Sepakat Sebulat Suara Bersih Sekelip Mata

Sepakat Sebulat Suara Bersih Sekelip Mata 
Asalamualaikum Semua

Bersua kembali di ruangan wall blog Etuza. Blog orang kampung yang biasa-biasa sahaja, tidak seperti blog kawan-kawan yang puluhan ribu followers, ratusan ribu followers Google Plus. Blog kurang peminat, tetapi cukup Etuza sayangi. 

Entri Etuza tentang bangunan sekolah yang dhaif, akhirnya di robohkan dengan kebenaran PPD Keningau dan JKR Daerah Keningau. Khabarnya ada peruntukan, tetapi menggesa diadakan projek gotong royong dengan segera yang melibatkan PIBG sekolah. Jika gagal merobohkan bangunan ini degan segera maka peruntukan akan beralih arah. Dengan itu secepat sepantasmya pihak sekolah mengatur masa mengadakan gotong - royong meranapkan bangunan uzur ini.

Yang baju biru tu agaknya gayat naik ke atas ..hehehe nak naik ke tak katanya

Beberapa orang berada di atas bangunan..

Dinding bangunan juga reput.

Baju hitam tu ialah YDP PIBG Sekolah Etuza..

Gotong - royong diadakan seawal jam 7.00 pagi hingga siap pada jam 2.00 petang. Ramai ibubapa komuniti yang hadir ke projek ini. Sebaik sahaja selesai dibersihkan tapak ini, keesokan harinya datang pihak kontraktor menghantar pekerjanya untuk memulakan tugas membina bangunan baru. Dan kini bangunan baru tersebut sudah pun 85 % telah di bina. InshaAllah pada awal tahun 2019 nanti bangunan baru ini dijangka akan siap dan digunakan semula oleh kelas Tahun 4 Bijak Cerdik serta 3 Cerdik.
Inilah yang dikatakan yang berat sama di pikul yang ringan sama di jinjing. Syabas dan tahniah kepada ibubapa yang berjaya datang sehingga selesai tugas membersihakan tapak bangunan baru ini nanti. Selamat malam semoga ceria . Lihat SINI klik dahulu.
Pandangan dari arah padang sekolah

Rehat ..santai di tangga...

Kaum wanita kebiasannya memasak..mereka gotong royong memasak

Cuba tengok lantai bangunan berombak..

Semua masih bertahan ..kena habiskan kerja kerana esok hari ahad waktu 
projek gotong- royong..ramai nak rehat hujung minggu..

Tengok sebenarnya tiang yang tidak kualaiti mereput rupanya..
Mujur bangunan tidak roboh

Akhirnya bersih..bagaikan mimpi bangunan dah tak ada entah ke mana .

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Alhamdulillah...berkat kerjasama yang bersungguh kan Cikgu.Syukur sangat-sangat.

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah.. itulah kelebihan kerjasama.. kerja yang berat dapat dimudahkan..

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.