Resipi Rojak Kampung Mama

Resipi Rojak Kampung Mama

Resipi Rojak Kampung Mama
Asalamualaikum Semua..Selamat Malam.

Rojak Kampung Mama ( kepada Blogger Umi -Dairi Hidupku )
dan semua pembaca maya. 
Kepada Blogger UMI & pembaca maya, Resipinya ialah :- 
Bahan
1. Rebung muda di hiris halus ( di rebus untuk buang rasa pahit rebung )
2. Pucuk daun ubi kayu ( dicelurkan /rebus untuk lembutkan pucuk daun muda ubi kayu.
3. Mee halus ( direbus untuk lembutkan mee halus )
4. Kacang tanah  di garingkan dahulu ( ikut sukatan anda, dikisar guna blander )
5. Gula Melaka ( hiris halus agar tidak berketul )
6. Lada padi  ikut suka berapa bilangan ( di kisar bersama kacang tanah)
7. Garam secukup rasa ( jangan terlebih garam, nanti masin rasa sedap akan hilang )
8. Mama gunakan perasa secukup rasa. 
9. Air mineral bersih untuk jadikan kuah kacang tanah

Cara Sediakan
1. Rebus bahan 1,2,3 dengan cara asing agar aromanya kekal . Jika direbus serentak aroma akan bercampur dan keaslian aroma tiap bahan 1,2 dan 3 akan kurang. Alihkan mengikut tempat.
2. Garingkan kacang tanah, hingga naik aroma. Kisar atau blanderkan bersama lada padi hingga hancur.
3. Kacang tanah dan lada padi yang hancur letak air hingga kelihatan cair 
masukkan ke kuali, panaskan hingga mendidih. Letak gula melaka dan secukup rasa serta garam 
secukupnya.
4. Angkat kuah kacang dan mulailah mencubit tiap bahan direbus 1,2 dan 3 kemudian letak kuah kacang yang masih panas. Siap..

Minta maaf jika resipi ini tidak di sukai oleh penggemar rojak jenis lain.
Cara ini untuk masakan ROJAK KAMPUNG MAMA.

Minta maaf dahulu, entri rojak kampung mama di dalam blog Etuza awal pagi hari ini, rupanya tertinggal resipi untuk dimuat sama dengan gambar-gambar yang diberikan. Resipi itu yang sebenarnya menjadi keutamaan para pembaca maya. Ada ilmu dalam resipi itu, maksud Etuza resipi itu akan menjadi panduan untuk penggemar rojak kampung. Kita boleh banyangkan ramai pembaca di laman sosial terdiri dari orang kampung ( antaranya ). Dengan itu mereka boleh apply cara mama memasak menyediakan rojak kampung mama ini. Apapun mereka lagi handal masak rojak kampung cara moden yang lebih sempurna ramuannya.

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

3 ulasan

Simplenya, insya allah nanti cuba.. Terima kasih banyak2 atas resepi ini..

Mama guna cili padi ya cikgu? Berbeza sikit dgn kuah kacang yang lain, biasanya gunakan cili kering, pasti pedas, itu yang sedap..

Terima kasih berkongsi resepi.. Berbeza dari segi penggunaan cili.. Selalunya Sha tengok orang pakai cilu kering.. Kali ini baru jumpa yang pakai cili padi.. Mesti terangkat nie..

Sedap tgk rojak kampung mama ni Mr Etuza. Resepi pun ada juga. :D

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ceritaku (486) Ucapan (474) Agama (455) Berita (401) Dunia Blog (360) Doa (343) Promosi. (343) Info Lelaki (314) Tips Blog (281) Pengalaman (271) Anak (259) Pendidikan (247) Nasihat (228) Kasih sayang (221) Berita Keningau (200) Rasa Bahagia (194) Pelancongan (177) Hadiah (169) Alam Semulajadi (154) Gambar (136) Sejarah (127) Ekonomi (124) Segmen (116) Keluarga (114) Blog (96) kesihatan (87) Tentang lelaki (75) Isu Semasa (59) Cinta (57) Percutian (57) Tumbuhan (55) Rumah tangga (54) Motivasi (52) Bunga (51) Budaya (46) Resipi (46) Nilai Moral (42) Cari Makan (39) Masyarakat (37) Award (32) Haiwan (32) Herba (32) Promosi Nuffnang (32) Sahabat Blog (31) Sajak (29) Harijadi (28) Makanan (27) Kucing (25) Perkahwinan (24) Sukan (21) Artis (20) Rasullah SAW (20) Sekolah (20) Seni (19) Tips (19) Lanskap (15) Iklan (14) Petua (10) Kalender (9) Majlis Kahwin (9) Bulat (8) Elken (8) Hari Jumaat (8) Lirik Lagu (8) Kata Madah (6) Kuiz (6) Politik (6) Tazkirah (6) Anak Buah (5) Grafik (5) Ikan (5) Jantung (5) Pantun Melayu (5) Restoran (5) Takziah (5) Hari Raya (3) Masjid (3) Pertunangan (3) Wordless Wednesday (3) Banjir (2) Buah (2) Tahun Baru (2) Universiti (2) BRIM (1) Cuaca (1) Teknologi (1) Tutorial (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger