Lenanya Dia

Lenanya Dia
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Asalamualaikum & Selamat Sejahtera Semua
Terasa begitu lama Etuza menyepi, sedangkan baru sehari tidak updated blog tersayang ini. Bermakna inilah bukti ada mood sangat bagus ketika ini untuk terus aktif dan ligat berblogging. Semangat ini seharusnya tidak akan ada penghujung selagi ada bahan-bahan di minda untuk dipersembahkan di persada maya. Hakikatnya kita tidak mampu mengatakan kepastian hingga masa bila kita sentiasa selesa berblogging. 

Kebetulan ada masa free, Etuza mahu updatedkan blog dahulu. Alhamdulillah sempat juga terbitkan catatan ini. Iaitu hal tempat kucing di Pet House di Kingfisher di Kota Kinabalu di jalan ke UMS. Etuza lihat kucing tu lenanya beradu tanpa gangguan di persekitaran. Tetamu yang berkunjung langsung tidak mengganggu kucing tu. Rumah kucing berdindingkan kaca yang dijual ribuan ringgit. Anak-anak Etuza yang sangat penyayang kucing teruja melihat rumah kucing dalam bentuk kaca. Semuanya lengkap tempat tidur tempat buang najis dan tempat makanan malah di tambah dengan tilam yang empuk. Sebab itu kucing tidur dengan lenanya. Sayang sekali Etuza tidak mampu membelinya untuk anak-anak tersayang. Memadailah dengan apa yang ada di rumah. Bagi makan minum kucing peliharaan dan berikan kasih sayang pasti akan lena kucing kesayanag.

Baiklah cuba perhatikan gambar-gambar menyeri laman Etuza ini. Menariknya kucing beradu dengan lena. Dan inilah antara kesukaan anak-anak Etuza suka memelihara kucing dan membelai buku kucing dengan penuh kasih sayang.

Kedai Pet House Di Kingfisher , Kota Kinabalu, Sabah

Sepasang dan bulu jenis grey ...nyaman nya kan..

Lenanya dia..ha jadi tema catatan hari ini.

Aik dah bangun, nak juga tengok peminat dia..hehehe

Gambar terbaru di Kota Kinabalu, Sabah. Bersiar-siar di
Kingfisher tempoh hari..

Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. LENANYA MEOW BERADU SELESA DIKATILNYA YG EMPUK

    BalasPadam
  2. Tahu pulak kucing tu Cikgu ambil gambar dia ya...baring je ditempatnya :)

    BalasPadam
  3. tidur lena sbb perut kenyang pastu x de orang kacau hihih

    BalasPadam
  4. anak dara berdua tu dah nampak sebaya dengan ibunya..

    BalasPadam
  5. bestnya kucing tu..terpelihara..siapa ada pet house...mmg lena la tdonya..ntah ada econd jgk eh kat sini

    BalasPadam
  6. Comelnya kucing2x nie. Sedap tidur tu. Hihi. :D

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.