangan saya... itu yg org2 ingat ustaz tuh...

    BalasPadam
  6. Memang ada gaya seorang ustaz :) Hehe

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.