Masjid Kristal Daya Tarikan Pelancong

Masjid Kristal Daya Tarikan Pelancong

Masjid Kristal Daya Tarikan Pelancong

Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.
Empat hari tiga malam di Kuala Terengganu sudah cukup banyak tempat kami lawati, termasuk lah Masjid Kristal yang tersergam indah di tepi laut.Memang Masjid Kristal menjadi salah satu daya tarikan yang sangat hebat di Terengganu.

Bagi mereka yang datang berkunjung di Terengganu, haruslah meletakkan satu tempat yang mesti di lawati iaitu Masjid Kristal. Jika tidak melawat di Masjid Kristal di Terengganu maka percutian atau pelancongan di Terengganu dianggap tidak sah dan tidak berbalaoi.



Masjid Kristal merupakan salah satu masjid yang ada di Kuala Terengganu. Ada banyak masjid yang menarik di Kuala Terengganu antaranya Masjid Terapung juga tereletak di Kuala Terengganu. Apa yang Etuza lihat satu-satunya masjid yang ramai pengunjung sedari awal pagi hingga menjelang malam ialah Masjid Kristal. Lampu pada waktu malam memang amat cantik ditambahi dengan keindahan saujana lautan indah.Subahanallah.

Semasa melawat masjid ini, Etuza dapati ramai yang datang silih berganti. Yang uniknya pelawat masjid ini bukan sahaja terdiri dari masyarakat Islam dari negeri lain tetapi juga pelawat dari pelancong dari luar negara, turut sama melawat masjid Kristal yang terkenal dengan ukiran yang unik dan cantik ini.



Dalam gambar ini Etuza dan isteri ambil kesempatan bergambar bersama dengan rombongan pelawat Masjid Kristal dari Negeri Kedah. Lihatlah mereka datang beramai-ramai dan mungkin menginap atau datang melawat \Kuala Terengganu dan balik ke Kedah selepas bersiaran di Kuala Terengganu.


Mereka ramah tamah dan sempat kami berbual-bual seketika sebelum meninggalkan Masjid Kristal ini. Kadangkala agak terkejut juga apabila ramai orang di Kuala Terengganu katakan kami ini dari Indonesia. Walhal kami dari Sabah, kami Sabahan original lokal Sabah dari kalangan suku Kadazan Dusun.

Ada yang datang dari Kuala Lumpur, Perak, Sabah  dan Kedah, hari yang sama datang melawat Masjid ini.
Etuza ada bertanya kepada seseorang memang setiap hari sesak dengan pelawat Masjid Kristal ini, katanya memang setiap hari begitulah keadaan di Masjid Kristal ini. Mereka sebenarnya hendak solat selain hendak abadikan kenangan di Masjid Kristal tetapi kali ini masjid sedang di baiki maka itu yang kelihatan ramai di kawasan masjid ini. Mereka ambil gambar, beli minuman dan santai bersama keluarga. Hebatkan Masjid Kristal ini. Luar biasa. Syukur kepadaNya Etuza kini berpeluang menatap wajah masjid ini.


Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

3 ulasan

tahniah dapat menjejakkan kaki ke negeri cantik Negeri Terengganu.

Wow bestnya dapat pergi masjid kristal. Tak pernah pergi lagi. selalu dengar cerita orang je.

Kami kerap kali lalu jer di situ, tak pernah singgah lagi di Masjid Kristal

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ceritaku (486) Ucapan (474) Agama (455) Berita (401) Dunia Blog (360) Doa (343) Promosi. (343) Info Lelaki (314) Tips Blog (281) Pengalaman (271) Anak (259) Pendidikan (247) Nasihat (228) Kasih sayang (221) Berita Keningau (200) Rasa Bahagia (194) Pelancongan (177) Hadiah (169) Alam Semulajadi (154) Gambar (136) Sejarah (127) Ekonomi (124) Segmen (116) Keluarga (114) Blog (96) kesihatan (87) Tentang lelaki (75) Isu Semasa (59) Cinta (57) Percutian (57) Tumbuhan (55) Rumah tangga (54) Motivasi (52) Bunga (51) Budaya (46) Resipi (46) Nilai Moral (42) Cari Makan (39) Masyarakat (37) Award (32) Haiwan (32) Herba (32) Promosi Nuffnang (32) Sahabat Blog (31) Sajak (29) Harijadi (28) Makanan (27) Kucing (25) Perkahwinan (24) Sukan (21) Artis (20) Rasullah SAW (20) Sekolah (20) Seni (19) Tips (19) Lanskap (15) Iklan (14) Petua (10) Kalender (9) Majlis Kahwin (9) Bulat (8) Elken (8) Hari Jumaat (8) Lirik Lagu (8) Kata Madah (6) Kuiz (6) Politik (6) Tazkirah (6) Anak Buah (5) Grafik (5) Ikan (5) Jantung (5) Pantun Melayu (5) Restoran (5) Takziah (5) Hari Raya (3) Masjid (3) Pertunangan (3) Wordless Wednesday (3) Banjir (2) Buah (2) Tahun Baru (2) Universiti (2) BRIM (1) Cuaca (1) Teknologi (1) Tutorial (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger