Sibuknya Tetapi Seronok

Sibuknya Tetapi Seronok 

Asalamualaikum & Salam Sejahtera semuanya. 

Catatan di blog kali ini adalah berkisar kepada aktiviti di sekolah dan hanya memaparkan gambar sepertinya gambar itu dapat menceritakan sesuatu kepada anda semua.  Program Bulan Kebangsaan kali ini bagi tahun 2018 peringkat sekolah Etuza, sekali lagi Etuza diberi kepercayaan sebagai Penyelaras Program ini, kerana Etuza memegang tugas Ketua Panitia Sejarah. Ketika diberi tugas ini terasa agak keberatan menerima, kerana tugas sebagai Guru Pusat Sumber juga menuntut kerja keras mengurus pelbagai tugas di Pusat Sumber serta tugas mengajar di kelas.

Gambar ibubapa yang menyertai pertandingan melukis poster tokoh negara
pada 4 Sept 2018.

Nampaknya kena galas juga tugas ini, bagi mempastiakan tiap aktiviti yang telah dirancang dapat dilaksanakan oleh AJK lain. Jika tidak Etuza juga yang akan di tanya oleh pihak Pengerusi dan Guru Besar. Dipendekkan cerita banyak aktiviti sepanjang Bulan Kebangsaan ini dimulakan sehingga berakhir ke hari kemuncak iaitu pada 19 Sept 2018. Program yang melibatkan warga sekolah dan komuniti ibubapa atau PIBG, nampaknya semua dijalankan dengan lancar.


Mulai pemasangan mercu tanda model KLCC dan Bangunan Yayasan Sabah telah di mulakan. Semoga hasilnya menarik dan berjaya

 Aktiviti akhir bagi pengisian Program Bulan Kebangsaan di sekolah Etuza ialah kami semua akan membina bangunan atau model KLCC dan bangunan Yayasan Sabah sebagai mercu tanda. Kami harap model ini menjadi dan dapat menarik perhatian pihak Jabatan Penerangan Negeri Sabah yang bakal berkunjung di sekolah kami ini. Model di bina dengan menggunakan botol mineral sahaja dan nampaknya hari ini telah kelihatan berdiri megah KLCC dalam bentuk mineral. Tahniah kepada AJK yang dilantik. 

Jom kibarkan Jalur Gemilang dan Bendera Sabah.

 Aktiviti Jom Kibarkan jalur Gemilang dan Bendera Sabah juga semakin rancak apabila hampir semua murid dan guru menyumbangkan bendera dengan kos sendiri. Inilah yang dinamakan kerjasama tanpa paksaan, ikhlas dan semangat berkerjasama yang tinggi ditunjukkan. Dari jalan masuk ke pintu gerbang sekolah kelihatan bendera berkibar amat meriah. Syabas penganjuran. 

Murid sekolah di bawa bersama menyiapkan bendera yang diwarna 
dengan Laminiting sekali agar kelihatan cantik dan tidak basah terkena hujan.

Guru Pelatih dan murid juga bersama membantu menjayakan Program Bulan Kebangsaan 
kali ini pada tahun 2018. terima kasih kepada guru pelatih, 
khasnya Guru Pelatih Sejarah

 Tengok bendera telah di pasang di tempat-tempat strategik. Diharapkan akan menarik minat para pengunjung di sekolah dan dari pihak Jabatan Penerangan yang bakal berkunjung di sekolah Etuza nanti pada minggu hadapan.Memang sibuk terutama Penyelaras Program, bergerak ke sini sana bagi memantau semua aktiviti dilaksanakan dengan baik dan berjaya nanti. Sibuknya Etuza tetapi seronok, rasa seronok kerana ikhlas cintakan tanah air ini.


latihan lagu-lagu patriotik..wah sampai melompat ke atas...kelas tahun 4 Bijak
di latih oleh Pn. Hazlawati Azlan.

 Acara kemuncak yang akan dilaksanakan ialah pertandingan persembahan lagu-lagu patriotik tiap kelas tahun 4, 5 dan 6. Di mana latihan sedang sibuk dilaksanakan oleh juru latih dengan mencuri masa sebijak-bijaknya untuk melatih tiap pelajar dalam kelas masing-masing. Latihan dilakukan oleh guru kelas dan di bantu oleh guru pelatih dari IPGM Kampus Keningau. Sibuknya tetapi seronok.


Bergambar di hadapan himpunan hasil kerja murid tahap 1, iaitu mewarna
bendera dan yang terbaik kemas warna terang di beri hadiah.

Sayangi Malaysiaku..kibarkan Jalur Gemilang...
Cg Piah dan Ustaz bukhary Satimin.

Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. Tahniah cikgu.
    kerja guru tak akan selesai sehingga bersara.
    teruskan usaha.

    BalasPadam
  2. Apa pun tugasan yang diamanahkan dan digalas..jika ada kerjasama insyaAllah lancar dan menampakkan hasil...alhamdulillah..tahniah Cikgu Etuza.

    BalasPadam
  3. memupuk semangat kemerdekaan memang harus dimulakan daripada awal lagi =)

    BalasPadam
  4. Bila tengok gambar murid-murid sekolah rendah teringat masa kanak-kanak dulu..sekolah cikgu ini dekat sahaja dengan rumah uncle saya.

    BalasPadam
  5. Wah! Meriah tul sambutan hari kebangsaan di sek etuza ye? terasa nak menziarahi kwn2 di sabah la..

    BalasPadam
  6. Meriahnya.. walaupun penat tapi bila setiap usaha tu membuahkan hasil dan manfaat, seronok sgt.. Alhamdulillah, tahniah cikgu Etuza! :)

    BalasPadam
  7. Meriahnya..

    Jadi guru memang penatkan?

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.