Ingatan Penting SAPS - Ibubapa

Ingatan Penting SAPS - Ibubapa


Ingatan Penting SAPS - Ibubapa
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
KLIK SAPS 
ATAU KLIK terus IBUBAPA
Tidak lama lagi keputusan peperiksaan akhir tahun 2018 akan keluar dalam laman web SAPS. Ibubapa seperti biasa boleh lah sedia klik SAPS mulai sekarang agar boleh tengok keputusan peperiksaan anak di sekolah.

Tengok senyuman bapa ni, pasti anak dia lulus 2018


Memang ada debaran yang kita rasai apabila klik portal SAPS kementerian Pendidikan Malaysia. Jika keputusan cemerlang atau lulus sederhana pastilah kita rasa gembira tidak terkira, kita bersyukur tarik nafas lega. Tapi jika sebaliknya keputusan membuat ibubapa kecewa, siapa agaknya yang pertama dipersalahkan ya?. Risau pula jika di kalangan guru-guru dipersalahkan. 
Buat perbincangan dengan guru anak anda jika ada masalah pelajaran ya

Kepada ibubapa seperti Etuza juga, marilah cari sebab ya, kenapa keputusan anak-anak kita merosot. Cuba ingat dan lihat anak lebih banyak bersama GAJET atau bagaimana, rajin tak datang sekolah dan apakah corak disiplin anak-anak di rumah. Semua apa yang berlaku ada sebabnya. Pokok bergoyang daun melambai-lambai pasti ada angin bertiup kan. 
Ambil iktibar, hela nafas panjang-panjang dan berastagfirullah lah jika nanti keputusan ditahap yang mengecewakan. Mohon usah marah kan anak-anak, tetapi selidiki apa dan dari mana titik kelemahan anak-anak di sekolah rendah. Buat perubahan membimbing anak dan curahkan kasih sayang kepada anak anda. Insha Allah pasti berjaya nanti di Dunia dan di Akhirat.


Ibubapa datang melihat prestasi anak di MAJLIS BERTEMU PELANGGAN..




 YDP PIBG EN. Sapin Bin Karim turut datang menandatangani
 REKOD KEMAJUAN ANAKNYA
Suasana Majlis Hari bertemu Pelanggana

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

11 ulasan

kalau dulu2 sya paling tkt klu hari ini... bila dpt keputusan ok tak kene marah klu tak... apa2 pun teguran cikgu kt umah kita mesti kene bebel hehehhe
tak dgr kata kan

tp bila kita dh jd emak, dh ada anak yg sekolah... baru tahu perasaan tu...
cumanya skrg ni... sya nk jd mak pak yg prihatin, yg memahami... tak kisah apa keputusan nya sya terima je

Tahniah pada anak2 yg lulus

Mencemaskan juga masa majlis permuafakatan parents teachers ni 😊
Especially tunggu komen dari guru

KEJAYAAN ANAK2 DLM AKADEMIK IMPIAN IBU BAPA TAPI ANAK2 SEKARANG TERGANGGU DGN GAJET2 CANGGIH JIKA XDIPANTAU PENGGUNAANNYA.

Senang sekarang ni dengan SAPS ni semua parents boleh check online je :)

Kedua-dua pihak ibubapa dan guru perlu berbaik-baik dan saling memahami akan masalah yang dihadapi oleh setiap pelajar 😊

Dulu berdebar-debar bila mak datang sekolah sebab lepas tu confirm kena bebel dengan mak. Sekarang turn anak-anak pulak tapi kena bebel2 manja gitu.. hehehe..

alahai rindu ba pulak zaman kena marah cikgu di sekolah time ada mama dtg ambil buku rekod. mama pulang jak terus geng balik sama cikgu sbb cikgu tu faham bila kita kena pressure parents utk perform. cikgu dulu2

Myra | The Grey Lines Between

Dengan SAPS semoga ibu bapa dapat ikuti perkembangan pelajaran anak2

Semak tadi, result Alya belum keluar lagi, berdebar weyhhhh. .

Mmg betul apa yg cikgu Etuza katakan tu.. saya pun mmg cuba usahakn yg terbaik agar anak2 tak ketagih dgn gajet2 ni. Mmg kena bimbing agar tidak terasing dari perkembangan teknologi tapi tak boleh dibiasakan kerana pelajaran adalah tuntutan yg penting buat mereka pada masa ini, in shaa Allah.

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ceritaku (496) Ucapan (479) Agama (466) Berita (407) Dunia Blog (363) Promosi. (347) Doa (346) Info Lelaki (323) Tips Blog (283) Pengalaman (271) Anak (263) Pendidikan (256) Nasihat (235) Kasih sayang (228) Berita Keningau (206) Rasa Bahagia (198) Pelancongan (183) Hadiah (173) Alam Semulajadi (158) Gambar (140) Sejarah (129) Ekonomi (126) Keluarga (119) Segmen (117) Blog (100) kesihatan (87) Tentang lelaki (75) Isu Semasa (59) Percutian (58) Cinta (57) Motivasi (57) Tumbuhan (56) Rumah tangga (54) Bunga (53) Budaya (48) Nilai Moral (46) Resipi (46) Cari Makan (39) Masyarakat (38) Sahabat Blog (35) Haiwan (33) Award (32) Herba (32) Promosi Nuffnang (32) Makanan (30) Sajak (30) Harijadi (29) Kucing (26) Sekolah (25) Perkahwinan (24) Sukan (24) Artis (21) Tips (21) Rasullah SAW (20) Seni (20) Lanskap (15) Iklan (14) Kata Madah (12) Petua (10) Hari Jumaat (9) Kalender (9) Majlis Kahwin (9) Bulat (8) Elken (8) Lirik Lagu (8) Tazkirah (8) Grafik (6) Kuiz (6) Pantun Melayu (6) Politik (6) Takziah (6) Anak Buah (5) Ikan (5) Jantung (5) Restoran (5) Wordless Wednesday (5) Hari Raya (4) Kereta (3) Masjid (3) Pertunangan (3) Universiti (3) Banjir (2) Buah (2) Tahun Baru (2) BRIM (1) Cuaca (1) Teknologi (1) Tutorial (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger