Selawat ke Atas Nabi SAW

Selawat ke Atas Nabi SAW
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.
Keningau, 17 Nov 2018 bersamaan hari Ahad, di adakan majlis ilmu yang tertera dalam banner yang dipamerkan iaitu " Keningau Berselawat " Selaeat ke atas Nabi Junjungan. Acara ini di langsunkan sebaik solat Isyak secara jemaah di Masjid Ar Rahim Keningau.

Memang ramai masyarakat Islam sekitar Keningau jauh dan dekat datang berduyun=duyun ke majlis ilmu dan agama ini, Syukur alhamdulilah Etuza sempay juga bersama isteri di majlis Keningau Berselawat ini.

Tema pakaian putih - Jubah, kurta dan Baju Selangor memang di pakai 
oleh semua yang hadir, Ini gambar jemaah di Masjid Rahim Keningau.

Jemaah Solat Isyak, saf sedang di atur kemas-kemas

Penuh- Padang Bandaran Keningau, sesak dengan jemaah yang hadir
semua mahu ambil kesempatan berselawat ke atas Nabi junjungan 

Etuza dan kawan-kawan yang di kenali duduk depan pentas. Tidak 
sabar mahu mendengar Ustaz Kifly memberi ceramah..

Ini dia banner Keningau Berselawat.

Antara yang dijemput memberikan ceramah, nasyid ialah :-
1. Ustaz Malai Ali ( Ahli Panel )
2. Datuk Bungsu Aziz  Jaafar  ( Ahli Panel )
3. Ustaz Rafaie ( Ahli Panel )
4. Ustaz Kifle ( Moderator )
5. Ustaz Masrizan Masri ( nasyid )

Acara berlangsung dari jam 8.00 malam hingga 10.40 malam.Keningau Berselawat di usahakan oleh Persatuan PEKDIS Keningau yang di pengerusikan oleh Ustaz Mohammad Norisam. Bertujuan menerapkan selawat ke atas Nabi SAW dan sebagai Program Pengisian sempena Maulidurrasul tahun 2018. Memang hebat program ini. Semua pelaksana termasuk penonton amat bekerjasama padu. Alhamdulillah.

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. Alhamdulillah..sejuk mata memandang =)

    BalasPadam
  2. Sejuk tengok semua berpakaian putih suci ya cikgu. Marilah sama2 kita berselawat ke atas Nabi SAW

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah
    Semoga dirahmati sekelain yg hadir

    BalasPadam
  4. bagus program begini..sempena Maulidur Rasul..semoga kita istiqomah berselawat..

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.