Pencinta Bunga Ros

Pencinta Bunga Ros

Pencinta Bunga Ros
Asalamualaikum Semua

Bunga Ros Kuning Di Laman Etuza

Mama ( isteri Etuza ) dan tiga anak perempuan semua ikut mama penggemar bunga ros pencinta bunga ros.Terfikir juga Etuza kenapa ya bunga ros sahaja yang disukai dan pasti di beli andai bersiaran di tempat menjual bunga-bungaan. Terbaru anak gadis menanam batang bunga ros banyak-banyak sebelum ke Universiti, bila balik rumah bercuti anak ni mencari tanaman bunga ros dia. Ayah dia yang bantu siram kan setiap hari. Semua tumbuh subur ha gembira lah dia.



Bunga Ros Pink Di Laman Etuza

Kuntuman bunga ros ini berbagai jenis warna bunga, humm! harum semerbak di laman apabila semua berbunga. Banyak lah kumbang lalu lalang hinggap menghisap madu bunga. Burung pun datang di halaman rumah. Tak takut pula burung itu. Si miow melihat sahaja tanpa bertindak. Mama memang sejak kawin dengan mama asyik nak bunga ros sahaja. Bila dah besar bunga ros di pasu boleh di trim dan dibenihkan dalam bayung. Koleksi bunga ros di laman Etuza sepatutnya banyak tetapi kerana Etuza kurang minta ,maka agak terabai. Ada yang mulai kering kerana mungkin kurang kasih sayang mama hahaha...

Berbanding Etuza, Etuza sangat sukakkan bunga kertas. Semua tumbuh subur dan berbunga lkebat. Letak baja bunga, letak baja subur siram pagi petang. Hai kalau dah mionat dan suka tidak terasa penat, seronok lagi ada sambil menikmati keindahan bunag ciptaan Allah dan menghirup udara segar. Itu pasti..inshaAllah semoga nafas segar dengan udara bersih di laman Etuza.
Bunga Ros Peace Di laman Etuza

Cantik Bunga Ros Kuning Menghiasi meja bulat di laman Etuza

Gambar bunga ros merah awal pagi di laman Etuza
Mama dan sahabat pencinta bunga Pn. Salbiah Nadzim

Ha nilah mereka berempat dalam gambar sukakan bunga ros., bagus juga anak-anak sukakan bunga ini. Ada perasaan menghargai alam semula jadi. Anak perempuan kedua Etuza pandai tanam bunga ros. Katanya hendak bantu mama mempelbanyakkan bunga ros di laman, selebihnya nak jual. Elok juga lah masa cuti boleh lah membantu ayah dia membersihkan halaman rumah dan landskap laman Etuza.

Pada pandangan atau pendapat anda kenapa ya biasanya perempuan ni suka kan bunga ros? Nak minta pendapat letak lah dalam komen ya. Manalah tahu perkongsian itu nanti Etuza jadikan entri dalam blog. Bagilah pendapat. Terima kasih.

Mama dan anak-anak perempuan semua pencinta bunga ros.Kenapa bunga ros
Etuza tidak tahu hehehe

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

8 ulasan

Mohon maaf sangat2 jika ada ejaan salah..

Bunga Rose mmg cantik sebab tu mama dan anak2 suka...

Memang suka bunga ros! Tapi pernah tgok bunga ros hitam, memang ada laa eh?

suka sebab cantik dan wangi, tapi berduri. macam sifat wanita itu yang selayaknya, tak semudah itu untuk dipetik.ewah..hehe.itu bagi saya la

Bunga high class ni.
Susah jaga.

CANTIKNYA BUNGA2 DI RUMAH CIKGU TERUTAMA ROS MMG KAK SUKA.

Memang terbaik lah....bunga rose ni kalau beli di kedai untuk hadiahkan utk yg tersayang...mahal....

Cantiknya bunga ros Mr Etuza. GV pun kurang pasti kenapa bunga ros kegemaran ramai para wanita. Rasanya mungkin rasa bunga ros selalu dikaitkan perihal cinta dan romantik sebab selalunya kalau Valentine's Day mesti ada couple bagi coklat dan bunga ros. Huhu.

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ceritaku (478) Ucapan (464) Agama (435) Berita (396) Dunia Blog (350) Promosi. (338) Doa (336) Info Lelaki (309) Tips Blog (278) Pengalaman (263) Anak (254) Pendidikan (237) Nasihat (224) Kasih sayang (215) Berita Keningau (196) Rasa Bahagia (191) Hadiah (168) Pelancongan (164) Alam Semulajadi (148) Gambar (131) Ekonomi (121) Sejarah (119) Keluarga (112) Segmen (112) Blog (85) kesihatan (83) Tentang lelaki (75) Isu Semasa (59) Cinta (57) Tumbuhan (55) Rumah tangga (54) Bunga (50) Motivasi (50) Percutian (47) Resipi (43) Budaya (42) Nilai Moral (40) Cari Makan (38) Masyarakat (34) Award (32) Herba (32) Promosi Nuffnang (31) Haiwan (29) Sahabat Blog (29) Sajak (29) Harijadi (28) Kucing (24) Perkahwinan (24) Artis (20) Rasullah SAW (20) Sukan (20) Makanan (19) Seni (19) Tips (19) Sekolah (18) Iklan (14) Lanskap (12) Petua (10) Kalender (9) Majlis Kahwin (9) Bulat (8) Elken (8) Lirik Lagu (8) Hari Jumaat (7) Kuiz (6) Politik (6) Anak Buah (5) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Grafik (4) Restoran (4) Takziah (4) Tazkirah (4) Hari Raya (3) Jantung (3) Pertunangan (3) Banjir (2) Buah (2) Tahun Baru (2) BRIM (1) Cuaca (1) Teknologi (1) Tutorial (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger