Ramai Sudah Kahwin

 Ramai Sudah Kahwin

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Asalamualaikum & Selamat Sejahtera Semua

Kenangan ini semasa Etuza latihan mengajar sebagai guru di
SK. Rancangan Belia Tiulon, Sook Keningau, Sabah
Bertemu kembali dalam masa hampir ke detik tengah malam. Banyak membayangkan entri apa hendak muat turun dalam laman ini. Setakat gambar memang banyak koleksi tetapi berbaloi kah hendak terbitkan. Tetapi dengan adanya gambar akan terupdate juga blog kesayangan kita. Itu pasti, cuma dari kita sahaja.

Menyentuh tentang tema  Ramai Sudah Kahwin, merujuk kepada bekas-bekas murid Etuza jauh dan dekat, ramai sudah kahwin. Kahwin muda pun ada Etuza dengar. Apa hendak buat sudah sampai seru mereka nikah. Terbaru tiba-tiba Etuza mendapat cal ( panggilan ) dalam phone, suara lelaki dan rasanya memang Etuza tidak kenali siapa. Bila perkenalkan diri rupanya bekas murid Etuza Ahmad Shah Ridin namanya. Katanya hendak jumpa Etuza, dengan memandu motorsikal akan ke rumah. Jika dalam gambar kelas di atas Ahmad Shah duduk di kanan yang kedua, wajah agak putih. Etuza mengajar mereka pada tahun 90an, dan kelas ini semuanya pandai-pandai belaka. Ahmad Shah teringin sangat nak jumpa Etuza rupanya, katanya nak tengok Etuza depan mata dan hendak tahu di mana rumah Etuza serta raya tahun 2018 nanti akan ke rumah Etuza bersama keluargaNya. Begitu tabah Ahmad Shah hendak berjumpa dengan Etuza ini. Daerah Sook tu jauh sesungguhnya jauh. Alhamdulillah sampai hajatnya dengan izin Allah.

Etuza masa menerima panggilan dari bekas murid dari jauh ini, agak terkejut, berfikir kenapa begitu jauh hendak menemui Etuza. Ok kita tunggu sahaja, anak-anak Etuza juga merasa tertanya kenapa ada orang jauh hendak jumpa Etuza. Subahanallah rupanya Ahmad Shah hanya dalam kiraan lapan kilometer saja dari Keningau ke rumah Etuza. Sebab Ahmad Shah kini bekerja di Jabatan Tenaga Rakyat Sabah ( Pejabat Tenaga Buruh ). Syukur lah Ahmad Shah telah berkerjaya dan sudah kahwin dan dikurniakan anak seramai tiga orang. Ini lah generasi pertama yang Etuza ajar sebagai guru. Ada yang menjadi guru, bekerja sebagai jururawat, ustaz, sebagai akauntan di Jabatan Pendidikan Sabah Kota Kinabalu dan sebagainya. Memang hebatlah mereka ini. Semua telah bekerjaya dan sudah kahwin. Tahniah kepada mereka. Dan yang pastinya bekas murid Etuza di sekolah sekarang pun ada yang anak mereka kini Etuza didik pula. Inilah rantaian manusia.Allahu Akhbar.

Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. Wahhhh gambar cikgu etuza semasa muda..

    Naper tunduk tu Cikgu? malu2 kucing gayanya, ha3

    BalasPadam
  2. hahaha..muda belia tu Umi..ada murid tau kirim surat..adui..mengajar budak ni awalnay huuu malu lah Umi..

    BalasPadam
  3. Bila tenguk gambar ni, teringat zamansekolah dulu2.

    BalasPadam
  4. pandai cikgu Etuza..ambil pic lama buat satu entri..pendek pun x pe kan janji ada entri baru...tapi JM x bole hbuat mcm tu sbb blog JM kongsi pasal travel jadinya perlu pic travel..byk lak tu..da entri jadi panjang..bila entri panjang ambik masa nka siapkan 1 entri..huhuh..

    BalasPadam
  5. woww..ni pic tahu berapa ye..ntah2 waktu ni JM pun sebaya murid-murid tu hehehe

    BalasPadam
  6. Ahmad Shah tu duduk di barisan hadapan eh..ingat lagi dia kepada cikgu yang mengajar walaupun dah berpuluh tahun kan..inilah nama nya anak murid kenang jasa cikgu...

    BalasPadam
  7. woww..cikgu ada juga mengajar anak kepada anak murid...berapa usis cikgu Etuza sekarang hihih

    BalasPadam
  8. Melihat anak murid berjaya di dalam hidup adalah satu kejayaan yang sangat besar bagi seorang cikgu kan Mr Etuza. GV tertanya umur Mr Etuza sudah berapa tahun sebab Mr Etuza nampak awet muda. Hihi. :D

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.