Restoran Fazierah, Sedap Juadahnya

Restoran Fazierah, Sedap Juadahnya
Asalamualaikum & Selamat Sejahtera Semua.

Restoran Fazierah ini di Keningau letaknya berhadapan dengan Hotel Sentos serta sebaris dengan stokis AVON, stokis baru AVON di Keningau. Restoran Fazierah ini baru dibuka dan memang hebat semua juadah yang disajikan.

Jika hendak keluar dan mencari makan restoran ini memang tersenarai pilihan Etuza, mama dan anak-anak. Terbaru sebelum anak ke UMS, Kota Kinabalu, bawa ke restoran ini hanya oder juadah roti telur kerana sudah makan berat di rumah, pastinya masakan special mama.


Ha ini lah dia hadapan Restoran Fazierah di Keningau. Nak cari makan cari sahaja RHB Bank, Keningau pusing dan masuk kanan pasti jumpa restoran hebat ini. Makan rotii telur di sini hummm!!! Subahanallah lazatnya dengan kuah tiga rasa. Tengok ja gambar roti telur dan roti susu yang Etuza kongsikan.


Selain juadah sedap-sedap belaka, pemilik restoran ini peramah dan bertindak melayan tetamu dengan cepat. Nak bagitau pada restoran ini, jika ada pelanggan balik-balik ke restoran anda ha layan elok-elok, dah biasa dengan pelanggan itu lagi layan dengan elok, jangan dah jadi pelanggan dan biasa tidak lagi layan dengan baik dan sepatutnya. layan seperti pelanggan itu baru dan baru datang. barulah kami pelanggan akan selalu datang ke restoran hebat ini. Faham kan..adoi mebebel. Ada sebab Etuza sound tu...Berani pagi ni melatah.


Restoran Fazerah ni luas dan bersih, ada menu masakan daging kambing yang Etuza sangat suka makan, selain itu ada sambal pedas belacan dan terung. Nak makan tengahari pasti sambal belacan trad mark di restoran ini kami kaut nak makan. 


Tengok roti telur kuah tiga rasa. Tak ada restoran bagi juadah roti telur tiga rasa di Keningau hanya di restoran ini. selalunya hanya kuah kari dan kuah dal diberikan. Sini lain sikit sepcial juga roti telur di restoran ini. 

hadoiii anak balik2 klik lah pula..ok lah jom makan..

ha jemput makan..gambar-gambar ini kiriman anak setelah balik ke UMS Kota Kinabalu.
Banyaknya anak ambil gambar ayah dia ni...ada yang tak ready ni..boleh lah masuk blog.


Alhamdulillah semalam kata anak Etuza yang baju maron, mengatakan ada majlis penutupan INTERIM dalam jurusannya. Mengejutkan anak Etuza dipilih sebagai juruacara majlis ini dan dalam Bahasa Inggeris. Pengacaraan dalam Bahasa Inggeris wajib katanya sebab ramai pelajar luar negara, pelajar antarabangsa dari Jepun, Korea dan dari India belajar sealiran dengan anakanda tersayang kami.
 Semua gambar dalam  entri kali ini adalah kiriman anak perempuan Etuza.
Ayah benar-benar hargainya. 
Gambar kenangan anak Etuza mengacara kan majlis rasmi di UMS Kota Kinabalu, Sabah.

Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. Anak cikgu memahami minat ayahnya blogging. Menarik pesanan untuk restoran tu, harap bermanfaat.

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum.
    Kak Mirror membalas kunjungan.
    Sedapnya roti canai!!.

    BalasPadam
  3. favourite juga makan roti canai dengan kari kambing =D

    BalasPadam
  4. Roti telur betul2 menggoda, sudahlah tak sempat nak sarapan ni..

    BalasPadam
  5. Nampak bersih dan teratur restoran nya cikgu.Kalau menu sedap pasti pelanggan datang lagi kan.
    Tahniah pada anak yang mengacarakan majlis.
    # akak dah tua jgn panggil dek ya cikgu( dari komen blog)

    BalasPadam
  6. Sedap roti telur tu. Restoran ini buka 24 jam. Mmg terbaik Mr Etuza. Wah, anak-anak Mr Etuza semuanya cemerlang, gemilang, terbilang di dalam pelajaran. Terbaik Mr Etuza. :D

    BalasPadam
  7. Nampak menyelerekan bila tengok cikgu Etuza makan tu.. kedai tu pun nampak bersih :)

    BalasPadam
  8. TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN ANDA ..........

    BalasPadam
  9. TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN DAN KOMEN ANDA......

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.