Kembara Di Rantau

Kembara Di Rantau
Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.
Kadangkala tidak terduga kita akan melakukan satu pengembaraan atau perjalanan jauh merentasi lautan dan benua serta membelah awan yang biru. Bila difikir semua tanpa di duga tetapi kita merancang sesuatu dengan memohon restu dan rahmat dari yang maha esa.

Begitulah yang berlaku apabila generasi kita mencari kebahagiaan di Dunia dan di Akhirat. Pergilah walau di mana asalkan sentiasa menjaga batas tata susila apa lagi untuk ingat kepada kebesaranNya. Harus dan wajib diletakkan di tahap teratas agar sentiasa memebesarkan Allah. 

Kembara ini dia seorang diri. Tetapi hakikatnya sentiasa bersama yang maha kuasa, doa kami sentiasa bersama di siang dan malam Pergilah kembara tetapi ingat akan keselamatan diri. Alhamdulillah syukur kepadaMu Allah, kerana memberi kesempatan dan peluang kepada anakanda tersayang. Syukur ke hadratMu.

Kembara di rantau..semoga di rahmatiNya..

Kuantan, Pahang...

Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. moga berjaya dunia akhirat...lama senyap cikgu daripada tulis blog? =)

    BalasPadam
  2. Semoga dipermudahkan urusan kembara tersebut.
    Ada dengar berita Ranau digegar oleh gempa bumi

    BalasPadam
  3. Dari hari ke hari saya nak bertanya cikgu sudah datang ke semenanjung @ belum sbb mgu lepas saya ke kuantan.

    Irfankan cikgu? Ingat2 lupa. 😀

    Dapat kerja @ sambung belajar?

    BalasPadam
  4. WP..terima kasih doannya ya..

    BalasPadam
  5. At trmizi..terima kasih..aamiin

    BalasPadam
  6. Asalam Umi Aliya..
    Dah pergi hari tu Umi..seorang ja anak pergi tu..
    Andai ada rezeki pasti teman blogger akan diberi khabar ya UMI

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum wr.wb. Salam ukhuwah, saya dari Indonesia tepatnya di Medan, Sumatera Utara. Semoga kembara makin membawa berkah dan menambah pengetahuan serta menambah wawasan dan juga makin bersyukur. Boleh kihat blog saya : sryatman.blogspot.com atau email sryatman@yahoo.co.id

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.