Terjawab Sudah Kerisauan

Terjawab Sudah Kerisauan

Terjawab Sudah Kerisauan 
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Asalamualaikum & Selamat Sejahtera Semua.


Selamat malam, semoga bahagia di malam ini, sambil meredah bayu malam di udara maya. Membaca dan melihat paparan teman blog yang lain. Ketika ini di tempat tinggal Etuza sedang hujan menderu. Sejak tiga hari lalu asyik hujan dari petang hingga ke malam dan ke pagi.

Entri kali ini ialah anak bongsu Etuza ,nak bagi makluman kepada semua walaupunm anda tidak pun meminta maklumat ini. Iaitu terjawab kini persoalan di minda Etuza. Terasa lega apabila anak bongsu Etuza Aliya namanya telah mendapat surat tawaran penempatan Tingkatan Satu 2018 di Sekolah Menengah Agama Keningau, Sabah. Tarikh pendaftaran ialah pada 01 Jan 2018 bersamaan hari iosnin dari jam 8.00 pagi hingga selesai pendaftaran tersebut.


Etuza katakan " terjawab kerisauan " kerana ramai murid tahun enam 2017 dari sekolah Etuza memohon online agar ditempatkan di SMK Agama Keningau, iaitu sekolah kawalan KPM. Pelajar yang ditawarkan di SMKAgama ini akan tinggal di asrama. Selain murid dari sekolah Etuza terdapat ramai sekali memohon kemasukan tingkatan 1 di SMK Agama Keningau dari pelusuk Sabah. Begitu sengit saingan Alya masuk ke sekolah ini. Dan pelajar yang memohon itu semuanya hebat belaka keputusan UPSR  2017 yang baru diumumkan keputusan tersebut. Persaingan kemasukan ke SMK Agama Keningau memang sengit pada setiap tahun.


Alhamdulillah, sejak kemarin dan hari ini, kami telah membeli kelengkapan yang perlu Aliya bawa nanti di asrama. Dokumen yang perlu di bawa semasa pendaftaran juga telah di sahkan. Alat yang dinyatakan dalam surat penempatan ke SMK Agama, Keningau ialah :-

* Baldi, penyepit naju, hingger baju, gayung dan payung, tafsir al quran.
* Sarung, telekung, tracksuit, kasut hitam, stokin, tudung labuh., selipar ke tandas, selipar dorm dan alat mandian seperti sabun mandi, syampu dan sebagainya.

( harap nanti semasa pendaftaran tiada yang terlupa untuk di beli sebagai persediaan Aliya di Sekolah Menangah Agama Keningau, Sabah. /


Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

13 ulasan

Tahniah Aliyah.
Tahniah juga untuk bapanya.

Jika Alya sudah ke sekolah menengah ..tinggal kami berdua, semoga 2018 lebih mewmbahagiakan kita semua.

Tahniah, Alya. Selamat memulakan alam persekolahan hidup di asrama :)

Alhamdulillah, tahniah buat Alya dan cikgu sekeluarga...

Alhamdulillah, Tqjniah Aliya..

Alahaiiii sunyilah Cikgu dan Mama nnt..

Alhamdulillah...tahniah aliya

##tahniah.. error.

Woww.. tahniah kepada anak Mr Etuza iaitu Alya dapat masuk SMK Agama Keningau. Hebat tu Mr Etuza. Terbaik Mr Etuza. :)

Alhamdulillah. Tahniah Alya

Tahniah aliya..result yang bagus je boleh masuk sekolah ni kan...bijak2 anak cikgu ni..kiranya si bongsu juga akan ikut jejak kakak dan abang-abangnya..Ahamdulillah

Setahu JM la kan..kalau kat semanjng..nak masuk sekolah SMKA ni perlu pergi interbiu..siap ada ujian hafazan surah2 dalam al-quran..kiranya yang dapat masuk mendaftar antara yang bertuah tau

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ceritaku (468) Ucapan (461) Agama (425) Berita (395) Dunia Blog (349) Promosi. (334) Doa (333) Info Lelaki (303) Tips Blog (278) Pengalaman (257) Anak (248) Pendidikan (230) Nasihat (223) Kasih sayang (214) Rasa Bahagia (189) Berita Keningau (188) Hadiah (168) Pelancongan (157) Alam Semulajadi (138) Gambar (131) Ekonomi (118) Sejarah (115) Segmen (112) Keluarga (111) Blog (85) kesihatan (81) Tentang lelaki (75) Isu Semasa (59) Cinta (57) Tumbuhan (55) Rumah tangga (53) Motivasi (50) Bunga (48) Resipi (43) Nilai Moral (39) Cari Makan (38) Percutian (38) Budaya (36) Award (32) Herba (32) Masyarakat (32) Promosi Nuffnang (30) Haiwan (29) Sahabat Blog (29) Sajak (29) Harijadi (28) Kucing (24) Perkahwinan (23) Artis (20) Rasullah SAW (20) Seni (19) Sukan (19) Tips (19) Sekolah (18) Makanan (17) Iklan (14) Lanskap (12) Petua (10) Kalender (9) Majlis Kahwin (9) Bulat (8) Elken (8) Lirik Lagu (8) Hari Jumaat (7) Kuiz (6) Politik (6) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Anak Buah (4) Grafik (4) Restoran (4) Tazkirah (4) Hari Raya (3) Jantung (3) Pertunangan (3) Takziah (3) Banjir (2) Buah (2) Tahun Baru (2) BRIM (1) Cuaca (1) Teknologi (1) Tutorial (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger