Situasi Tahun 6 Selepas Tamat Tahun 6 2017
Asalamualikum & Salam Sejahtera
Etuza hendak cerita ringkas suasana murid tahun 6 di sekolah Etuza sebaik selesai mini Konvokesyen di majlis MAKMUR 2017 di sekolah Etuza. Nampak mereka sangat gembira tetapi dalam masa yang sama ada yang bersedih kerana akan meninggalkan sekolah rendah ini selama 7 tahun bersama. 7 tahun itu termasuk mereka berada di Prasekolah.
Kelihatan ada yang tersenyum dan cukup gembira memakai jubah hijau khas untuk murid tahun 6. Dan pada masa sama pada 23 Nov 2017 mereka berdebar menunggu keputusan UPSR yang bakal diketahui. Sebaik jam 11.00 pagi telah dikhabarkan keputusan UPSR dari PPD Keningau telah ada di sekolah. Semua ibubapa dan murid tenang dan tiada diwar-warkan dengan megah murid mendapat banyak Gred A. Biasa sahaja suasana guru-guru, semua keputusan adalah hak murid dan yang mendapat sederhana atau yang langsung tiada A juga dibanggakan.
Ada kelihatan murid kemungkinan meminjam phone ibubapa mereka begitu sibuk bergambar bersama kawan-lawan dan ada juga disediakan ruangan photoshoot yang dikendalikan oleh Cikgu Siti Aminah Harun. Turut bergambar bersama mereka ialah ibubapa mereka sendiri dan guru-guru. Maklumlah hari terakhir di sekolah rendah, tahun hadapan 2018 pijak sekolah menengah sudah. Wah hebatnya kehidupan ini bagaikan putaran masa yang berganti hari yang muda ke alam dewasa, yang kini berusia akur hidup perlu diteruskan. Tahniah kepada semua murid tahun enam di sekolah Etuza. Usaha tanpa putus asa adalah azimat kejayaan anda.
4 Ulasan
Tahun 6 tahun kesedihan kerana berpisah dengan Kawan kawan sedarjah
BalasPadamWah sekolah sekarang primary school pun ada graduation day ya.
BalasPadamPasti anak2 sedih tu terpaksa berpisah
BalasPadamSenua muka ceria dan ada juga bersedih kerana sudah abis sekolah rendah. Memori sekolah rendah takkan dilupakan sampai bila-bila. :)
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.