Pergi Tidak Kembali Lagi.

Pergi Tidak Kembali Lagi.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Asalamualaikum & Selamat Sejahtera Semua
Lama juga Etuza menyepi. Kurang sihat, demam ..kesan perubahahn cuaca agaknya
atau cara makan yang silap..Doakna Etuza agar cepat sembuh. Terima kasih..
Kucing Ini menjadi penghibur ..tetapi ada yang pergi tidak akan kembali lagi.

Ini kami gelar BULAT..mati kemalangan jatuh masuk dalam tangki,
Kejadian waktu malam Bulat di kejar oleh kucing jantan liar yang
datang di laman hanya waktu malam. Perginya tidak akan kembali lagi.


Melati hingga kini masih hidup..dan sudah jadi nenek.
Banyak anak Melati tetapi beberapa ekor sahaja yang tahan atau kuat
antibodi melawan penyakit. Terbaru anak Melati yang kami gelar Ahsu
melahirkan anak-anak comel tiga ekor.


Moiza seangkatan dengan Melati dan si Putih. Juga masih hidup,
banyak anak tetapi semuanya mati. Entahlah kenapa mati semua anak-anak Moiza.
Mungkin cara penjagaan kami salah atau memang takdir pergi anak-anak
Moiza tidak kembali lagi.


Tiger yang sejak lahir mata dalam keadaan buta sebelah kanan.
Kesian Tiger, anak-anak Etuza sangat sayang pada Tiger kucing jantan
yang bijak. Tetapi suatu hari Tiger hilang entah ke mana. Kami agak
Tiger bukan mati di patuk ular tetapi lari dari rumah apabila
\banyak keluarga Tiger mati satu persatu apabila diserang penyakit
hingga banyak kucing kami mati dalam satu masa.  Ngeri juga..
setiap hari korek tanah kuburkan kucing yang mati


Si Putih masih hidup dan tabah, Putih kini telah menjadi nenek.
Anak dia Kelabu Asap baru-baru melahirkan anak tiga ekor.
Anak-anak Putih juga banyak yang mati. Jika tidak silap, Putih
sudah melahirkan anak sebanyak  empat kali.

Putih ketika kali pertama melahirkan anak-anaknya..Sayang semuanya mati.

Moiza agak nakal ..selalu cari peluang masuk rumah..
Naik atas meja membuat kami geram juga..apakan daya..
haiwan ni ciptaan Allah. kami tetap pelihara Moiza hingga kini masih hidup.

KLIK TAMAN SYURGA -BLOGGER PARIDAH

Catat Ulasan

17 Ulasan

  1. owh...memang meriah nampaknya rumah cikgu ni =)

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah, banyak kucing yang cikgu bela.

    BalasPadam
  3. GV doakan semoga Mr Etuza cepat sembuh. InsyaAllah. Aamin. Memang banyak kucing milik Mr Etuza. Semuanya comel-comel. Huhu. GV doakan semua kucing Mr Etuza sentiasa sihat juga. GV bulan lepas baru kematian kucing kesayangan GV. GV sebenarnya masih belum dapat move on kematian kucing GV. Huhu. Bila tgk kucing2x ini, GV rindu sangat kucing lama GV. :(

    BalasPadam
  4. COMEL KUCING2 CIKGU..DH SAMPAI MASA TU PERGILAH MRK...MOGA CIKGU SEGERA SHT SDIAKALA...WAH TOLONG PROMOT BLOG KAK YA...TKSH BANYAK CIKGU ETUZA

    BalasPadam
  5. Oh, cikgu pun bela banyak kucing ya...

    BalasPadam
  6. zizie tak pandai bela binatang.. tapi pernah la tolong jaga kucing jalanan yang sarat bunting.. bila dia ada anak, dia makan pulak anak dia.. kenapa ya? sebab dia rasa anak dia xkan hidup lama ke?

    BalasPadam
  7. semuanya comel2 =)

    salam jumaat, singgah melawat dekat sini

    BalasPadam
  8. Hello! Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Apakah Anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.
    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    BalasPadam
  9. comelnye semua....nama pown sedap dsebut...

    BalasPadam
  10. Kucing mama kt kampung pun byk yg mati masa baby. Biasanya bila dh mula kena sakit Mata kena Jaga Dan versedialah

    BalasPadam
  11. sedih pula tiba2 baca bab kucing dah tak ada nih

    BalasPadam
  12. comel semuanya...murah rezeki sesiapa yang bela kucing ni

    BalasPadam
  13. Banyaknya kucing cikgu Etuza.. comel2, mesti manja2 semua. Saya pun suka dgn kucing :).. apa pun, semoga cikgu Etuza cepat sembuh ye.. aamiin.

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.