CKS Plaza Tuaran Awal Pagi Ahad

CKS Plaza Tuaran Awal Pagi Ahad

Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.

Pagi ahad lalu semasa di Pekan Tuaran, nait hendak ke Tamu Tuaran pada awal pagi. Perancangan mama hendak membeli sayur segar di tamu Tuaran. Lebih kurang jam 7.30 pagi sudah siap berpakaian lalu menuju ke Pekan Tuaran. Sampai di pusat pekan Tuaran, mencari parking kereta nampaknya dah full house. Ya robbi nak parking mana? bingung pula awal pagi, sesak dah lah Pekan Tuaran tamu nya betul-betul center pekan Tuaran berdekatan dengan bulatan jam mercu tanda Pekan Tuaran yang sedang dalam pembaikan.

Di Tamu Turana memang macam-macam ada sayur segar di jual. Sebab itu mama teruja nak datang membeli hari ini ahad.Akhirnya Etuza putuskan parking menyalahi undang-undang pemanduan iaitu parking di tepi atau bahu jalan yang menghalang kereta yang sudah penuhkan parking yang betul. Mama pergi beli syur yang dia nak, Etuza duduk dalam kereta berjaga jika ada pemandu kereta yang akan keluar, mudah Etuza undur atau majukan Triton Etuza nanti. Melayan handphone lah Etuza dalam kereta. Bijak begitu sebab akan terlepas saman dan mama dapat sayur segar di Tamu Tuaran ini. Etuza yang tak dapat peluang ambil beberapa gambar situasi Tamu Tuaran, nak harap mama humm! dia tak suka bab mengambar ni. katanya tak minat langsung, sabar ja lah.

Suasana sekitar CKS awal pagi jam 8.50 pagi pada 2 Dis 2018

Sebaik mama siap membeli kami beredar dari Tamu Tuaran dan beredar ke CKS Plaza Tuaran. Tujuan untuk beli barang pesanan anak, iaitu mineral kotak 2 kotak, clorok dan bakul plastik sampah. Ha, selagi ingat kena beli cepat-cepat nanti terlupa kena sound nanti. Tepat jam 8.40 pagi sampai di CKS, gedung besar ni, tak sibuk seperti di Bandaraya Kota Kinabalu, 24 jam sibuk sangat. Non stop kereta bertali arus. Kelihatan suasana lengang dan pintu-pintu kedai yang lain masih tutup, cuma gedung besar CKS yang utama pintu sudah di buka dan hanya tinggal beroperasi tepat jam 9.00 pagi.

Deretan kedai yang masih tutup awal pagi..hai bila nak buka tu..

Rasanya masa ni kami yang terawal dan ada 2 kereta lain parking di hadapan CKS ini. Umpama kami adalah pelanggan pertama CKS, nak bagi CKS duit lah ni. Dalam menunggu Etuza pergilah beli kuih di meja kecil tengah depan parking kereta, satu-satunya penjual kuih dan minuman yang datang awal pagi berjualan. Wah! sebaik Etuza datang berdatangan pelanggan lain nak membeli juga. Ada gambar beberapa kuih jualan mereka. 
Deretan kedai ..kiri kanan depan dan belakang..
CKS Plaza Tuaran memang best untuk shoping sebab kawasan tak sibuk
parking luas dan tempat ni sesuai untuk persinggahan 

Menurut tafsiran Etuza, CKS Plaza Tuaran ini di bina atas sebab tempat yang strategik sekali di Pekan Tuaran. Pekan Tuaran ni kecik, sempit, boleh sesak nafas jika ke Pekan Tuaran terutama masa Tamu Tuaran. Selain itu tempat ini sesuai tempat persinggahan tetamu dari Kota Kinabalu menuju ke Tuaran, Tamparuli, Telipok, Inanam, Manggatal, Kundasang Ranau, ke Kota Belud,  Tawau serta di tempat lain. Pasti semua yang melalui Jambatan Batangan Tuaran akan terpanggil nak singgah kerana besarnya gedung ini. dari jauh banner CKS PLAZA TUARAN kelihatan kerana di bina seperti menara tinggi. Hebat juga kan CKS Plaza Tuaranh ini. Sesiapa blogger nak ke Sabah jangan lupa shoping ke CKS Plaza Tuaran ini nanti.

Kuih muih jualan di gerai jual kuih awal pagi di CKS Plaza Tuaran

Ini Restoran Ikan Bakar yang mulai terkenal di CKs Plaza Tuaran

Catat Ulasan

0 Ulasan