Rela Dirobohkan Demi Genarasi Mendatang

Rela Dirobohkan Demi Genarasi Mendatang

Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua
Bertemu lagi di udara maya, mengetuk pintu internet melawat blog ke blog kegemaran, dan akhirnya membuat entri menghidupkan ilmu baru dalam blog. 

Kali ini blog Etuza hanya memaparkan beberapa gambar bangunan dhaif di sekolah Etuza, di mana bangunan ini sebenarnya telah dirobohkan pada awal bulan September 2018 dan kini ada bangunan baru yang sedang dibina. Bangunan ini telah lama sejak tahun 80 an dan kelihatan semakin masuk ke dalam tanah tiang bangunan, selain itu kelihatan bengkok dan pecah pada dindingnya. Atap bangunan juga  semakin reput walaupun telah di cat semula. Tangga semakin reput dan amat membahayakan keselamatn. Untuk lebih lanjut dan jelas anda boleh melihat bagaimana bangunan ini semakin uzur dan harus di robohkan dengan seberapa segera. 

Pihak pentadbir warga guru dan PIBG sebenarnya sudah sekian lama memohon bangunan baru di sekolah desa ini, akan  tetapi kurang mendapat perhatian oleh pihak atasan. Terbaru apabila Guru Besar baru En. Zulkifle Supar menjawat Guru Besar sekolah Etuza, beliau segera melihat bangunan dhaif ini dan bertindak dengan kerap naik turuk ke pejabat PPD Keningau, yang akhirnya pihak PPD datang melihat depan mata keadaan bangunan dhaif yang puluhan tahun tahun tidak diberi perhatian.

Dengan berkat usaha Guru Besar baru maka Jabatan Kerajaan JKR turut sama membuat pemantauan terhadap bangunan ini dan memaklumkan bahawa bangunan ini tidak boleh digunakan kerana hanya menunggu roboh oleh angin yang kuat.Akhirnya satu persetujuan telah dibuat agar perobohan bangunan yang memuat tiga kelas ini telah diatur  dan PIBG khasnya bersetuju bergotong royong membuat perobohan dengan arahan PPD Keningau. Peruntukan kos membina bangunan baru akhirnya telah diluluskan pada tahun 2018 bulan September. Syukur ke hadrat Allah. Terima kasih atas rezeki di sekolah Etuza.

Lihat tangga di tutup kerana mengelak murid melalui tangga ini dan akan jatuh..

Seorang guru tunjuk ke arah tiang bangunan yang semakin mandap masuk ke 
dalam tanah, bahagian tengah bangunan juga semakin bengkok

Tiang bangunan yang dulu rata sama-sama ketinggian kini hujung bangunan
tiang sudah masuk ke dalam tanah dan tiada ruang bawah kolong, dahulu 
Etuza pernah masuk ke bawah kolong bangunan ini membawa murid bersihkan ..

Pandangan bangunan 3 kelas dari belakang

 Tengok dinding dah pecah pada bahangian tengah bangunan ini

Tiang sudah tidak dapat di lihat, tetapi dinding yang bagaikan menongkat 
bangunan ..amat bahaya

Pandangan bahagian sisi tepi kiri bangunan..

Ambil gambar beberapa Ibubapa yang datang memantau bangunan dhaif ini
dan membantu membuat laporan kedhaifan bangunan ini.

Pandangan sisi kanan bangunan..dan tangga itu sudah banyak kali 
dibaiki kerana semakin reput..
Bagaimana lagi hendak pertahankan bangunan ini, bangunan rosak dan mereput akibat usianya yang telah tua dan disebabkan oleh faktor alam semulajadi. Dengan itu kita RELAKAN BANGUNAN INI DIROBOHKAN DENGAN SEGERA.Blogger Etuza melaporkan.

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. allahu. semoga dipermudahkan urusan untuk dapat bangunan baru. risau jugak keselamatan semua di bangunan lama tu :(

    BalasPadam
  2. moga gambar ini jd kenangan...nasib kuat semangat guru besar baru turun naik ppd.akhirnya dpt juga nak buat bangunan baru..agak dhaif tetapi penuh nostalgia bangunan tu...moga gambar ini mengimbau memori nanti bila bangunan baru siapa kan etuza

    BalasPadam
  3. Dah pun dirobohkan dengan cara gotong royong..inshaAlla akan ada bangunan baru

    BalasPadam
  4. Mmg merbahayakan keselamatan dan merobohkan adalah tindakan yg sewajarnya. Semoga dipermudahkan segala urusan pembinaan bangunan baru yg lebih selesa nanti, in shaa Alllah.

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah rezeki anak2 dapat belajar di bangunan baru..

    2019 pasti siap. .

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.