Suasana Dalam Bot Meredah Lautan

 Suasana Dalam Bot Meredah Lautan 


Asalamualaikum & Salam Sejahtera.

Catatan di blog semalam memaparkan pengalaman menaiki Bot ke Pulau Labuan, sekadar paparan gambar dan suasana kesibukan di Pelabuhan labuan dan Jetty Manumbuk. Kali ini, pagi-pagi ini catatan dalam blog umpama sambungan moment semalam ke Labuan dengan menaiki Bot. Inilah suasana dalam Bot yang kami naiki.

Etuza dan mama tidak pakai pakaian keselamatan warna oren, disebab kan tidak cukup. Dan satu lagi Bot kelihatan agak terlebih ambil penumpang, pada Etuza banyak mana baju pelampung itu, maka begitulah bilangan penumpang. Etuza agak saja. Yang pastinya mereka yakni pemandu Bot dan pembantunya lebih arif.

Dalam Bot ..Etuza paling tepi..saja nak tengok samudera lautan..
memang masa ni pertama kali naik Bot..

Memang setiap hari ramai pelancong datang ke Labuan, tertanya dalam hati apa ada di Labuan hingga berduyun-duyun orang dari sekitar Sabah nak ke Labuan. Tidak kurang juga pelancong dari luar negara, ramai mereka datang ke Labuan.Selain tawaran masuk ke Matrikulasi Labuan, apa kah lagi yang ada di Labuan. Oh ya ada infor katanya coklat di jual murah. 

Ramai kan penumpang Bot ni..apapun alhamdulillah lancar dan kami selamat
mendarat di Pelabuhan Labuan masa itu

 Keadaan naik kenderaan di laut, naik kapal terbang di udara dan naik kenderaan di darat memang saling berbeza. Kita merasakan paling selamat ketika menaiki kenderaan di darat. Apabila menaiki kenderaan di atas air atau di udara, kita di perlukan untuk bertenang dan berdoa sungguh-sungguh kepada Allah yang satu, dia lah pemberi rahmat dan perlindungan. Mohon jangan lupa membaca DOA NAIK KENDERAAN. Insha Allah semoga ke mana sahaja kita akan selamat.

Tenang kan diri anda ketika di dalam kenderaan naik Bot
  Kepada sesiapa yang hendak ke Labuan, dari Sabah kena ke Menumbuk, dan nikmatilah keindahan saujana lautan dan kehebatan di Pulau Labuan.
Kenangan ini sebenarnya dah lama..hanya memaparkan situasi sebenar 
dalam Bot yang sedang bergerak..

Suasana di lautan..berderet-deret Bot nak ambil penumpang..

Lihat lah betapa sibuknya di jetty ini. Di Pelabuhan Menumbuk Sabah.
Segala kenderaan pun naik naik Kapal Ferry ..

Kepada teman-teman blogger yang hendak bersiaran atau bercuti sempena cuti sekolah ini, ambillah langkah awal merancang perjalanan, semoga anda semua selamat ke distinasi. Aamiin. SELAMAT BERCUTI, NIKMATI PERCUTIAN DENGAN PENUH HEMAH.ETUZA.

Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. Waalaikumussalam abg etuza. Best moment. Tapi saya belum sempat bercuti atas faktor kerja.

    BalasPadam
  2. selamat bercuti Etuza...semoga selamat dan enjoy

    BalasPadam
  3. bestnya naik bot.... tapi bahaya kalau tak pakai baju keselamatan tu... bimbang juga...

    BalasPadam
  4. Wah baru cheq tahu ada tempat yang namanya 'Menumbuk' di Sabah sana. Menarik info ni 😄

    BalasPadam
  5. Terima kasih yang datang suport blog Etuza ya..sangat hargai kehadiran teman blogger

    BalasPadam
  6. Lama juga rasanya tak jejak kaki ke Labuan, sejak anak-anak tamat matrikulasi. Suami sangat takut naik bot laju, jadi kami naik feri saja walaupun ambil masa. Teringat makam ketam segar di Anjung Ketam. Harap satu hari nantu dapat berkunjung lagi ke Labuan.

    BalasPadam
  7. Lamanya tak naik bot..

    Semasa mula2 kerja dulu, kerap naik bot dek tuntutan tugas, perlu bertugas luar dan perlu keperkampungan orang asli untuk khidmat bakti

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.