Program NILAM Sistem Baru KPM Dilancarkan

Program NILAM Sistem Baru KPM Dilancarkan

Program NILAM Sistem Baru KPM Dilancarkan 

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Asalamualaikum & Selamat Sejahtera Semua

09 Jan 2018 bersamaan hari selasa tepat jam 1.00 petang En. Mustafa Malisin dari Pusat Giat Guru Daerah, Keningau datang merasmikan pelancaran Program Nilam Sistem Baru Kementerian Pendidikan di SK. Penagatan, Keningau sesi 2018.
Kehadiran pegawai perasmi ditunggu-tunggu oleh semua warga guru sekolah kerana pegawai ini akan memberikan taklimat dan bengkel tentang Sistem Baru Program NILAM yang memerlukan semua guru terlibat dalam menjayakan program ini di semua peringkat sekolah. Pelancaran diadakan di Pusat Sumber sekolah dan taklimat serta bengkel diadakan di Makmal ICT sekolah ini.

En. Mustafa Malisin
Pegawai Perasmi Pelancaran Program NILAM
sistem baru dari Pusat Kegiatan Guru, Keningau

 En. Mustafa Malisin selaku salah seorang Pegawai Teknologi Pendidikan di Pusat Giat Guru,Keningau, dalam taklimatnya menyatakan bahawa program baru NILAM dari segi bahan bacaan tidak lagi terhad kepada buku bacaan sahaja tetapi merangkumi bahan lain,  iaitu bahan bukan buku. Ganjaran mata atau perekodan NILAM dalam sistem baru lebih terbuka dan diperluaskan. Pemarkahan atau penilaian bukan terhad kepada guru Pusat Sumber tetapi semua guru adalah penilai dan perlu memastikan murid mendapat markah hasil dari penglibatan murid dalam program NILAM. Antara bahan bukan buku yang boleh dibaca dan murid diberi ganjaran markah NILAM ialah seperti majalah, surat khabar, poster, carta, teka silang kata,graf,menggunakan CD, Vedio, jadual, seni lukis, bacaan di internet, kad iklan dan sebagainya semuanya boleh digunakan untuk merai markah NILAM. 

Penyampaian cenderahati kepada pegawai perasmi..
Dalam sesi bengkel, ramai guru yang bertanya tentang Program NILAM baru. Semangat inilah yang diperlukan dalam satu organisasi. Semoga Program NILAM Sistem Baru di SK. Penagatan membuahkan hasil yang baik tahun ini, dan akan ada murid yang muncul menjadi pesaing dalam Karnival NILAM sesi 2018 ke peringkat yang lebih tinggi.

Antara pengisian program ini ialah :- 
* Ucapan Penolong Kanan 1
* Sesi Taklimat & Bengkel Program NILAM Sistem Baru 
* Sesi soal jawab 
* Penyampaian cenderahati kepada pegawai BTP PKG
*Jamuan makan ringan
* Bergambar.

Jemput lihat gambar-gambar kenangan kami pada 9 Jan 2018. Terima kasih kepada kerjasama semua warga guru sekolah yang sangat bekerjasama dan perihatin terhadap apa juga Program Kementerian Pendidikan Malaysia. Alhamdulilah selesai satu tugasan utama GPM ( Guru Perpustakaan & Media )





Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

4 ulasan

NILAM baru ini liputi keseluruhan ke Cikgu?

GV baru tahu pasal NILAM. Kaedah baru sistem pembelajaran yang terkini kan Mr Etuza. :)

NILAM tu apa..Nilai Dalam Islam ke

baru faham berkenaan program NILAM ni

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ceritaku (470) Ucapan (462) Agama (430) Berita (395) Dunia Blog (349) Doa (335) Promosi. (334) Info Lelaki (305) Tips Blog (278) Pengalaman (259) Anak (252) Pendidikan (234) Nasihat (224) Kasih sayang (214) Berita Keningau (190) Rasa Bahagia (190) Hadiah (168) Pelancongan (162) Alam Semulajadi (143) Gambar (131) Ekonomi (119) Sejarah (116) Segmen (112) Keluarga (111) Blog (85) kesihatan (81) Tentang lelaki (75) Isu Semasa (59) Cinta (57) Tumbuhan (55) Rumah tangga (53) Motivasi (50) Bunga (49) Resipi (43) Percutian (41) Nilai Moral (40) Cari Makan (38) Budaya (37) Award (32) Herba (32) Masyarakat (32) Promosi Nuffnang (31) Haiwan (29) Sahabat Blog (29) Sajak (29) Harijadi (28) Kucing (24) Perkahwinan (23) Artis (20) Rasullah SAW (20) Seni (19) Sukan (19) Tips (19) Makanan (18) Sekolah (18) Iklan (14) Lanskap (12) Petua (10) Kalender (9) Majlis Kahwin (9) Bulat (8) Elken (8) Lirik Lagu (8) Hari Jumaat (7) Kuiz (6) Politik (6) Anak Buah (5) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Grafik (4) Restoran (4) Takziah (4) Tazkirah (4) Hari Raya (3) Jantung (3) Pertunangan (3) Banjir (2) Buah (2) Tahun Baru (2) BRIM (1) Cuaca (1) Teknologi (1) Tutorial (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger