Ke Majlis Walimatulurus

Ke Majlis Walimatulurus 
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Asalamualaikum & Salam Sejahtera.

Hari ini 08 Disember 2018 Sabtu adalah hari Majlis Persandingan anak buah Etuza iaitu Nor Sakinah & Rizwan selepas di nikahkan oleh Imam Alias Ali Jurunikah mukim seberang Daerah Keningau pada 07 Disember 2018.

Kami sekeluarga yang ada awal-awal sudah bersiap sedia. Rupanya baru ingat Etuza salah seorang saksi dalam majlis ijab kabul ini. Kakak beri maklumat pakaian untuk keluarga adalah tempa purple. Alamak tak jadi purple tetapi berwarna-warni jadinya. Apa yang penting kami datang ramai-ramai tepat waktunya.

Sebelum ke majlis nikah tu, kami bergambar di laman, kebetulan bunga-bungapun segar selepas disirami hujan pada petang semalam. Ada bunga-bunga dalam pasuan mulai berbunga dan kembang dengan segar sekali.  Semoga gambar ini menkadi kenangan yang indah bagi keluarga Etuza.

Sempat Etuza memudahkan majlis sebelum duduk bersila menyaksikan pernikahan ini. Kena duduk dekat-dekat sebagai saksi kedua. Kena dengar lafaz ijab kabul, kena betul-betul tumpukan perhatian. Jika lancar dan tak tersekat maka SAH lah lafaz ijab kabul tersebut, dan pasangan ini menjadi pasangan suami isteri yang dirahmati Allah. Berkahwin adalah sunnah Nabi Muhammad SAW.

Bunga kertas benih baru sedang mulai berbunga

Empat orang anak juga bergambar di laman

Gambar kenangan kami..

Lucu- Beria-ia nampak nak baca pantun, tetapi akhirnya menjadi saksi
utama dalam Majlis Pernikahan anak buah..

Pantun ( Etuza dapat dai Uncle Google )
Buah pauh masak di kerat 
Alamat petang boleh di makan
Pada yang jauh dan juga dekat
Selamat datang kami ucapkan

Orang ke laut menjala udang
Petang hari pasang pelita
Yang ditunggu sudah pun datang
Yang dinanti sudah pun tiba

Orang jauh di kenang-kenang
Hanya terkenang pada yang satu
Mula kenalan lalu bertunang 
Akad nikah seisi keluarga memberi restu.

Catat Ulasan

11 Ulasan

  1. bestnya! bulan 12 ni memang banyak betul orang dirikan masjid kan

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah..dapat anak saudara baru ya Cikgu.

    BalasPadam
  3. Semoga jodoh pasangan pengantin baru berkekalan hingga ke jannah

    BalasPadam
  4. Dok cari mano gambo pengantin nya 😬

    BalasPadam
  5. Cantik2 anak dara etuza secantik bunga di taman etuza tu, hehe

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah barakallah buat anak buah cikgu moga hingga ke syurga Aamiin

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah.. tahniah buat pasangan pengantin. Semoga berbahagia dan sentiasa diberkati hingga ke syurga.. aamiin.

    Suasana bunga2 tu cantik dan nampak menyegarkan... mmg menceriakan.

    BalasPadam
  8. Cantik halamannya
    Tahniah buat mempelai

    BalasPadam
  9. Erkkkk rasa cam dah komen semalam? 🤗

    BalasPadam
  10. Wahhhh JM dah kembali.. Lamanya dindaku menyepi..

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.