Selamat Tinggal 2017 Part 3

Selamat Tinggal 2017 Part 3

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
AsalamualaikumSelamat Sejahtera Semua.

Gambar kenangan kehidupan 2017. Etuza
etuza bantu promot kan ya Cik Epal.
2017 kini benar-benar ke arah membenam kan wajahnya, kerana hari ini genap 29 Dis 2017, bermakna ada lebih kurang dua hari lagi kita bersama dalam tahun 2017. Baru seketika hari ini, ada anak Etuza menyatakan begitu cepat masa berlalu, seolah tidak sedar langsung masa begitu pantas berlalu. Apa yang di alami bagaikan sekelip mata dan bagaikan mimpi katanya.

2017, sebuah episod kehidupan kita semua, pasti ada di lalui dengan berbagai ragam kehidupan. Sungguh kehidupan 2017 itu satu era kehidupan yang penuh dengan warna kehidupan. Berbagai rasanya, manis, pahit, sedih, tawa riang, menangis, gembira dan bahagia semuanya bercampur menjadi sebuah kehidupan yang memandu kita dalam perjalanan layar hidup 2017.

2017, satu umur yang kita lalui, kita mulai dengan azam baru pada awalnya, kita rencanakan kita rancang dengan begitu rapi dan kemas dalam buku rekod atau buku dairi kita. Apakah kita ingat membuka semula perancangan azam kita dari awal  bermulanya 2017. Syabas dan tahniah kepada yang berjaya dan cemerlang kehidupannya di 2017. Kata orang apa yang diimpikan diharapkan oleh orang itu pada 2017 semuanya terkabul malah Allah beri lagi kelebihan dalam rezeki kesihatan dan kewangan yang diperlukan dalam hidup ini. Berbahagialah saudara kita yang memiliki bahagia pada 2017.

Untuk kita biarlah 2017 pergi berlabuh menutup tirainya. usah ditangisi atau usah bersedih tetapi mari kita SYUKURI apa juga yang kita miliki sepanjang 2017. Jadikan kenangan atau sejarah 2017 sebagai pemangkin ke arah hidup lebih baik pada tahun 2018 nanti. Selamat tinggal 2017 dan selamat tahun baru 2018. Etuza.

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Orang kata kita buka buku baru kan Mr Etuza. Welcome 2018. Hihi. :)

    BalasPadam
  2. bila masuk tahun baru...usia bertambah 1 angka..huhuh...bukan semakin byk umur semakin berusia semakin dekat dengan kematian uhuhu

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.