Menuju Ke Pasar Payang, Kuala Terengganu.

Menuju Ke Pasar Payang, Kuala Terengganu.

Menuju Ke Pasar Payang, Kuala Terengganu.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Bersua kembali dalam arena penulisan ini, semoga rakan pembaca maya sentiasa dalam keadaan sihat semuanya. Kali ini Etuza hendak bawa pembaca dan semua peminat blog Etuza ke suatu tempat. Humm!! tempat ini sangat terkenal di Kuala Terengganu ini. Jalan raya saja yang kelihatan kereta sesak berjalan perlahan-lahan membuktikan tempat ini sangat digemari oleh pengunjung dari masyarakat dan para pelancong yang datang melancong di Kuala Terengganu. Seperti Etuza rugi rasanya jika tidak ambil kesempatan melihat-lihat bagaimana Pasar Besar Payang yang gah diceritakan orang di laman sosial.

 Hendak ke Pasar Payang kena lalu dekat bangunan unik ini..

 Posting dulu satu gambar kami..belanja rakan pembaca..
Cantik kan ukiran bangunan ini..

Nah! sampai ke Pasar Besar Kedai Payang, tidak sabar hendak tengok apa semua jualan di sana. Dalam perjalanan menuju ke Pasar Payang ini, ada macam-macam jenis jualan makanan dan buah-buahan di jual. Wah! sebaik sampai di dalam Pasar Payang banyaknya jenis jualan, macam-macam ada. Ramai penjual dengan gaya atau cara serta teknik menjual jualan mereka. Mulanya hendak meninjau sahaja. Akhirnya membeli lah apabila terpikat dengan harga serunding dan keropok lekor yang agak murah. Kawan yang datang bersama kami juga turut membeli. Alhamdulillah.

 Jom masuk ke Pasar Payang..

 Inilah antara jenis jualan di Pasar Payang..ada macam-macam jualan..

 Post gambar dengan penjual sekali..Sinilah kami membeli
banyak serunding dan keropok lekor..budu pun ada juga di beli..

Katanya mari cuba makan daging serunding original, kadang ada pembeli akan terpedaya membeli serunding yang dikatakan original tetapi bukan original. Mendengar kata-kata ini, Etuza rasa berfikir, ada juga daging serunding yang bukan original rupanya. Inilah yang kita hendak elakkan, namun demi mengaut keuntungan ada pula peniaga yang sanggup membuat penipuan. Akan tetapi Etuza yakin apa juga jualan dalam bentuk serunding di Kuala Terengganu adalah yang original.

 Tersenyum depan kedai jualan kraftangan..menarik semuanya..

 Macam-macam..sampai terliur nampak..apapun Etuza hnak beli minuman ja ..tekak dah kering
berjalan jauh ke Pasar Payang yang sekan-akan semakin panjang..tiada penghujung.hehe

 Keropok Lekor dan Keropok lain..dari jenis ikan dan pisang..

 Beli minuman ..hum!! sedapnya..

Banyak kraftangan . Semoga suatu masa akan dapay ke Pasar Payang lagi.. 

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

11 ulasan

memang sangat sibuk di Pasar payang ..Siapa orang terengganu kat sini..hehehe

wah jarang nampak kedai kraf tangan tu dekat selangor. insyallah nati boleh lah pergi

Rindu nak ronda2 Pasar Payang.
Dulu2 duk Teganu, selalu ronda2 kat sini.

Cikgupun reti makan budu? 😄

Saya pernah bawa ibu_suri ke Pasar Payang semasa dia masih boleh berjalan dulu.

Pasar Payang kini rasanya telah diubah suai dengan fasiliti yang lebih baik berbanding masa saya pergi dulu...

adui Pasar jadi pasai typo ja lah selalu.Malu den

baca balik cerita Etuza..macam tak best ja baca ..sepatut nya ada penutu cerita..

ni petanda ni dah kehabisan ide aberblogging..adiii

Dah lama tak ke sana

SERONOK PERGI TERENGGANU

Pasar payang mmg seronok.. lama dah tak ke sini. Destinasi yg mmg akan sy singgah juga klu ke terengganu :)

Zumal pernah singgah sana masa sekolah dulu jer...

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ceritaku (486) Ucapan (474) Agama (455) Berita (401) Dunia Blog (360) Doa (343) Promosi. (343) Info Lelaki (314) Tips Blog (281) Pengalaman (271) Anak (259) Pendidikan (247) Nasihat (228) Kasih sayang (221) Berita Keningau (200) Rasa Bahagia (194) Pelancongan (177) Hadiah (169) Alam Semulajadi (154) Gambar (136) Sejarah (127) Ekonomi (124) Segmen (116) Keluarga (114) Blog (96) kesihatan (87) Tentang lelaki (75) Isu Semasa (59) Cinta (57) Percutian (57) Tumbuhan (55) Rumah tangga (54) Motivasi (52) Bunga (51) Budaya (46) Resipi (46) Nilai Moral (42) Cari Makan (39) Masyarakat (37) Award (32) Haiwan (32) Herba (32) Promosi Nuffnang (32) Sahabat Blog (31) Sajak (29) Harijadi (28) Makanan (27) Kucing (25) Perkahwinan (24) Sukan (21) Artis (20) Rasullah SAW (20) Sekolah (20) Seni (19) Tips (19) Lanskap (15) Iklan (14) Petua (10) Kalender (9) Majlis Kahwin (9) Bulat (8) Elken (8) Hari Jumaat (8) Lirik Lagu (8) Kata Madah (6) Kuiz (6) Politik (6) Tazkirah (6) Anak Buah (5) Grafik (5) Ikan (5) Jantung (5) Pantun Melayu (5) Restoran (5) Takziah (5) Hari Raya (3) Masjid (3) Pertunangan (3) Wordless Wednesday (3) Banjir (2) Buah (2) Tahun Baru (2) Universiti (2) BRIM (1) Cuaca (1) Teknologi (1) Tutorial (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger