Surau Di Desa Etuza Kini Dirobohkan

Surau Di Desa Etuza Kini Dirobohkan
Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.

3 Dis 2017 bersamaan hari ahad adalah hari di mana semua penduduk Islam di desa Etuza bergotong royong dari awal pagi hingga ke petang untuk merobohkan bangunan surau Ar Rahim yang di bina daripada papan sejak bertahun yang lalu.

Perobohan dilakukan dengan segera apabila surau di desa Etuza dapat kelulusan kerajaan untuk dinaik tarafkan dengan mendirikan masjid. Lihat bangunan yang terkini Etuza ambil sebelum balik ke rumah pada jam 4.30 petang kemarin. Tinggal rangka lagi. Esok akan bongkar lantai habis-habisan.Etuza tidak dapat hadir ke gotong royong kerana ada temujanji dengan kawan.

Syabas dan tahniah kepada warga kampung yang tua dan muda remaja turun ke gotong royong ini. Kata orang berat sama dipikul yang ringan sama dijinjing. 

Dalam proses merobohkan bangunan surau ini, berlaku satu insiden tanpa di jangka iaitu saudara Jupin Bin Supar tiba-tiba terjatuh dari atas bumbung surau ini. Kejadian berlaku apabila saudara Jupin Supar terpijak beruti yang sudah reput. Bagaimana pun setelah dihantar di hospital besar Keningau, kami difahamkan saudara Jupin Supar beransur sedar dari pengsan.  Sejarah ini tidak akan dilupakan oleh warga kampung, itulah yang dikatakan malang tidak berbau.






Catat Ulasan

5 Ulasan

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.