Rezeki Yang Tidak Di Jangkakan. Syukran Ya Allah

Rezeki Yang  Tidak Di Jangkakan. Syukran Ya Allah
Bertemu kembali dalam ruangan blog kesayangan ini. Bersawang rasanya lama tak updatekan blog, walhal hari-hari ada cerita kehidupan ini. Apatah lagi masih panas PRU ke 14  201`8 baru-baru ini. Tetapi inilah keadaan kita tak terjangkau semua perkara dalam seharian mengemudikan kehidupan secara normal.

Baiklah, maafkan Etuza yang selalu tidak ada kesempatan mengurus satu blog ini. Paparan kali ini berkisar di satu tempat yang asing bagi Etuza dan isteri. Kepada pembaca maya ada tak yang tahu tempat ini? Ya tempat di di Cyberjaya Teknokrat Selangor. Tempoh hari kami ada  ke sini. Dalam menunggu anak di MDC cawangan Cyberjaya Teknorat Selangor Etuza dan isteri pergi mencari kalau-kalau ada restoran berdekatan, rupanya bukan susah nak cari tempat makan. Ini lah restoran yang kami masuk, dan waktu itu kata pemilik restoran ni, kami berdua adalah tetamu pertama masuk ke restoran ini. Ya Allah bertuanya kerana kami masuk restoran yang sedang dipromosikan kepada khalayak ramai atau kepada pelanggan. Restoran ini namanya RESTORAN AYAM KAMPUNG UTARA jika tidak silap,

 Suasana dalaman dan meja kerusi makan di Restoran Ayam Kampung Utara.
Hummm mewah juga  restoran tau. Rugi yang tak tahu restoran ini di Cyberjaya Teknokrat.

Menu atau juadah kuih muih percuma untuk hari pertama di buka
Restoran Ayam Kampung Utara. 
 Layanan yang istemewa dari pemilik restoran ini. Kami dipelawa masuk dan pelayan memberitahu, makan sebanyak-banyaknya dan bayar dalam RM 5.00 seorang kata pelayan yang cantik di restoran ini. Etuza dan isteri mulanya tidak faham. Restoran ini hari PERTAMA kami buka, jadi kami mengalu-alukan anda berdua dengan makan apa sahaja menu yang ada dengan bayaran RM5.00 sahaja seorang. Ya Allah ini rezeki TIDAK DIJANGKAKAN, Etuza benar-benar terkejut dan dalam hati bersyukur ke hadart Allah. Terima kasih ya Allah. Kami berdua pun dengan beraninya mengambil kuih beberapa ketul dan ambil juadah lain juga. Tidak juga berniat makan banyak sangat walaupun telah dialu-alukan makan banyak. Kami makan sekadar mengisi perut awal pagi di Cyberjaya Teknokrat.

 Segala keperluan sudah siap ..lengkap dan tersusun indah..
Semoga Restoran ini menjadi terkenal lepas ni.
Dalam kami makan itu, adalah pemilik restoran ini bertanyakan kami nak ke mana di Cyberjaya ni. Etuza pun mulailah buka cerita. Tujuannya menemani anak daftar di Medical Dental Center di Cyberjaya Teknokrat cawangan Kementerian kesihatan Malaysia. Pendaftaran ini WAJIB bagi bakal Doktor dan inilah mereka berada di pejabat kami jalan-jalan cari makan. Etuza katakan kami dari Sabah. Lelaki berbaju birupun agak terkejut, rupanya pemilik restoran ini dari Sabah, berkahwin dengan orang Utara. Wah hebat kan orang Sabah bertemu orang Sabah. Ala lupalah pula namanya tu. Sudah dua bulan lebih baru ingat nak terbitkan cerita ini, mana lah ingat lagi. Mohon maaf lah kepada pemilik restoran ni jika tiba-tiba terbaca artikal saya di blog ini.

 Bersih, cantik dan menawan  Restoran Ayam Kampung Utara.
Datanglah anda ke sini ya...Nanti sampaikan salam saya kepada pemilik restoran ni ya.


 Menu kuih muih yang lazat..ya Allah syukur padaMu
Mudahkan urusan kemi di Cyberjaya Teknokrat.

 Menu utama yang Etuza bedal kat Restoran Ayam Kampung Utara ini
Sedap tau...kenyang..Alhamdulillah..

 Pemilik Restoran Ayam Kampung Utara berasal dari Sabah.
Jika anda ke sini, sudilah sampaikan salam pada dia ya..

Nah tu dia gambar kenangan Etuza dengan pemilik 
Restoran Ayam  Kampung Utara, sorry betul2 lupa dah nama dia..
Orang Sabah tu ..
 Sekadar nak isi perut kala pagi di Cyberjaya Teknokrat, Selangor.
Tak berniat makan banyak walau di ofer hehehe..Terima kasih 

Depan Restoran Ayam Kampung Utara..

Sebaik selesai jamah makanan di restoran ini, kami pun minta izin keluar dan ucapkan terima kasih yang tidak terhitung, moga restoran ini lagi maju dan dan ramai pelanggannya. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas budi baik mereka memberikan kami makanan yang agak percuma pada hari itu. Sebaik keluar adalah beberapa orang di Cyberjaya Teknokrat seolah cari restoran nak makan. Kami pun promotlah restoran ini. Harap-harap mereka datang juga ke restoran ini. Baiklah hanya ini cerita Etuza kali ini, bersua lagi dalam paparan akan datang. Salam ukuhuwa. Salam damai dari Sabah.

Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. Insha Allah kalau ke sana saya akan cari. Terima kasih rekemen

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah murah rezeki cikgu dan mama..

    BalasPadam
  3. Cik Sal cari ya minta sampaikan Salam pada lelaki tu nanti ya

    BalasPadam
  4. Sya guns tablet Lenovo ni dari kpm free hari tu

    BalasPadam
  5. SELAMAT HARI GURU SALAM RAMADAN CIKGU SEKELUARGA

    BalasPadam
  6. Oh.. berada di Selangor ya cikgu. Mudah2an lain kali dpt berjumpa, in shaa Allah. Salam Ramadan buat cikgu Etuza sekeluarga :)

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah.
    Salam Ramadan dan selamat berpuasa cikgu.

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.