Pena Etuza Tentang Janggut Lelaki

 Pena Etuza Tentang Janggut Lelaki
Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua

Etuza menulis tentang janggut misai lelaki 

Terpanggil hari ini Etuza manjakan diri dalam blog, mencatat apa yang dirasakan ada ilmu untuk semua. Kali ini hal tentang janggut lelaki. Lelaki secara normal memang akan ada misai dan janggut. Etuza tidak terfikir akan menyimpan janggut dan misai siput ini di zaman remaja Etuza. Bila ada misai Etuza mulai risau sekali, sampai cabut dan cukur nak hapuskan. Melihat wajah Etuza di kaca cermin woi!!! rasa lain benar muka Etuza melihat misai hitam mulai tumbuh. Aik!! bermisai aku!! alamak tak hensem lah malu lah pergi sekolah, malulah pergi kuliah. Alamak!! mana nak letak muka ini. Semakin dewasa kah Etuza. Hadui tak siapa nak suka aku ini nanti. Berbaur rasa dalam hati. Cuma Etuza ingat masa cabut misai..mak oooi!!! sakitnya sampai keluar airmata. Hum!!! mulai dah Etuza belajar beli cukur misai, selesai hapus misai degil. Suatu hari Etuza lihat ayah, oooi!! patutlah aku ada misai tebal misai ayah aku ini..huuuu!!. Begitulah awal bermisai tumbuh..lelaki remaja memang rimas. Tak percaya ha tanya diri sendiri. Begitu sekali aku nak nyah kan misai ni tau. Betul punya cerita. Pengalaman jadi lelaki lah tu.
Bila naik umur masa tu Etuza di asrama Maktab Perguruan, Etuza ingat masa tu muda  lagi dalam umur 20an. Ada sekali tengok cermin huhuhu misai dan janggut tumbuh dah. Lagi lah cacat muka aku. Adui macamana ni. Begini kah lelaki. Hari tu mulus halus sampai kena kata -kata azimat. Mak oi muka awak tak ada jerawat halus mulus kulit muka. Ha sekarang mana kulit halus mulus dah semakin kasar dengan misai dan janggut. Hahaha Etuza akhirnya redha, mulai intip bagaimana agaknya muka Etuza bila pasang misai comel dan ada janggut. Ada tak nanti teman wanita nak goda aku begitulah. Pendek cerita Etuza biarkan saja misai dan janggut, cuma kena rajin kemaskan sahaja setiap hari lah, barulah hebat Allah pun suka.  Niat kena bagus kerana setahu Etuza janggut ni SUNNAH Nabi Muhammad SAW.
Hari ini ketika ini Etuza begitu bersyukur telah bertahun membela janggut ini.
Ya Allah rupanya Engkau beri hikmah dan fadilat janggut lelaki ini.
Ha lelaki kena baca ni Entri Etuza.

Tampillah Etuza dengan misai comel awal 20an dan janggut kadangkala boleh belai dan tarik-tarik. Alamak lelaki lah katakan. Suatu hari, terperasan ramai awek-awek bertudung tengok Etuza. Ada yang lama-lama merenung, Etuza dah biasa direnung someone di mana-mana. Mybe lah lelaki comel kecik molek ala-ala begitulah Etuza awal 20an. " Hensem bermisai, ngam awak bermisai semakin hensem" Ini kata-kata kawan sebilik. Nak terlompat Etuza, kembang semacam. Huu!! Misi berjaya, syukur alhamdulillah..pujian kepada Allah sesungguhnya.Wajah kita tak kekal itu hakikatnya.Besyukur atas kurnia pinjaman dariNya.

Etuza dan Bulat kucing kesayangan tinggal kenangan, Bulat dah mati kemalangan.
Sedih melihat keadaan Bulat mati dalam keadaan tubuh nya yang sihat gebu gemuk.

 Terbaru di tahun ini 2017, ketika itu Hari Raya, Etuza menghadiri majlis terbuka raya di Rumah Abang Ipar Etuza. Dalam perjalanan balik ke rumah tiba-tiba Etuza terjumpa saudara Etuza Haji Ahadin Haji Arinin dengan ayah mentua dia. Etuza disapa dan bersalam dengan mereka tetapi berlainan dengan Tuan Haji bapa mentua Haji Ahadin. Dia Haji dah ( Lupa nama orang Kota Kinabalu ) Tuan Haji tu tarik janggut Etuza dengan senyuman yang bermakna. Apa hal tuan Haji ni main tarik janggut aku lah pula. Pelik Etuza sesungguhnya. Tidak pernah orang main tarik janggut ni. Sekalipun mama tak main tarik. Hahaha ..hadoi.Dia suka kot Etuza.Hahaha..

