Pastikan Anda Tidak Tertekan

Pastikan Anda Tidak Tertekan
Asalamualaikum Semua.
Di siang hari memang kita kesuntukan masa untuk updatedkan blog kesayangan masing-masing. Di kala petang juga kesuntukan masa kerana selalunya pada waktu petang pelbagai acara kita lakukan. Menjelang malam, ada kesempatan melayari internet terutama sebelum beradu.  Akan tetapi di sini ( Etuza ) dikejauhan di luar bandar terlalu payah untuk mendapatkan saluran internet yang setiap saat lancar pantas seperti blogger terkenal itu, hingga kerja-kerja seorang blogger begitu sempurna. Tahniah kepada blogger yang berada di zon selesa.

Hanya ini pegangan Etuza, elakkan tertekan atau stress. tetapi ambil langkah bersabar dan usahakan entri dalam blog setiap hari. Pastikan anda  dan kita semua tidak tertekan andai kita hadapi masalah line internet tidak lancar. Blog bukan keutamaan, blog bukan wajib tetapi sekadar kita suka mengisi blog kita dengan entri yang segar di udara maya.  Dengan itu elakkan tertekan.

Blog yang aktif dan setiap saat atau selang beberapa jam akan terbit entri baru. Pasti blog akan mencecah ribuan klik dan statistik blog sentiasa di rangking teratas dalam carta blog di Malaysia. akan tetapi Etuza tidak mampu kejar impian agar cemerlangkan blog. Cukuplah sekadar suka- suka mengisi idea baru dalam blog. Sekali lagi pastikan tidak stress atau tertekan.

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Line tak kuat susah sikit.. sabar.. 😄

    BalasPadam
  2. Betul harus sabar sentiasa..tak labcar pergi bayar wifi hahaha kan Umi

    BalasPadam
  3. GV setuju dengan pendapat Mr Etuza. GV pun kesuntukan masa untuk update setiap hari. Huhu.

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.