AnugerahNya Ini Milik Bersama

AnugerahNya Ini Milik Bersama
 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Asalamualaikum & Selamat sejahtera, ke udara lagi awal pagi ini, menanti azan subuh bergema dan menunaikan solat hadap dan menadah tangan kepadaNya. 

Ya Allah syukur atas kurniaMu memberikan kami pagi hari ini dan kesihatan serta kesempatan  dalam apa juga rezeki hari ini.

Pertamanya hendak sekali lagi BERSYUKUR kerana kini impian hendak memiliki kereta baru telahpun terkabul pada 08 Nov 2018. Kita merencanakannya tetapi Allah yang menentukannya. Setelah memilik memang ada perasaan amat gembira kerana tidak sangka begitu cepat kehadirannya. Dan kegembiraan itu kami seisi keluarga merasakannya, namun pada Etuza bukan mudah untuk setiap bulan menyelesaikan bayaran di Bank demi menyahut pembayaran selama 108 bulan. Hanya memohon pada Allah semoga ada sumber rezeki dan dapatlah menlaksanakan tanggungjawab melunaskan bayaran bulanan TRITON MITSUBISHI INI. 


Memang memiliki kereta ini hanyalah sandaran kepada kami tetapi sesungguhnya kereta ini milik bersama, kerana ada masa-masa dan keadaan tertentu akan ada orang lain selain keluarga yang akan menumpang dan manfaatkan kereta ini. Paling selalu ada kawan-kawan sebelajar anak-anak Etuza menumpang pergi balik ke asrama dan meminta tumpang semula apabila ada kepulangan dari asrama. Inilah dia keadaan kereta yang kita ada itu adalah milik bersama dengan orang lain. Kita adalah pemandunya sahaja buat semetara.


Bercakap tentang kuasa kehebatan kereta ini, memang banyak kelebihannya dari segi kuasa engin 2.4 dan memang power naik bukit yang tinggi. Terasa tidak penat memandu kereta ini kerana gear automatik, tidak bergoyang walaupun pada jalan berbatu disebabkan roda yang lebar dan tinggi. Dalam keadaan sangat baru memang semua dalam keadaan masih mantap, pit dan power. Jauh perjalanan kereta baru ini sudah pun mencapai 200 kilo metar dengan kuasa minyak Disel Hijau.

Inilah dia dalaman kereta baru ini..nampak semua cantik dan
masih berbalut plastik..

Gambar hiasan - Ya Allah syukur kepadaMu diberi anugerah ini
tetapi sesungguhnya anugerahMu ini milik bersama
dan kami pemiliknya buat semetara, semuanya nanti akan kembali padaMu jua.

Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. Assalamualaikum, moga sentiasa di dalam kesihatan yang baik
    Alhamdulillah, tahniah kerana impian untuk memiliki kenderaan baru telah tercapai. Sesungguhnya kenderaan yang selamat dan selesa adalah termasuk di dalam perkara yang boleh membawa kebahagiaan (sebagaimana hadis riwayat Ibnu Hibban). Tentunya ia nikmat yang seharusnya disyukuri..

    BalasPadam
  2. Tahniah tuan blog dapat pakai kereta baru. Cantik Mitsubishinya 😎

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah...sekarang kenderaan peribadi seperti kereta satu keperluan kan Cikgu..bila boleh bantu orang lain moga menjadi amal yang membiak dalam senyap..aamin.

    BalasPadam
  4. Tahniah Cikgu..

    Lain kali jika pergi Sabah, bolehlah kami menumpang.. 😀

    BalasPadam
  5. Tahniah cikgu, kereta Mitsubishi power dan cantik. Alhamdulillah atas rezekiNya.

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah.. Semuga diperluaskan lagi pintu rezekinya ..

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah, tahniah cikgu Etuza. Saya turut bergembira dan seronok tengok anugerah yg cantik ini. Moga lebih memudahkan cikgu sekeluarga dlm setiap urusan dan perjalanan setiap hari.. aamiin :)

    BalasPadam
  8. Kalau dekat Sabah mmg sesuai sangat kereta mcm tu ye cikgu. Senang le kalau nak pergi Kota Kinabalu lepas ni.
    Yelah moga banyak manfaatnya kereta baru cikgu tu dan dapat berkongsi kemudahan dgn org lain juga

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.