Madu Asli Berkhasiat

Madu Asli Berkhasiat

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Asalamualaikum & Selamat Sejahtera Semua

Madu dalam gambar adalah buah tangan anak dari Mesir tempoh hari..

Bersua di awal pagi hari ahad yang indah ini. Syukur kerana kita diberi lagi kesempatan bertaut bicara bisu di alam maya ini.

Nampak madu dalam botol cantik , ada empat botol semuanya. Madu dalam botol itu adalah buah tangan dari anak yang balik dari Mesir tempoh hari. Sebelum anakanda balik ke Malaysia dan kembali ke Sabah, Etuza ada berpesan belikan ayah madu di Mesir. Boleh lah sebotol, tetapi dapat empat botol pula..syukur alhamdulillah ..baiknya anak Etuza tukan.. nak rasa madu dari Mesir dan madu itu pastilah dari serangga yang bernama lebah. Hebatnya lebah ni mampu mengeluarkan madu yang begitu banyak dan amat-amat berkhasiat untuk kesihatan lelaki dan perempuan. Hebatkan ..inilah zat kasih sayang Allah kepada hambaNya. Allah beri manisan yang bukan dari gula.

Madu dari Mesir boleh tahan harganya tu anak beritahu dalam kiraan RM30 lebih ringgit. Seingat Etuza begitu dia beritahu, jika tidak silap. Rasa madu ni sama saja yang Etuza rasa madu dari Malaysia atau dari Sabah. Lembut, manis dan kecairan yang memang madu asli lah madu dari Mesir ini. Etuza beri tahu kepada anak-anak seisi rumah minum madu bukan main tuang saja ke mulut tetapi guna sudu plastik, baca selawat dan minum setelah dicampurkan dengan air segelas atau langsung ke mulut sesudu madu dan minum segelas air awal pagi.  

Madu tualang memang tak boleh jika tidak dibeli dan seisi keluarga meminumnya. Madu tualang agak pekat dan sesuai sekali di minum oleh orang dewasa. Madu tualang ni produk keluaran Malaysia. Di Keningau ada satu stokis memang banyak stok, Etuza menjadi pelanggan Madu Tualang di stokis ini.

Khasiat Madu Asli  banyak..jemput kawan-kawan pembaca klik laman ini untuk lebih faham khasiat madu asli. Ha jangan malu-malu klik laman ini. INFOR KHASIAT MADU ASLI. dan ada banyak lagi laman mempormosikan khasiat madu asli ini. Satu lagi Etuza nak bagitahu. Minum madu asli SUNNAH nabi kita. Cubalah minum madu hari ini.KLIK SINI lagi. Klik Cara Minum Madu Yang Betul.

Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. Jika di rumah, madu digunakan untuk merawat batuk & semasa anak "bujang junior" kecil dulu, dia ada asma, mmg amalkan madu, alhamdulillah bebas dr lelah.

    BalasPadam
  2. Syukur Umi anak lelaki Umi sihat dengan minum madu tu..alhamdulillah

    BalasPadam
  3. Bagus amalkan minum madu asli kerana banyak khasiatnya.

    BalasPadam
  4. lamanya x datang komen kat sini..nama pun x masuk dlm list top komen heeee

    BalasPadam
  5. nak tahu madu asli ke tak ..cuba bermadu baru tahu akakakak...gurau jek

    BalasPadam
  6. madu asli mmg mahal... kat pasaran skrg susah nk bezakan madu asli ke x..pernah la dgr org ckp..kalau madu asli semut x suka...pastu letak dlm peti sejuk x beku.ntah betul ke x teori tu

    BalasPadam
  7. rm30 SEBOTOL? mmg agak mahal sbb botol kecik je tp klau mmg madu asli khasiat x dpt d sangkal

    BalasPadam
  8. madu ni memang elok sangat di amal.

    BalasPadam
  9. kalau batuk, sy akan buat air asam jawa+madu.

    BalasPadam
  10. madu mmg banyak khasiatnya terutama untuk jaga kesihatan kan Mr Etuza. :)

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.