Sebelum berpisah Tuan Haji Ahadin berbisik, apa yang dia kata. Etuza beritahu lah hal sebenar hal janggut ni..rupanya ada hikmah dan begitu besar makna janggut ini di akhirat. 
Tuan haji Ahadin tersenyum dan sekali lagi bersalam dan bergerak ke Kota Kinabalu. Jauh tu perjalanan dia.

 FADILAT & HIKMAH DISEBALIK JANGGUT LELAKI NORMAL.
Setelah bersalaman tuan haji kata " Bagus ada janggut, nanti di akhirat TIDAK DIPUKUL OLEH KAUM PEREMPUAN, KERANA KITA ADA JANGGUT MEREKA KENAL KAMU LELAKI, LELAKI TIDAK BERJANGGUT DI AKHIRAT KENA  PUKUL  OLEH PEREMPUAN KERANA MEREKA TIDAK TAHU MEREKA ITU LELAKI. DI AKHIRAT CARA PEREMPUAN MENGENALI LELAKI IALAH MEREKA LIHAT JANGGUT KITA"  Inilah kata-kata tuan Haji bapa mentua Haji Ahadin yang dua tahun muda dari Etuza.

Inilah pengalaman Etuza, disapa dan diberitahu tentang hikmah dan fadilat hal tentang janggut lelaki. Etuza bersyukur kerana tidak tersilap membiarkan janggut tidak digurgurkan dari dagu. Masa awal 20an tidak tahu langsung Etuza fadilat dan hikmah memelihara janggut. Kini Etuza tampil dengan penuh yakin bahawa ada rasional dan kebenaran kata-kata tuan Haji bapa mentua  Haji Ahadin Haji Arinin. Syukur dapat sapaan hal janggut berbentuk ilmu dunia akhirat. 


Semoga Entri ini mampu sedikit mengubah persepsi lelaki tentang janggut yang tumbuh pada bawah dagu lelaki normal. Berfikirlah bahawa tidak diadakan olehNya sesuatu dalam diri kita melainkan ada tujuan. Dan bersyukurlah pada keadaan diri kita yang Allah takdirkan. InshaAllah. Jumpa lagi.

Catat Ulasan

13 Ulasan

  1. Hebatkan diri anda dengan berjanggut. Untuk lelaki..

    BalasPadam
  2. Saya kalau tak ada janggut dan misai, nampak muda 10 tahun lah bang... hihi... Nice sharing...

    BalasPadam
  3. Noor Azlan ..hahaha iya rulah kan..

    BalasPadam
  4. NMPK MATANG LELAKI BERMISAI N BERJANGGUT

    BalasPadam
  5. Sememangnya Cikgu hensem samada berjanggut @ tak? , tak caya tanya Mama.... 😄

    BalasPadam
  6. suami saya pun kerap cukur misai dan janggut, bagi kemas katanya :)

    BalasPadam
  7. Pertama kali dengar tentang janggut masa akhirat nanti, terbaik terima kasih ya

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum cikgu Etuza, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Saya lebih suka menyimpan janggut dan mencukur misai. teringat zaman belajar dulu, jeles sangat dengan sahabat-sahabat yang berjanggut tebal, sedangkan saya jenis yang tiada janggut dan misai. Sebagai usaha, guna macam-macam minyak...minyak, bon la, minyak syeikh mesir la. Akhirnya adalah sejemput..hehe

    BalasPadam
  9. Perkongsian yang amat menarik. Siok juga bah bila panjang janggut sama misai ni.. kana nampak tu muka matang sudah

    BalasPadam
    Balasan
    1. calrase usia cal mulai bermisai dan janggut juga kah Cal..pandai2lah jaga kio andu

      Padam
  10. Alhamdulillah, tahniah cikgu Etuza.. saya pun ada janggut, sayang nak buang janggut walaupun seciput ni.. janggut pemanis hihii :) :)

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.