Homestay KDM Kuantan Pahang, Terima Kasih

Homestay KDM Kuantan Pahang, Terima Kasih

Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.
 Bangunan yang unik ini adalah Homestay KDM di Kuantan Pahang 
di kawasan Indera Mahkota setentang dengan IIUM Medic Center 

Tidak pernah terduga oleh aku akan berpijak Bumi nyata di Negeri Pahang Darul Makmur. Bila diingati situasi semasa berada di Kuantan Pahang terasa bagaikan mimpi, mimpi yang sekelip mata Etuza bersama isteri dan dua orang anak tersayang berada di Pahang. Mimpi itu sebenar-benarnya realiti. Dalam hati ini tiada lagi kata-kata yang bermakna selain ucapkan SYUKUR kepada ilahi atas kurnia kepada keluarga Etuza.

Benarlah kata orang bahawa anak adalah harta paling berharga yang Allah beri kepada kita. Dan rezeki tiap insan itu sesungguhnya telah diatur olehNya. hanya kita menunggu dengan penuh sabar dan tidak berputus asa untuk mencapai hasrat yang diimpikan. Berusahalah dan terus berusaha biar apa juga halangan tetap teruskan usaha demi mencari kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

 Ruang jalan ke bilik penginapan / homestay KDM Kuantan Pahang

Semasa mendapat tahu dari anak bahawa dia telah mendapat email tentang tawaran kerja di Kuantan Pahang dan ada pegawai yang menghubunginya di talian telefon, Etuza pada mulanya agak tidak percaya hingga tidak dapat bersuara. Apabila anak ke 3 menyuarakan lagi dan meyakinkan Etuza baharulah Etuza mulai mempercayai dan menunggu anak untuk informasi selanjutnya. Memang benarlah anak Etuza telah ditawarkan kerja di Kuantan Pahang di Jabatan farmasi. Etuza benar-benar bersyukur kepada Allah atas kurniaNya ini. 

Dalam hati mulai memikirkan tempat tinggal, segala kelengkapan tiket pergi balik telah disiapkan untuk kami berempat ke Kuantan Pahang mulai 5hb Julai 2018 hingga 9 hb Julai 2018. Dalam proses mencari tempat tinggal Etuza ada nmenghubungi beberapa orang dalam pencarian rumah sewa yang kami cari di Google, termasuklah blogger orang Pahang. Alhamdulillah semua yang dirancang agak lancar. 

Suasana di ruangan bilik rehat Homestay KDM Kuantan Pahang

Rupanya apabila kita penuh yakin dan mengharap Allah berikan pertolongan maka pasti Allah kabulkan doa kita. Ibubapa mana yang tidak risau apabila anak bekerja di rantau dan belum tahu keadaan tempat tinggal dia. Rupanya Allah kurniakan anak Etuza rezeki apabila anak Etuza diberi tempat tinggal di Cauters kakitangan di tempat kerja. Ya Allah terima kasih sangat dan syukur kehadratMu ya Allah.

Dalam ruangan catatan blog Etuza ini, Etuza hendak zahirkan untuk kesekian kalinya ucapan TERIMA KASIH kepada pengurus Homestay KDM Kuantan Pahang kerana menyediakan tempat tinggal ini kepada sesiapa yang memerlukan.Harga yang cukup berbaloi dengan senarai harga RM 60, RM80 dan lain-lain harga mengikut keluasan bilik dan bilangan yang tinggal dalam bilik sewaan tersebut.Semoga suatu masa nanti ada rezeki kami akan datang menginap di sini lagi.


 Antara sofa yang cantik dan selesa di Homestay KDM Kuantan Pahang.

Kepada masyarakat di Kuantan Pahang, kami ucapkan terima kasih atas layanan kepada kami selama 4 hari 3 malam di Kuantan Pahang. Sebagai insan sesama Islam kita adalah bersaudara walau berbeza asal dan keturunan.Etuza benar-benar kagum merasa di hargai sepanjang melakukan banyak urusan semasa di sana.Semoga kita bertemu lagi di masa akan datang.

Di hadapan bangunan KDM / Homestay KDM Kuantan Pahang.

KDM - Kompleks Dagangan Mahkota  milik kerajaan Pahang. Terima kasih KDM kami amat menghargai jasa baktimu atas keizinanNya, kami bernaung di dalam mu. Syukur Alhamdulillah. Kepada sesiapa yang berada di Pahang di mana berada, jika hendak ke Kuantan Pahang dan hendak melawat saudara serta persekitaran di kawasan Indera Mahkota bolehlah tinggal di Homestay ini. 

Abadikan kenangan di KDM Kuantan Pahang.


Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. TAHNIAH UTK ANAK CIKGU DH JADI ORG PHG YA...HOMESTAY KDM NMPK SELESA SGT TU

    BalasPadam
  2. Betul kak Faridah..Hotel KDM selesa..

    BalasPadam
  3. wah seronok berjalan ke Pahang cikgu =)

    BalasPadam
  4. Selesa dan berbaloi. Lepasni boleh cuba kat sini pula. Visit blog sayahttp://www.ketamkecil.com/5-cara-mengawal-kencing-manis-yang-betul-untuk-elak-kerosakan-buah-pinggang/

    BalasPadam
  5. Jika dekat dengan Pejabat Negeri, pastinya kami sewa di sini..

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.