Selamat Menunaikan Ibadah Puasa Ramadhan 2018

 Selamat Menunaikan Ibadah Puasa Ramadhan 2018
Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua Pembaca Maya..
Mohonlah ampun kepada Allah di bulan Ramadhan

Puasa di bulan Ramadhan telah menjelang dan hari ini adalah hari ke 9 berpuasa. Alhamdulillah kita semua dalam keadaan sihat walafiat menunaikan ibadah puasa dengan penuh ikhlas dan amanah. 

Puasa diwajibkan keatas semua umat Islam di Dunia tanpa mengira lelaki atau wanita, asalkan mampu dan sihat tubuh badan. Banyak fadilat yang kita dapat alami dalam menjalani ibadah puasa ini, terutamanya kita akan dapat menurunkan berat badan, secara langsung tubuh badan kita akan beransur terhindar dari kalestrol yang merosakkan kesihatan kita. Kepada yang selalu mengumpat atau sering memperkatakan hal-hal orang lain, dalam bulan puasa inilah sucikan diri dari memburuk-burukkan orang lain , kerana puasa kita tidak bermakna jika kita selalu memperkatakan hal orang lain. Marilah hentikan perbuatan yang tidak menguntungkan kita ini iaitu mengumpat.

Sebaik menjelang puasa Ramadhan pastinya kita sudah memikirkan sedari awal bagaimana hendak membuat persediaan menjelang hari kemenangan sebulan berpuasa iaitu hari Raya. Rumah kena bersih luar dan dalam. Etuza hendak nasihati eloklah mulai  dari hari ini kita perlahan bersihkan mana-mana lokasi atau luar dan dalam rumah kita untuk di bersihkan dan kemaskan. Jangan pula saat akhir baru hendak buat pembersihan risau nanti semua tidak siap, hari raya menjelang dirasakan kurang seronok. Baiklah setakat ini sahaja bicara Etuza. Salam Ramadhan dan maafkan Etuza jika ada kata-kata yang kurang disenangi dalam blog ini.Jumpa lagi di cerita lain. InshaAllah.

Catat Ulasan

0 Ulasan