Jagung Manis Kuning

Jagung  Manis Kuning 
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Asalamualaikum & Salam Sejahtera Warga Maya.

Jagung manis kuning merupakan buah jagung kegemaran ramai orang. Di pasar malam ada menjual dan memalit jagung manis kuning ini dengan mentega agar lebih lemak di makan.

Bagi kami seisi keluarga tidak perlu palit dengan mentega, memadai dengan direbus dan langsung di makan, lagi sedap dan terasa aroma jangung manis kuning ini. Jagung jenis ini memang laris di pasaran. Di tepi jalan Kimanis - Kota Kinabalu di satu perhentian ada menjual jagung manis isi kuning ini. Kami berempat membeli tiap seorang dua biji dan makan sebelum meneruskan perjalanan ke Kota Kinabalu Jumaat lalu. Memang sedap sekali. Syukur menikmati makanan ini Ya Allah.

Wanita bertudung tempat kami beli jagung ini senyum ceria jualan jagung manis laris, kerana sebelum kami singgah membeli ada juga orang lain berhenti membeli dan langsung makan depan kami jagung manis kuning dia. Agaknya teman tu lapar dan sekadar isi perut dengan memakan jagung yang berkhasiat ini, lebih jimat lebih bjiak jimatkan masa perjalanan.

Jagung manis yang belum di rebus. Boleh di beli dalam keadaan mentah.
Keningau banyak jual jangung manis ini.

Di bungkus dengan plastik tahan panas, makan beralaskan plastik.
Bersih dan selamat di makan. Alhamdulillah

Catat Ulasan

5 Ulasan

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.