Kesempatan bergambar Kebahagaian Seorang Ayah

Kesempatan bergambar Kebahagaian Seorang Ayah

Asalamualaikum & Salam Sejahtera.

Tidak terkejar masa yang begitu cepat berlalu, selalunya kita ketinggalan jauh oleh masa yang tidak akan pernah memalingkan muka menghadap menunggu kita yang masih lemah melangkah mengejarnya. Sungguh masa itu pantas berlalu, kita tidak mampu seiring dengan masa, tetapi kita boleh melaksanakan kehidupan setakat daya kita. Untuk itu usah mimpi terkejar masa. Kerana ada sahaja kekangan untuk kita berdamping dengan masa. 

Paparan kali ini ialah, berkenaan gambar-gambar anak bongsu lelaki Etuza. Kini berusia 16 tahun dan belajar di tingkatan empat. 2019 akan naik ke kelas tingkatan 5. Tengok dia melalui gambar-gambar lalu, Etuza nampak begitu ketara perubahannya. Pipi tembam badan berisi kelihatan gempal, muka bersih dan mulus sangat comel kelihatannya. Kini dah besar tinggi dan lagi tinggi dari Etuza.

Muka kelihatan ada kesan jerawat dan nampaklah pipi comel dan tembam serta badan gempal tidak lagi kelihatan dalam dirinya. Cepat betul anak ini berubah dari segi susuk tubuh. Rambut ada style, sering melihat cermin berkemas rambut dan bersihkan muka. Dulu biarkan ja muka berpeluh comot dengan makanan, ha kini semua tak berlaku lagi. Ya Allah ini lah permata hati yang datang sebagai anugerah dariMu.

Mulus bersih kan muka dia..ada tak macam tembam..

Kesempatan bergambar dengan anak bongsu Etuza ini sebenarnya amat membahagiakan Etuza, kerana semenjak dia di sekolah menengah jarang kami bergambar bersama. Ada kamera saja hadap ke dia, dia akan menyorok. Etuza tak nafikan masa itu ada kesan jerawat di wajahnya. Mungkin anak ni ikut genatik Etuza yang masa zaman remaja Etuza masya Allah banyak jerawat, memang banyak, sampaikan Etuza merasa amat malu dan stress. Baiklah mari lah kita lihat gambar- gambar ini.


Gambar Kenangan Ibnu Mustaqim - Di Bukit Bayu Kimanis Sabah

Gambar kenangan di UMS Sabah

 Gambar semasa dahulu

Gambar bersama kawan-kawan sekolahnya

Gambar di Masjid Munawarah

Gambar kenangan di Pantai Dalit Sabandar Tuaran Sabah

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi cikgu

    BalasPadam
  2. Terima kasih ya..Sahabat blog kamsiah

    BalasPadam
  3. Subhanallah walhamdulillah.. semoga Allah sentiasa memberkati cikgu Etuza sekeluarga dgn rahmat kesejahteraan, kebahgiaan dan kejayaanNya.. aamiin ya Rabb.

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.